Mungkin sahabat2 batch56 KI da tau 3TA ni ape kan..engat ta??sahabat2..hehe
Suatu hari 1bulan sebelum diri ini mengambil SPM 2011...cikgu2 KISAS yang amat penyayang telah menghatar kitorang pergi kem di Morib, Selangor.. haha tattau la daerah ape.. Banting ea?? hiikhik
Terimbau kenangan semasa kuliah subuh oleh pakcik kat situ yang juga ex-KIK..hehe lama gak ar kuliah tuh...tapi best..dan kelakar..(tahan gelak ^^)
Baiklah proceed.. 3TA..amende uh??3TA ini sememangnya adalah perkara yang dikejar oleh manusia zaman sekarang..(tak ikut susunan takpe kann??hehe)
TA yang pertama adalah TAKHTA
la syakka wa la raiba (arab lak..hehe) baiklah.. memang tak dapat dinafikan.. kebanyakan manusia kat dunia nih sedang mengejar takhta..pangkat yang tinggi2.. contoh nya macam seseorang yang bekerja keras supaya "boss"nya dapat menaikkan pangkat dia ke taraf yang lagi tinggi seperti Pengurus Pemasaran ke..CEO ke..
perasan tak?? tapi kerana mengejar pangkat inilah.. manusia makin lalai dengan tanggungjawab yang telah diberikan oleh Allah ke atasnya.. waktu solat diketepikan..semata-mata mahu tunjuk rajin bekerja di hadapan bos masing-masing..Padahal diri itu tidak sedar bahawa Allah itulah "bos"nya dunia akhirat..yang menilanya setiap masa..
TA yang kedua adalah HARTA
manusia hari ini memang sibuk dalam mencari harta..hinggakan hidup ini umpama bekas kosong tanpa apa-apa isi sekiranya tiada harta.. Kebanyakan manusia nih kan (termasuk saya dulu2-semasa diri ini jahil =,=') hanya set dalam minda kita "ok da abes spm..ambil course yang banyak kerja..pastu nak kumpul duit banyak2..then boleh beli macam..kereta Volkswagen, beg Gucci, jam Rolex..wawaaawa ^^"
Akan tetapi kita lupa yang kita kaya banyak harta tapi hidup hati tak tenang susah jugak.. kaya tapi sombong buat ape..kaya tapi tak keluarkan zakat..selfish! kita hidup kat atas dunia ni bukan sorang2 je kan.. kita ada saudara seMuslim yang lain...
Kita ada Islam yang ingin ditegakkan..bukan semata-mata mengejar harta dunia tetapi harta akhirat lupa untuk ditanam..dibajai..
Tak salah untuk menjadi doktor yang banyak duit..tapi..selalu ingatkan pesakitnya..bahawa Allah jualah yang berkuasa untuk menyembuhkan pesakit dan bukannya soal hidp mati itu di tangan doktor..doktor hanya ikhtiar dan usaha..
Dan tidak salah untuk menjadi arkitek..tetapi rekalah bangunan yang mana unuk pembangunan umat Islam seperti masjid ke..pusat penjagaan anak2 yatim ke..jangan pulak membina pusat-pusat disko mahupun karaoke yang sudah pastinya menambahkan bilangan pembuat maksiat..nauzubillah...
Ingat..kita bekerja untuk beribadah pada Allah.. niat untuk membangunkan umat ISlam.. InsyaAllah pasti ada ganjarannya.. :)
TA yang ketiga adalah WANITA
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Maafkan saya sahabat..kalau saya terlupa..almaklumla.. da lama da tinggalkan kem tu..hehe.. pakcik kat situ ada jugak bagi tau wanita ini adalah simbol kepada syahwat..
Ini bermakana orang sanggup lakukan apa-apa sahaja untuk memuaskan nafsunya..tanpa memikirkan azab yang pedih daripada Allah...
Hadis yang saya sertakan di atas mengingatkan saya khususnya untuk sentiasa berwaspada terhadap setiap tingkah laku kita..terutamanya di hadapan bukan muhrim.. Jaga tingkah laku kita sebagai kaum wanita.. tidak perlulah bergedik-gedik depan mereka...bajet lawa sangat ker..huhuu... Hatta sekalipun kita harus berurusan dengan mereka...jagalah2 kerana syaitan itu senantiasa ada untuk kita lalai dan leka..
[31]An-nur
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Oleh itu..saya suka untuk mengingatkan diri saya khususnya and you, readers! amnya..agar kita sedar kenapa kita diberikan nyawa ke dalam tubuh ini oleh Allah SWT..
KITA adalah MANUSIA yang diciptakan Allah sebaik-baik makhluk.. jadin jangan buat perkara yang sia-sia.. nanti akhirnya kita yang rugi..Kita yang menangis air mata darah kat akhirat nanti..
KITA adalah MANUSIA yang diciptakan Allah sebaik-baik makhluk.. jadin jangan buat perkara yang sia-sia.. nanti akhirnya kita yang rugi..Kita yang menangis air mata darah kat akhirat nanti..
Sebelum saya mengakhiri coretas saya pada hari ini.. marilah sama2 kita merenung kata2 Imam Al-Ghazali yang pada saya amat memberikan pukulan hebat dalam hati saya..
"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah SWT daripada seorang hamba ialah apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya telah digunakan pada perkara yang bukan tujuan hidupnya (ibadah), maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya pada Hari Kiamat nanti"
No comments:
Post a Comment