Monday, March 24, 2014

Tinta khas buat keluarga penumpang MH370

@LRTMasjidJamek

Satu rasa sebak hari ini
Melihat langit kehitaman bertambah keorengan kerna lampu di daratan
Dari atas ku lihat
Lampu-lampu neon bercahaya,
Hidup.
Tapi ku pandang atas,
Kulihat hanya satu dua cahaya berkelip.
Usah dikira bintang yang jauh di sana
Laluan trafik di udara sibuk jua

Spekulasi demi spekulasi dikeluarkan
Kadang-kadang ianya dibuat hanya untuk menyedapkan hati
Tabahlah,
Tabahlah wahai keluarga yang menaiki pesawat itu,
Tabahlah, kuatkan dirimu.

Aku tahu,
Sukar untuk meletakkan diri ini di tempat kamu
Tapi aku tahu perasaan sebak
Tatkala menghantar orang terdekat
Di lapangan terbang.
Ia ibarat sebuah perkabaran yang tidak pasti
Aku mengerti, saat melepaskan orang tersayang pergi.

Tapi ingalah, ketentuan Allah itu Maha Kuasa,
Dia yang Maha Mengetahui
Bersyukurlah,
Kerana ahli keluargamu yang dipilih,
Yang dipilih Allah
Supaya orang lain ingat, kembali pada Allah
Kembali berdoa pada Allah.

Tabahlah, kuatlah,
Teruskan kehidupanmu wahai ibu,
Terukan kehidupanmu wahai anak
Teruskan perjuanganmu wahai isteri

Solehkan dri kita,
Agar kita dapat menghantar amal-amal kita buat mereka
Langit tidak selalu gelap
Rahmat Allah belum pernah tertutup
Selagi mana kita beriman padaNya.

@SunwayPyramid
 lydia-UIAPJ

Saturday, February 22, 2014

#iheart2014

Assalamualaikum..

Bismillah alhamdulillah.

credit Shikin Jasri
Sedih rasa hati ini, bila mana tertamatlah sudah #iheart2014. daripada LTC kami berbincang, sehingga tahap ini, kekuatan demi kekuatan dikumpulkan. tangisan demi tangisan di alirkan, segala mehnah dan tribulasi di tempuhi, segala cabaran dan kesusahan berjaya dilepasi, segala kemarahan, tekanan, berjaya diatasi.

Betapa Allah nak ajarnya kita hari ni, supaya terus kuat dan kuat, biar susah mana pun kita, berkejar-kejar ke kelas demi persiapan to serve the ummah, Allah akan balas , kalau tak hari ni, mungkin esok, mungkin lusa,,mungkin bila-bila kat dunia..dan yang pasti kat akhirat sana. Insha Allah.

Terima kasih sahabat-sahabat, adik-adik seperjuangan yang bertungkus-lumus bekerja, kerna matlamat yang satu, terima kasih atas pengalaman bekerja bersama, thanks a lot for reminding me so much, for being an inspiration to me, thanks for strengthen me up with all of your words. Thanks Alhamdulillah Ya Allah for this opportunity.

Maaf dan maaf. Maaf seribu kali maaf atas kesalahan, kekurangan diri yang pelupa, moga suatu hari nanti ia menjadi pengajaran buat kita. 

Rehat tu hanya di syurga nanti. Insha Allah.

credit Nik Fikri

#mahallahkhadijah
#zainabjahsyi
#umafzgeneration
#iheart2014
#PCpenattakapa
#drfarhanhadi
#imammudahassan
#rajamazian
#ustalfian
#brohud
#aneesmcterbaik
#tunggupostmortem
#loveyouall!!