Wednesday, January 25, 2012

hand phone dan iman

bismillahirrahmanirrahim...


Ok hari ni dapat idea bila terpegang charger hand phone.. Bak kata Khatijah Azman, kalu nak buat baik teruskan..jangan tangguh2.


Jika kita bayangkan handphone kita da nak abes battery..mungkin tinggal 1 bar lagi or maybe tinggal 10% lagi..so ape kita buat.. Charge la! kan..(soalan budak 5 tahun pun bole jawab.. ) :)


Mesti kita marah giler bila battery low..tak boleh nak texting "honey" ngan "baby" or tak leh nak buat emergency call kalo tetiba kereta buat hal kat tengah jalan. 


Agak2 ada tak sampai terkeluar perkataan "SHIT" dari mulut kita?? hmm..


Tapi tuh bukan persoalan kita hari ini.. 


Nak cakap kat sini iman kita bagaikan bateri henset tuh..kadang2 menaik dan menurun..


Sebelum nak cakap iman manusia bak henset.. :D nak cerita yang iman ini ada 3 peringkat.. (mungkin da ramai yang tau..) kita revise balik key.


 Iman para malaikat = tetap tidak berubah ( la yazid wa la yankus)
 Iman para nabi = sentiasa meningkat ( yazid )
 Iman manusia = sentiasa menaik dan sentiasa menurun. (yazid    wa yankus)


Ok.. sambung dengan iman bak Handphone.. tak kisahla (samsung galaxy S II or i phone or nokia 3310 or ppe je la kn)


Pernah tak kita terfikir yang adakah kita akan marah kalau iman kita menurun.. 
Pernah tak kita terfikir yang kita akan rasa sedih kalau iman kita sedang menurun..
atau kita tak sedar langsung yang iman kita tengah menurun.. (serious bahaya!)


Muhasabah diri balik bila kita amat marah bila gadget terbaek dan paling rapat dengan kita tak da bateri.. kompom kita marah sangat..tapi iman kita macam mana?? lagi penting..bukan untuk dunia je.. tapi akhirat pun sama..


Berbalik dengan kita akan recharge handphone kita.. kita pun kene recharge iman kita.. 






Macam mana?? Kene pergi kuliah maghrib kat masjid hari2 ke?? Kene pergi jumpa Sheikh Muhammad Nuruddin ke??


Islam itu mudah namun kita yang susahkan..dan kita jugak yang permudah2kan.


Boleh je kalu bace blog niy pun boleyh aja!iman naek jugak. (okie perasan sorang2 =,=')


Banyak caranya yang boleh kita lakukan..tak perlu susah2 ke Indonesia jumpa sheikh tersebut.. you tube kn ada!

ok2..insyaAllah..selain menunaikan kewajian 5 kita iaitu solat, zakat, puasa n haji..

 first.. bacelah buku-buku agama kan.. mungkin kadang2 bahasa dia agak tinggi.. tapi anda semua mungkin boleh try baca Gen-Q tak pun Solusi..agak sesuai dengan semua peringkat umur.

2nd. cuba perbaiki amalan fardhu kita.. cuba untuk khusyuk dalam solat.. cuba untuk laksanakan puasa ramadhan dengan penuh ketaqwaan bukan sekadar adat.

3rd. try la tengok apa sunah2 rasulullah dan kita amalkan.. saya syorkan anda semua tontonlah Fattabiuni klu in malay (maka ikutlah aku) di TV Al- Hijrah yang memaparkan sunah2 Rasululullah s.a.w. serious best!

4th. jauhi sedaya mungkin daripada ma'asiy (dosa2). Cuba untuk tidak melakukan perkara sia2.. cuba untuk berbuat baik kepada ibubapa. Saya tahu mungkin agak susah.. saya faham kerana diri ini pernah juga terjatuh ke dalam kegelapan suatu ketika dahulu dan sekarang juga (surely! manusia tak pernah terlepas daripada kesalahn!).. tapi kita try slow2... cuba minta nasihat daripada yang alim tentang agama..yang boleh bimbing kita.. InsyaAllah.

5th. Husnuzon. (bersangka baik) contohnya.. Pengetua sekolah tak bagi balik rumah cuti hujung minggu kepada yang duduk asrama la kan.. janganlah kita mencarci herdik dia kerana tak bagi balik dengan menggantikannya dengan kelas tambahan. Da pulak tuh kata dia nih pentingkan prestasi sekolah..bla..bla..
tapi husuzonlah mungkin dia buat camnih untuk elak kita leka kat rumah.. supaya kita nih terdidik.. jadi orang yang berguna..

dengan cara Husnuzon ni..kita akan jaga hati kita daripada menambahkan titik hitam yang menurunkan iman kita..

Baiklah saya kat sini bukanla baik sangat pun.. jahat gile kot.. sape yang kenal tau la saya ni sape..heehe.. tapi  sebagai daie' muda la katakan.. Ilmu yang bermanfaat harus terus disampaikan.. k.. hope kita sama2 dapat meningkat iman kita.. supaya kita dapat mencium bau syurga.. insyaAllah..




No comments: