Tuesday, January 31, 2012

Jalan Masih Panjang

Alhamdulillah


Entry ni saya tujukan buat teman yang saya sayang kerana Allah..Hope you gonna read this till the end..i had wrote like this to you before,,


Alang2 nak bedah lirik lagu juga dari Edcoustic..
Kat bawah nih lirik lagu + video nya iaitu Jalan Masih Panjang..






Oh Jalan masih panjang terbentang dihadapan
Tak hanya sekedar dunia
Lihatlah kedepan yang lalu biar berlalu
Jadikan pemicu kalbu
Reff:
Jalan hidup takkan pernah lurus
Pasti ada salah lewati segalanya
Tapi Tuhan tak pernah berhenti
Membuka jendela maaf untuk kita

Baiklah setelah melihat dan mendengar lagu yang penuh makna tersirat nih..
kita dapat konklusikan bahawa kita hidup nih luas.. banyak jalan untuk kita layari kehidupan kita sebenarnya.. walaupun suatu masa dulu kita pernah tersungkur..terjatuh dalam satu kegagalan.. mungkin ke dalam satu lubang hitam ..namun Allah masih lagi memberikan peluang dan ruang untuk kita terus bangkit kerana Jalan Masih Panjang..

Same goes to....when we're studying.. either in secondary schools..or even universities.. there must be a hard time for us..
Rasa tensen gile study..susa sangaat nak pickup ape yang cikgu or lecturers ajar.. berat sangaat otak bila kena hafal banyak benda.. kadang2 rasa macam nak pecah otak..huh.
Tapi dan tapi..kita masih ada Allah untuk kita terus mengharap padanya.. 
kita masih ada Allah untuk kita memohon dipermudahkan segalanya..
Kerana kita..sebagai seorang muslim..harus yakin dan percaya bahawa allah itu ada..untuk menolong kita..
Bukankah allah telah berfirman:
 bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Bangkit2!
Ayuh! kita niatkan..setiap apa yang kita lakukan itu adalah untuk beribadah kepada Ilahi..
belajar kerana allah..bekerja kerana allah...pasti ada ganjarannya..
jangan mudah putus asa daripada rahmatnya..berusahalah!!
dan selalu ingat untuk sentiasa berdoa kepadaNya..


uhibbukalillah 

Saturday, January 28, 2012

KARNIVAL JOM MASUK U!

Bismillah..

Salam sejahtera buat semua.. Okey hari ni saya baru je pergi ke Karnival Pengajian Tinggi: Jom Masuk U!.. so sedikit perkongsian yang ingin saya coretkan kat sini bersama sahabat2 sekalian..

Karnival tuh agak best.. sebab banyak booth2 IPTA mahupun IPTS , JPA mahupun MARA hinggalah BOMBA dan CELCOM AXIATA.. banyak dan sesak.. penuh manusia.. budak2.. (haha bajet da besar sangat bile tengok budak2 sekolah)

lagi best dapat banyak beg!buku nota!(haha macam cerita blue clues) dan pen2..keychain bagai..mostly pamplet2 ar..

beg australia tuh beg saya..tak dapat kat karnival tuh..huhu


Ok2 kat sini nak kongsi sket pasal IPT2 yang ada kat sana lah.. info2 yang saya dapat ni adalah berdasarkan temu bual..temuduga..heh.. pemerhatian..pertanyaan..soal jawab..pembacaan sume.. ni maklumat secara kasar je la.. nak tahu dengan lebih lanjut.. rajin2 la layari laman web..  http://upu.mohe.gov.my/ dan https://www.google.com/

Seperti yang telah kita sedia maklum..
Syarat am kemasukan ke universiti adalah
Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian (gred C) termasuk Bahasa Melayu
Bagi UIAM 
 Bahasa Arab bukan keutamaan yang boleh menghalang kita semua daripada untuk apply ke uni nih.. Means.. sape2 yang tak ambil Bahasa Arab Tinggi or Komunikasi semasa SPM dahulu, tidak menjadi masalah untuk apply.. Namunn.. Bahasa Arab wajib dipelajari di sini (yela nama pun islamic university kann) ada 6 level kesemuanya..

di UIAM terdapat asasi-asasi tertentu untuk lepasan SPM dan setaraf.. dikenali sebagai Centre for Foundataion (CFS). Bagi mendapatkan maklumat lanjut.. bolehla baca blog INI berdasarkan pengalaman beliau kat CFS kann..

bagi USM

tidak menawarkan program untuk lepasan SPM dan setaraf. Juga perlu apply di luar upu..means kena ke laman webnya la untuk apply course semasa di peringkat ijazah pertama nanti..

sterusnya ASASI Pintar UKM


Asasi ni lebih memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang telah berada di Program Permata Pintar di kampus UKM itu sendiri. Namun.. pelajar-pelajar yang bukan berada di sini pun boleh juga untuk apply asasi  ini.. 
Syarat kelayakannya adalah at least 6A+ dalam
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • 4 Mata Pelajaran ( Biology/Fizik, Kima, Maths/Add Maths)

  Seterusnya setelah berjaya memasuki asasi ini.. akan ada ujian2

  • UKM2 - untuk menilai tahap kepintaran dan melakukan intervensi
  • MEQI - untuk tujuan profiling
  • MUET/EPT - untuk tujan menetapkan kumpulan U4
mostly pelajarnnya berdasarkan penyelidikan.. kemudian pelajar boleh menyambung pelajarannya ke overseas untuk yang outstanding students.. tak punn pelajar akan menyambung pelajarannya ke UKM..

bagi USIM pula..


tak seperti di UIAM.. USIM mewajibkan sesiapa yang ingin mendaftarkan diri ke Tahmidi (Matrikulasi) nya perlulah memiliki subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi dalam slip SPM.. means kene amik Arab la mse SPM.. klu ta.. memang ta ley apply la untuk USIM nih..

Program Tahmidi yang ditawarkan kepada lepasan SPM adalah

  • Syariah dan undang2
  • Sains dan teknologi
  • Perubatan
  • Perakaunan dan Muamalat
  • Pergigian
Digalakkan untuk pelajar2 meneruskan pengajiannya ke peringkat ijazah di USIM sebab bak kata "pakcik" mungkin lecturer ar kot..yang saya jumpa tadi.. pelajar2 akan merasa seronk dengan suasana kat sini dan meneruskan pengajian mereka di peringkat ijzah kat sini jugak. :DD 

Tapi kat USIM masih belum ada Ijazah Farmasi seperti yang saya nak la kann.. beliau berkata (haha BM) "kursus Farmasi akan ada..masih dalam pengurusan" mm camtula

untuk UPM (waawa banyak pulak! hee~~)


kat sini banyak diploma..tapi hanya satu Asasi iaitu Asasi Sains Pertanian

bak kata "lelaki" yang jaga kat booth UPM tuh.. nama je Asasi Sains Pertanian tapi.. boleh je lepas da abis asasi nih nak sambung mana2 ijzah sains yang berkaitan..

Baiklah seterusnya di IPTS pulak.. (aiiihh penat doe nak bace entry yang panjang nih..huh..) k2 sabar2 sket ag..hehe~~

Bila msuk kat bahagian tuh banyak rasa macam kat pasar malam pun ada.. semua yang buka booth kat situ menarik-narik tangan nih.. 
kejap2 "adik..lepasan spm ea? da isi borang biasiswa da?"   
"adik amik aliran apa?sains?kolej kami..bla3"

banyak ngat suh isi nama..alamat..no fon bagai.. tengok ah nanti korang bila da dapat result ada je kolej2 swasta akan hantar surat ke rumah.. dan saya nasihatkan.. jangan dan janganla ambil.. melainkan korang kaya kan..dan tak dapat mana2 tawaran dari upu..

at least qualification diorang 3 credits. dan..tengok atas course yang nak diambil..ada yang 5 credits.. 

dan banyak lagi yang korang boleh discover kat karnival ni.. pergila.. boleh dapat banyak info..boleh menang banyak hadiah..boleh dapat macam2 ilmu.. 


yang penting untuk SPM leavers.. banyakkan membaca.. surat khabar ker..bukak laman2 web ke..cam http://www.jpa.gov.my/  dan like "Afterschool.my" kat Facebook.. banyak info yang perlu kita tahu tau.


Nota kaki : Sama2lah kita berdoa supaya result SPM kita nanti mampu memberikan seyuman kegembiraan buat keluarga kita, guru2 kita.. dan KITA SENDIRI.. :D

Friday, January 27, 2012

Saya Rindu Kolej Islam Sultan Alam Shah

Assalamualaikum wbt

Setinggi-tinggi kesykuran kita panjatkan kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi dapat hidup pada hari ni, bernafas, memandang skrin.. memabaca blog yang tak sehebat orang lain.. Selawat serta salam ke atas junjungan Rasulullah SAW kerana dengan jerih payah baginda.. kita masih lagi dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman...dan nikmat.. Islam.. Alhamdulillah..

kenapa..dan kenapa saya menulis skema pembukaan ayt seperti di atas..?

kerana dan kerana saya dah tak tahan..saya RINDU sangat pada Kolej Islam Sultan Alam Shah.

apa yang saya rindu sangat...??

The 5 unique things!
Tarbiyah
Biah Solehah
Teachers 
Friends 
Ukhwah 
Tapi sebelum tuh..

sebelum saya mengimbau kenangan saya dan sahabat2 di kolej islam..

suka saya mengimbau kenangan di KLANG..(yeah bandar diraja n mayb bandar yang dianggap bandar gagak :DD)

kenangan outing ngan kawan2.. outing di MYDIN.. outing di THE STORE...
mungkin ada yang melencong ke JJ. eheh

bercampul aduk dalam bas bersama those indians..those jawaians..huhu
berhimpit2...duish2..
jalan laju2 atas jejantas untuk mendapakan tempat dalam bas..
kalu tak sempat..jawabnya jalan kaki lee..
kalu banyak duit sket..naik teksi..takpun call uncle cina yang baik hati uh..hehe

cukup2 dengan outing..
sekarang Masjid Sultan Sulaiman.(yeah!masjid depan sekolah tuh!yang dulunya adalah gereja..)



seriously..saya rindu.. saya rindu dengan
"ya arhamarrahimiinn...."
tuh mengingatkan saya pagi2 untuk cepat ke musolla..supaya sempat tahajjud..(xberniat nak menunjuk2..btol!)

dengan zikir2 kat masjid tuh la jugak kita boleh timing masa untuk ke musolla supaya tak kena JAKSA..huhu (BADAR jangan marah na!)

dan dengan pengumuman..

"Dukacita dimaklumkan..si fulan bin si fulan telah kembali ke rahmatullah pada waktu sekian2.. oleh itu marilah sama2 kita menyedekahkan al-fatihah kepada arwah supaya arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman..Al-fatihah"
setiap kali pengumuman tersebut dibuat..pasti rasa sebak..rasa insaf dalam diri.. bila pulak waktu kita akan berakhir agak2nya.. T.T

seterusnya kolej ini..kolej yang melakarkan banyak duka, gembira..pahit manis..saya..sepanjang hampir 2 tahun saya berada di sini (stayers?? tengokla..hehe)

SAYA RINDU

dewan al- muttaqin wal muthaqaffin

tempat amik SPM.. tempat berorientasi.. tempat ber"HANAN".. tempat ber "taarannum".. tempat ber "forum" ... tempat ber"assembly smbil buang kasut".. =)

semuala!! tak terjangkau.. banyaknya pengalaman di sini..

SAYA RINDU


dewan ulul albab






tempat kelas tambhan yang berjam2.. tempat menonton "3Idiots".. tempat mendapat berita "muslimin nazak"..
tempat ber "kuliah jumaat"

sahabat2 masih ingatkah kita??

sahabat2
SAYA RINDU

musolla al-muqarrabiin





tempat menimba ilmu akhirat.. tempat untuk dibersihkan setip minggu.. tempat mengembangkan potensi diri.. tempat ber "ihya' ramadhan" .. tempat ber"liqa' batch".. tempat menulis tazkirah dalam buku tazkirah... tempat mendekatkan diri pada allah..

seriously!
saya rindu tiang kuning yang selalu saya solat kat situ..
sahabat2 macam mana?? bawah air-cond? tepi kanan musolla?? belakang musolla..??

oke2 yang nih tatau nak kata rindu ke tak.. boleh la.. rindu jugak.. hehhe

Dewan Makan aka DM

tempat mendengar berbagai announcement sama ada melalui speaker bilik kp atau tak (majaz..hehe).. tempat ber "al-maathurat".. tempat ber" makan beradam" tempat "jamuan batch!" huhu




sterusnya..court!

court..hum.. tempat berlatih hoki.. tempat ber"usrah".. tempat mengeluarkan semua idea2 bernas.. tempat ber"wefti", ber"T-Tarbiyah"..hukhuk



apalagi???

announcement!!!

ala lydia! dulu kat sekolah menyumpah2 tak suka announcement hahah..

"perhatian kepada semua warga aspuri anada dijemput untuk mengambil makan malam anda sekarang juga.. menu pada hari ini ialah..nasi ayam.."
"subhanallah..perhatian kepada semua warga aspuri.. marilah sama2 kita membaca doa sebelum tido...selamat malam diucapkan kepada semua warga aspuri"
"ila ukhti si fulanah bt si fulan.. indakiy dhuyuff"
"perhatian kepada semua warga aspuri..anda ada 1 min lagi untuk meninggalkan kawasan asrama.." 

hehe jangan marah naa para KP sekalian...

sememangnya SAYA RINDU.. kolej islam.. T.T

kerana anda..shabat2ku..seramai 306 orang pelajar batch 56..batch al-fateh!
kerana ukhwah yang telah anda semua tunjukkan kepada saya..
kerana nasihat yang telah anda semua lontarkan kepada saya
kepada gelak ketawa yang dirai bersama
segala tangisan yang disapu bersama


segala usaha yang diaraih bersama
bukan setakat dunia untuk menggapai 11A+ SPM, BATCH NO 1 MALAYSIA
tetapi juga untuk akhirat bagi menggapai syurga ilahi..






terima kasih..sahabat2 adik2 guru2 yang banyak mengajar saya
mengajar saya untuk menjadi yang lebih baik
untuk membentuk sahsiah2 terpuji..


terima kasih kerana sudi menegur diri ini
terima kasih sebab selalu kejutkan saya dlam kelas
terima kasih kerana kejutkan saya semasa al-mulk
terima kasih sebab jadi sahabat saya..insyaAllah..ukhwah fillah abadan abada.. :)


sya memohon beribu kemaafan daripada hujung akar umbi rambut hingga ke hujung jari ibu kaki
maaf kerana melukai hati anda semua
maaf kerana terkasar perbuatan dan tutur bicara
maaf kerana saya tak menjadi sahabat yang baik
maaf kerana saya terlalu ego 
maaf kerana menyusahkan ramai orang
maaf atas semuanya..


halalkan ilmu anda semua
halalkan makanan dan minuman anda semua
halalkan setiap detik kita bersama


"allahumma salim tarbiyatan bil ardina mauqufah wa salim biatan solihatan huna.."


tagged: 403 503 F21 F01 KHALID MMU PERKISAS BUMI WAQAFAN
              (maaf kalau ada yang salah sebab dah nyanyok!hehe)

credits to : semua pics yg saya ambil di FB.. :DD

Thursday, January 26, 2012

Menjadi Diriku

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak bedah lirik lagu..hoho surely la bukan bedah badan orang kn..

Tajuk lagu yang kita akan bedah liriknya ialah Menjadi Diriku by EdCoustic..

Dengarkan "menjadi diriku" kat sini =)

Tak seperti bintang di langit
tak seperti indah pelangi
kerna diriku bukanlah mereka
ku apa adanya

Wajahku kan memang begini
sikapku jelas tak sempurna
ku akui ku bukanlah mereka
ku apa adanya

Menjadi diriku
dengan segala kekurangan
menjadi diriku 
atas kelebihanku

Terimalah aku
seperti apa adanya
aku hanya insan biasa
tak mungkin sempurna

Tetap ku bahagia
atas apa yang ku punya
setiap waktu ku nikmati
anugrah hidup yang ku miliki..

Baiklah seperti yang kita lihat kan.. lirik lagu nih penuh dengan inspirasi..

Hidup ni ibarat roda..kadang2 di atas dan kadang2 di bawah..
sudah semestinya apabila kita di bawh.. kita feel "down" gile
rasa macam ta nak hidup dah

mungkin ada jugak terlintas kat fikiran kita bahawa kenapa Tuhan nak kita hidup kat atas muka bumi ni..
perlu ke kita lalui segala duka? perlu ke kita tempuhi ujian yang berat tuh
walapun kita tahu "Allah takkkan menguji hambanya melainkan dengan kesanggupannya."
kenapa dan kenapa kita perlu susah????

Kenapa aku tak macam keluarga lain..??
bahagia.. banyak harta.. boleh beli macam2
tapi aku???
Dah la tak cantik..miskin.. perangai pun orang pandang jelek.

Sudah2la.. cukup2la dengan kenapa.. kenapa.. dan kenapa..

Mari kita intai lirik nih..


"Tetap ku bahagia
atas apa yang ku punya
setiap waktu ku nikmati
anugrah hidup yang ku miliki.."


Ya.. mungkin kita tak sehebat dengan diorang..
mungkin kita tak sebahagia diorang..

Tapi..tapi... dunia nih luas..
pernah terfikir tak kita..?? (mestila pernah!! aku tak pernah jejak kaki lagi kot kt Sabah..)

ok2 relaks..

dengan dunia yang luas nih..banyak lagi yang kita boleh buat..
janganla kita sempitkan pemikiran kita dengan masalah yang serious ciput je..

"Be myself!!"

 Banyak cara lagi yang Allah nak kasi kita menikmati hidup nih..
gunakan setiap waktu yang Allah berikan sebaiknya..

Dan tak kisahla siapa kita.. Cantik atau Tak
Kaya atau Tak
Bijak atau Tak

semua tuh hanya Sementara
jadi apa yang ada kat diri kita.. bersyukurlah..

Menjadi diri sendiri lebih baik daripada hipokrit  
Menjadi diri sendiri lebih baik daripada menipu
Menjadi diri sendiri lebih baik daripada untuk mendapat perhatian

Tapi..tapi...menjadi diri sendiri tak bermakna kita tak perlukan perubahan ke arah yang lebih baik kan.??

Kita hidup untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik..

Macam mana??


dekati Allah..dekati sunnah rasulullah..dekati Islam



kerana itulah diri kita sebenarnya..
yang telah Allah tetakan di luh mahfuz..
yang mana Roh kita sendiri pun telah membenarkannya..

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (dengan berfirman kepada mereka): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’. Mereka menjawab: ‘Betul, (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi’. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan; ‘Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini’”. (al-A’raf: 172)

Wednesday, January 25, 2012

HANI

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayag..

Thanks kepada yang masih lagi sudi membaca blog yang tak seberapa ni..

HARI ni nak kongsikan satu buku yang da lama ada kat pasaran tapi saya baru je abes membaanya.. yela sibuk ngn SPM kn.. buku bertuah tu adalah.. HANI.. written By.. Nurulsham Saidin dan Zabidi Mohamed.


wahh macam nak tulis karangan bm pasal novel.. Interlok??haha..
dah2 cukup merapu..

k.. novel HANI (novel tarbiyah islamik) ni sebenarnya berdasarkan drama HANI yang dipaparkan di TV3 penghujung tahun 2010 yang lalu..
pelakon2 die mesti la yang best2 cam Ryzal Jaafar sebagai Irfan dan Elfira Loy sebagai adik Hani, Niza.


tapi surely la kite da ter'miss' cerita nih..macam saya la..sempat tengok separuh je..da msuk asrama kn..huh. tape tengok je di YOU TUBE.. :DD

Novel Hani ini mengisahkan Hani yang selalu je pening kepala.. tetapi dianggap enteng oleh ayahnya dan dirinya sendiri! Migrain yang dialaminya ini membawanya satu nikmat yang tak terjangkau oleh manusia sekelilingnya apabila Allah yang menguji Hani akhirnya diberikan nikmat yang terbesar kepada hambanya ini..

Ceh... teteibe skema lak ayat..haha

Oleh itu, bacalah buku HANI yang memberikan inspirasi kepada kita sebagai hamba Allah untuk berterus-terusan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita yang kadang kala kita alpa..

Lgi best kalau anda semua pernah menonton drama ini dan membaca bukunya jua.. ala macam Ombak Rindu.. lebih feel.. :)


Dapatkan buku ni di pasaran kat mana2 kedai buku la kot (sebab saya beli kat Book Fair.. hehe)
dengan harga RM19.00 bg semenanjung malaysia dan RM21.00 bg Sabah dan Sarawak..

Baca jangan tak Baca!! hehe
tagged : Darul Quran

hand phone dan iman

bismillahirrahmanirrahim...


Ok hari ni dapat idea bila terpegang charger hand phone.. Bak kata Khatijah Azman, kalu nak buat baik teruskan..jangan tangguh2.


Jika kita bayangkan handphone kita da nak abes battery..mungkin tinggal 1 bar lagi or maybe tinggal 10% lagi..so ape kita buat.. Charge la! kan..(soalan budak 5 tahun pun bole jawab.. ) :)


Mesti kita marah giler bila battery low..tak boleh nak texting "honey" ngan "baby" or tak leh nak buat emergency call kalo tetiba kereta buat hal kat tengah jalan. 


Agak2 ada tak sampai terkeluar perkataan "SHIT" dari mulut kita?? hmm..


Tapi tuh bukan persoalan kita hari ini.. 


Nak cakap kat sini iman kita bagaikan bateri henset tuh..kadang2 menaik dan menurun..


Sebelum nak cakap iman manusia bak henset.. :D nak cerita yang iman ini ada 3 peringkat.. (mungkin da ramai yang tau..) kita revise balik key.


 Iman para malaikat = tetap tidak berubah ( la yazid wa la yankus)
 Iman para nabi = sentiasa meningkat ( yazid )
 Iman manusia = sentiasa menaik dan sentiasa menurun. (yazid    wa yankus)


Ok.. sambung dengan iman bak Handphone.. tak kisahla (samsung galaxy S II or i phone or nokia 3310 or ppe je la kn)


Pernah tak kita terfikir yang adakah kita akan marah kalau iman kita menurun.. 
Pernah tak kita terfikir yang kita akan rasa sedih kalau iman kita sedang menurun..
atau kita tak sedar langsung yang iman kita tengah menurun.. (serious bahaya!)


Muhasabah diri balik bila kita amat marah bila gadget terbaek dan paling rapat dengan kita tak da bateri.. kompom kita marah sangat..tapi iman kita macam mana?? lagi penting..bukan untuk dunia je.. tapi akhirat pun sama..


Berbalik dengan kita akan recharge handphone kita.. kita pun kene recharge iman kita.. 






Macam mana?? Kene pergi kuliah maghrib kat masjid hari2 ke?? Kene pergi jumpa Sheikh Muhammad Nuruddin ke??


Islam itu mudah namun kita yang susahkan..dan kita jugak yang permudah2kan.


Boleh je kalu bace blog niy pun boleyh aja!iman naek jugak. (okie perasan sorang2 =,=')


Banyak caranya yang boleh kita lakukan..tak perlu susah2 ke Indonesia jumpa sheikh tersebut.. you tube kn ada!

ok2..insyaAllah..selain menunaikan kewajian 5 kita iaitu solat, zakat, puasa n haji..

 first.. bacelah buku-buku agama kan.. mungkin kadang2 bahasa dia agak tinggi.. tapi anda semua mungkin boleh try baca Gen-Q tak pun Solusi..agak sesuai dengan semua peringkat umur.

2nd. cuba perbaiki amalan fardhu kita.. cuba untuk khusyuk dalam solat.. cuba untuk laksanakan puasa ramadhan dengan penuh ketaqwaan bukan sekadar adat.

3rd. try la tengok apa sunah2 rasulullah dan kita amalkan.. saya syorkan anda semua tontonlah Fattabiuni klu in malay (maka ikutlah aku) di TV Al- Hijrah yang memaparkan sunah2 Rasululullah s.a.w. serious best!

4th. jauhi sedaya mungkin daripada ma'asiy (dosa2). Cuba untuk tidak melakukan perkara sia2.. cuba untuk berbuat baik kepada ibubapa. Saya tahu mungkin agak susah.. saya faham kerana diri ini pernah juga terjatuh ke dalam kegelapan suatu ketika dahulu dan sekarang juga (surely! manusia tak pernah terlepas daripada kesalahn!).. tapi kita try slow2... cuba minta nasihat daripada yang alim tentang agama..yang boleh bimbing kita.. InsyaAllah.

5th. Husnuzon. (bersangka baik) contohnya.. Pengetua sekolah tak bagi balik rumah cuti hujung minggu kepada yang duduk asrama la kan.. janganlah kita mencarci herdik dia kerana tak bagi balik dengan menggantikannya dengan kelas tambahan. Da pulak tuh kata dia nih pentingkan prestasi sekolah..bla..bla..
tapi husuzonlah mungkin dia buat camnih untuk elak kita leka kat rumah.. supaya kita nih terdidik.. jadi orang yang berguna..

dengan cara Husnuzon ni..kita akan jaga hati kita daripada menambahkan titik hitam yang menurunkan iman kita..

Baiklah saya kat sini bukanla baik sangat pun.. jahat gile kot.. sape yang kenal tau la saya ni sape..heehe.. tapi  sebagai daie' muda la katakan.. Ilmu yang bermanfaat harus terus disampaikan.. k.. hope kita sama2 dapat meningkat iman kita.. supaya kita dapat mencium bau syurga.. insyaAllah..




Sunday, January 01, 2012

jaga iman sendiri sebelum...

In the name of Allah..

ok..hari ni.. tetiba idea mencurah-curah lak nak tulis.. tak tahan sebenarnya dengan keadaan sekeliling..

straight to the point... siapa kita nak judge other people yang tak pkai tudung.. weyh ingat hebat sangat ke kita ni? diri sendiri pun pakai seluar pendek. dey tak payahla..

huh.. agak terkilan bila orang yang rapat dengan kita suka judge other people sedangkan dia tak tahu siapa orang tu sebenarnya.

agak kasar..huh.. maaf

persoalan ni selalu timbul kat minda semua orang

buat ape pakai tudung, sedangkan orang yang tak pakai tudung tuh lagi baik daripada orang yang pakai tudung tapi suka mengumpat..

kat sini kita perlu sedar yang kita hidup atas muka bumi ni bukan sorang2..

hablumminallah wa hablumminannas

kita ada hak kita pada Allah dan hak kita pada manusia lain..

teringat tazkirah oleh sahabat saya ketika tazkirah al-mulk kat dorm

"ye dia (si A) memamng pkai tudung, memang da jaga hak dia pada Allah tapi dia tak jaga hak dia pada manusia lain. Sedangkan yang lagi sorang ni (si B) tak mengumpat tapi tak pakai tudung. Means dia jaga hak dia pada orang lain tapi tak jaga haknya ada Allah" (somethin' like that-iqtibas..hehe")

okay kat sini Si A memang nampak baik pada luarannya... tapi hatinya suka menghasad dengki.. mengumpat.
ni menujukkan hati dia da dikuasai "titik2 hitam"

tak mustahil suatu hari nanti yang tak memakai tudung tuh akan memakai tudung kearana hatinya yang baik.. dan tak mustahil jugak yang da pakai tudung tuh akan buang tudung dia sebab hati dia da kotor..

faham tak?? macam berterabur je ayat..hehe..boleyla kan..

so sebelum nk kutuk2 orang lain.. ce jaga hati and iman kita dulu.. think positive. 

" mane tau suatu hari nanti dia pkai tudung, insyaAllah"
"insyaAllah suatu hari nanti dia suka berzikir instead of listening to that music"
"insyaAllah suatu hari nanti pemain bola sepak nih akan tutup diorang punya lutut" 

tapi semua tuh memerlukan usaha kita as a Daie untuk menegur dengan cara berhemah dan ikut tempatnya... jangan nak kutuk je sesuka hati..






Asssiif jidaan!!

Assalamualaikum...n selamat sejahtera..


sempena tahun baru 2012 ni.. saya.. LYDIA .. nk mohon berbilllion kemaafan kepada: 

semua warga TESMAL
semua warga SKBD
semua warga KISAS
semua kawan kat FB..


dan semua yang mengenali diri ini...


sesungguhnya saya sebagai insan sudah semestinya tak terlepas daripada melakukan kesalahan... terkasaar bahasa,, tersinggung perasaan.. terpukul mana2 hee~~ sori sangat2


moga Allah merahmati kalian yang memaafkan kekhilafan2 saya yang lalu..


halalkan segala ilmu..harta..duit..makanan...huhu :DD


saya doakan kalian sihat sejahtera.. :)



so sempena tahun baru ni.. buat yang terbaik untuk tahun ni.. semoga kita akan terus berjaya..

mantapkan azam yang tak tercapai..
pikir2kan kenapa azam tahun lepas kita tak tercapai..


mulakan tahun baru dengan semangat yang baru..
dengan azam yang baru 
untuk menjadi yang lebih baik

teringat kata2 Dr Asmadi Mohamed

Semalam adalah sejarah yang tidak dapat diulang,
Esok adalah khayalan yang tidak nyata
Hari ini adalah kejayaan dan penentu siapa kita 


dan ingatlah..




seorang mukmin itu tidak akan mengulangi kesalahannya untuk kali kedua :)

selamat tahun baru 2012 !