Friday, January 18, 2013

Seekers.

Assalamualaikum semua (versi sleeq n aaron aziz) xD

Alhamdulillah...entry ni bersambungan dengan entry terdahulu.. Mencoret kenangan yang terlakar di Sabah .. Hikmah kembara di bumi di bawah bayu itu menusuk diri aku yang serba kerdil ini..

Cukup untuk aku katakan pengalaman di Sabah..sebelumnya..semasanya..selepasnya merupakan anugerah Ilahi yang tidak terhingga yang tidak dapat terungkap dek kata2,,, hanya ucapan Alhamdulillah mampu terurai di bibir.

Ketibaan kami di SMA Al- Irsyadiah Marakau, (SMAIM) Ranau, Sabah disambut oleh anjing2 jinak di sektar kampung itu..sudah cukup menyatakan bahawa sekolah agama ini begitu terpencil, dikelilingi komiti yang majoritinya bukan Islam dan hanya minoritinya sahaja yang Islam. Aku juga terpana apabila surau sekolah ini juga dijadikan tempat untuk solat jumaat..Masya Allah.


Hari pertama di situ agak sukar untuk biasakan diri..dengan bahasanya..tapi ya alhamdulillah..pabila berada di tempat orang terpaksa menyesuaikan diri..dengan bahasanya, dengan orangnya, dengan makanannya. Aku  belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada. Ya.. Bersyukur. 

Jujur aku katakan, aku sedih dengan asrama dan makanan sewaktu di KI dulu..namun, setelah aku berada di Sekolah ini...aku bersyukur..betapa mereka sangat menghargai dengan apa yang ada..sangat.. dan aku terpana. Terpukul sendiri.

bukan sekadar promote UIAM kt student ni, tapi promote Kisas jua. :) 

Malam itu..sesi ice breaking bersama adik2 di SMAIM..pertama kali aku menjadi fasi untuk kem seperti ini.. Kebiasaannya aku hanya menjadi peserta program. Dan sekali lagi aku ingin jujur bahawa aku benci menyertai program..benci untuk mengeluarkan idea, pendapat apabila ada akak2 fasi menyuruh aku berbuat demikian.. Nah, amik kau lydia! terasa bagaimana jadinya fasi..



Alhamdulillah Allah terbitkan rasa keinsafan itu..bukan untuk bermegah-megah tapi kesedaran itu yang penting. Penting untuk bekalan ilmu masa hadapan..pengalaman yang mematangkan.

Malam itu..dengan kesejukan yang melampau..aku tidur dengan berselimutkan cardigan semata. Namun, pagi itu aku bangun dengan terasa selesa sekali..hangat yang menyenangkan. Aku terkejut pabila ada selimut yang menyelimuti aku. Tak sangka Mila, yang juga ahli kumpulan aku menyelimutkan aku malam itu. masyaAllah..sweet sangat!  Mila yang jugak tingkatan 6, sama umur dengan aku.. begitu baik..sangat.. menghormati aku...Malah dia menyatakan aku best friend nya meski baru beberapa hari bersama. (sob3 nangis sendiri T_T)

Ya Allah.. betapa persahabatan yang kukuh kerana Mu mampu memecahkan belian yang keras!



Hari kedua di situ, pihak biro Prog. Coordinator n Module menyediakan banyak LDK untuk pengisian hari tersebut. Dan LDK 2 adalah explorace di mana aku diamanahkan untuk berada di checkpoint "Seekers". Basically, it was a game to find hidden things in a picture with full of things! haha berserabut tak ayat aku..English sangat. Cari benda tersembunyi la. xD

Mereka bermain sebenarnya bukan saja2, tapi kerana ada pengajarannya. Senang kata setiap permainan yang dimainkan adalah seperti analogi. Bagi permainan Seekers ni, pengajaran utamanya adalah FOKUS. So, aku diamanahkan untuk menerangkan fokus dalam kehidupan seharian, dalam Islam. Sangat membuka minda. Sangat luar kotak.



Contoh lain adalah, kita mencari gambar tersembunyi dalam gmbar yang besar tu.. Gambar itu diibaratkan seperti kita, kita ada potensi sebenarnya dalam diri kita , cuma kita yang tak nak keluarkan, kenapa?? MALU! malu dengan kata2 orang lain sebenarnya Allah itu sahaja yang sepatutnya menjadi pandangan kita. 

(double chudan zuki on me!) "karate~~"

Program ni sebenarnya mengajar aku sangat untuk hilang rasa Malu Tak Bertempat. Aku ditempatkan dalam biro Sponsors n Public Relation menyebabkan aku terpaksa bekerja dengan ramai orang..berinteraksi dengan penuh berhati-hati dan berwibawa. Soft skills gitu.

Aku teringat kata2 seorang ketua biro Publisiti n Promotion ni semasa menguruskan hal banner sponsor, 
" Nak malu apenye, cakap je la nak tambah banner~~"


Dan sungguh aku takot pada ketika malam itu dia menelefon. Dia membebel bak peluru dan aku juga membalas dengan deretan bom. haha. Maafkan aku kerana turut marah..kerana sesungguhnya aku tidak berada di tempatmu. Aku tidak mengerti. Brother, maaf sangat. hope tak simpan dalam hati. 

Hari berlalu pantas, tak sangka sudah tiba hari terakhir di SMAIM. Sebak turut dirasai namun air mata tak mampu mengalir. Mungkin redha sudah berada di dalam jiwa.

Muka tulus suci pelajar2 SMAIM yang mendamaikan, keberkesanan air sejuk Yang Maha Esa, keikhlasan memberi dan menerima... MasyaAllah..hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Ukhwah yang disemai dalam jiwa, melakar ber"infiniti" hikmah dan kenangan . Moga Allah Redha akan kesenangan dan kesusahan dan cabaran dan dugaan dan nikmat dan segala-gala yang tercatat di dalam hati, di dalam minda, di dalam jiwa.


Terlalu panjang coretan dari jemari aku kali ini, cukupla aku katakan kebesaran Allah tatkala menjejakkan kaki di Kundasang,selepas pulang dari SMAIM, melihat Gunung Kinabalu, sungguh hebat, MasyaAllah.!

Ceritakan betapa banyak nikmat yang Allah bagi di muka bumi ini, takkan habis air di lautan, tak tercukup kertas menulis..tak termampu file di hard disk menyimpan. Hanya kerana Allah Itu Pemberi Nikmat..Yang Maha Kuasa.

Sekian.

Sabah terbaik ^_^ okbakalaukau!!



#maaf bahasa yang digunakan agak baku..terkesan daripada Sabah bha. :) n it is good actually. 
 


Thursday, January 10, 2013

Fobia "itu"

Assalam..

huh..agak lambat sebenarnya nak ucap new year..ingat nak post entry Epik 2012 tapi ke"busy"an dengan MRC so tak dapat le..

So ni post pertama for 2013!! yay!

Dalam kesibukan dan menyibukkan diri.. sedar tak sedar.. pagi esok insyAllah kami (beberapa warga Mahallah Representative Committee -MRC) akan bertolak ke Marakau, Ranau, Sabah.. insyaAllah for our Local Community Service (LOCUS).

Well preparation yang dijalankan more that 4months ni..insyaAllah..akan dilihat apabila tibanya di sana kelak.

Generally program ni untuk menerapkan kefahaman Islam yang Mantap..insyaAllah kepada pelajar2 sekolah Menengah Agama Islam Marakau, Ranau , Sabah.

Nak story lebih2 pasal program ni..belum masanya kerana kitorang tak sampai lagi di sana.. 

Tapi apa yang ingin aku coretkan hari ni adalah betapa aku bersyukur kerana aku "dicampakkan" Allah untuk berada di sini ..ketika ini.

Bayangkan 20 orang komiti sisters je yang duduk dalam mahallah yang besau  ni ! :D

Sejujurnya aku bukanlah orang yang sangat beristiqamah atas apa ibadah sunat harian yang pernah diterapkan di bumi waqafan dulu..nak2 lagi masa cuti sem ni..masyaAllah..

Dan aabila Allah tetapkan aku untuk menjalankan programme ni.. aku sedar orang lain (yang mana bukannya  Head Da'wah n Training macam aku) lagi baik...lagi beristiqamah..

Aku sedih dan terharu dan terkesan dan sangat terasa..betapa ..masyaAllah..Alhamdulillah..satu persaan yang sukar diungkapkan. T_T

Beberapa hari ni aku dan komiti2 lain menghadiri TOT-Training of Trainee oleh Bureau of Programme Coordinator n Module. dan jujur aku tak suka bila orang nak tanya pendapat bagai..ibrah bagai.. because of this aku kena bukak minda. Cari makna di sebalik setiap aktiviti yang dijalankan.. 

Tapi apabila hati ini ikhlas untuk MENTARBIYAH dan DITARBIYAH..kita rasa seronok. Seronok! Best! sangat..programme2 macam ni kann..

Otak aku beserta pemikiran dalam "kotak itu" dah terbuka luas.. sangat! dan aku bersyukur kerana aku diberikan peluang untuk "dibuka" sebegitu rupa.

Maaf aku katakan..bumi waqafan bukan tempat untuk kita ber'jumud'..hanya sesetengah yang salah anggap akan mengatakan begitu kerana aku jua begitu, dahulu. 

Sekarang aku faham maksud ikhtilat dalam program yang dilaksanakan. MasyaAllah. Ikhtilat means kita tau bagaimana nak bergaul tapi tau limit kita. Kita tahu nama..kita tahu fungsi kita dalam organisasi. then..its just it! We have to "robohkan" that communication barrier.

Alhamdulillah..tangan aku yang tak berapa nak runcing berjaya menulis entry kali ni. Moga Allah reda.

Doakan kami semua..33 committees and advisors selamat tiba di Sabah..berjaya meneruskan programme yang dirancanakan.. Tabah dan kuat dalam mengharungi dugaan.. untuk Mentarbiyah dan Ditarbiyah. Memberikan yang terbaik dan seikhlas mungkin buat komiti Islam di sana. Amin..

#flight pagi esok pukul 6.45am from LCCT to KK :)


Time TOT kene hafal..salute! ^_^