Wednesday, December 26, 2012

Seloka Banjir der..


Langit menurunkan tangisannya
Menggelapkan langit
menutupi segala cahaya

Pabila hujan lebat
siaran Astro terganggu
habis semua plan holiday nak menghadap TV
apa lagi Facebook jadi pilihan alahai.

Sejuk yang mencekam jiwa
membekukan otak
sehingga malas nak mengambil wuduk
hanya tidur yang enak dilayan

Pabila hujan turun mencurah-curah
mula air naik menutupi atap rumah
masa itu barulah sebut Allah.. Allah

Pikirkanlah ke mana arah kita
waktu hujan turun inilah
masa kita untuk tadah tangan
berdoa padanya
agar termakbul semuanya
sebelum terlambat
sebelum ajal menjemput

Ingat life is short
Tapi akan panjang jika terisi dengan mengingatinya
jangan leka jangan lalai
hujan lebat
sejuk
ada hikmahnya.


" Dan tidak dinamakan kehiudpan di dunia
 melainkan permainan yang sia-sia 
dan hiburan yang melalaikan
 dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik  
untuk manusia yang bertakwa. 
Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir"
[Al-an'am : 32]







No comments: