Friday, March 16, 2012

Memelihara Hubungan

In the name of Allah..

Dalam ke"cuak"an dan ke"freeking"an menunggu result nih..tak kira..saya nak go on jugak dengan Tazkirah Marathon daripada buku mutiara saya nih..hehe...

Jadinya hari ni saya nak bawakan satu hadis..MEMELIHARA HUBUNGAN

 عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ 
لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. (البخاري ومسلم)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang agak2 my readers sekalian faham?(err...<,<)

baiklah saya ta nak menghurai panjang berkaitan hadis ni...kerana saya bukanla orang yang layak unuk menghuraikannya..kalau dalam kata lain meng"istinbat" hadis ni..hoOhO

Cukupla andainya saya memberikan situasi..so that korang pun faham.. tak ke gitu??hehe

Contoh la kan..nak2 dekat result SPM nih.. katakan la.. kita dapat 6A+,3A..tapi kawan kita dapat 9A+.. mesti kadang2 kita cemburkan dia..jelez..tak tentu pasal..kadang2 marah punn ader..
dan oleh sebab iu kita da lupa rezeki yanng Allah telah berikan kepada kita.. kita dapat 9A jugak..die pn dpt 9A jugak..tapi lebih A+nya.. duah pastinya Allah ada jalan yang terbaik buat kita..kenapa Allah takmbagi kita semua A+? sebab Allah tahu kita akan membangga-bangga...bagai..HE KNOWS THE BEST..

Dan lagi bila..kita dapat scholarship da..memang da ditawarkan la kat kita nih kan..tinggal tunggu result spm je..n then bila kawan kita nak pergi apply scholar..kita punya laa gelabah macam ape..macam tanak kasi kawan kita berjaya jugak..deyy...ape kessnya.. tengok balik hadis di atas..

rezeki tuh Allah yang tentukan...kita kene berusaha..dapat ke tak..tuh kerja Allah..jangan nak mempertikaikannya,,


Contoh lain plak.. nih yang berlaku kat diri saya la..senang...tak payah amik contoh jauh2..haha.. macam mana nak cakap ek.. saya memang nak ambil farmasi la..lepas SPM ni kan..sebab saya tahu saya memang tak mampu nak ambil medic...cukupla kakak saya sorang je..tengok kakak saya yang sangat kuat..dan bijak.dan panda..dan tabah tuh punn..boleh menangis bile time Housemanship..HUH.awal2 biase la tuhh..lame2 goyang kaki koot tengok die sekarang nih..

O..tuh bukan persoalannya..HAHA...(lydia da start membebel)..heahe..
yang saya nak cerita kat sini is.. saya bagitahula kat kawan saya ni kan..pasal kenape nak amik pharmacy...senang dapat keje..bagai...die yang mula2 nak ambil medic..teteibe tukar nak ikoot saya jugak..tak kee geram saya.. tapi tak la cakap kat dia..cuma..smile..n bagi galakan kat dia jugak....walaupun dalam hati..
"iskk..kenapa nak maen tiru2 nih"

Seriously,,,dari kecik lagi..memang saya tak suka..orang copy n paste apa yang saya buat..sebab kadang sya perintis benda tuh..haha..BAJET gila kann..?

Kemudian..saya kongsi la perasaan sedih saya kat kawan saya yang lagi sorang nih.. tau tak dia cakap ape?? kata-kata dia tuh membuatkan saya terpana..tertampar diri saya kat dinding dewan (sebab masa tuh kat dewan sekolah..haha).. dia cakap..
"ok apa..dia jadikan hang idola dia..nak sdih buat hapa"- orang penang kn..huihu..

N then..i slowly..changed...terima hakikat yang bukan kita sorang je nak berjaya kat dunia nih..kita nak membangunkan umat islam..bangsa melayu..ekonomi negara..memerlukan..kerjasama.. hasil usaha daripada ramai orang..bukan kita sorang je...apa yang penting??? KERJASAMA.. uhuhu

credit to tv-alhijrah, toshibatv,n sony-e hp..haha :D

kat bawah ni adalah huraian yang saya dapat daripada THIS WEBSITE

i) Islam mementingkan umat yang bersatu padu di mana setiap hubungan yang terjalin mestilah diperkuatkan dengan ikatan kasih-sayang, kepercayaan, belas kasihan dan menjauhi permusuhan kerana seorang muslim yang baik adalah mereka yang sentiasa memikirkan kebaikan orang lain sebagaimana ia memikirkan kebaikan untuk dirinya sendiri.

ii) Tidak sempurna iman seseorang yang didapati tidak mengakui persahabatan, pertalian kerabat dan seumpamanya kecuali apabila ia mendapati terdapat sesuatu faedah atau keuntungan di sebalik perhubungan itu untuk dirinya.

iii) Orang seperti ini adalah mereka yang bersifat sombong dan angkuh, tamak haloba dan suka berdendam. Ia hanya mementingkan diri sendiri serta sanggup melakukan apa sahaja asalkan sesuatu kebaikan itu hanya menjadi miliknya seorang bahkan dendam yang bersarang dalam jiwanya membuatkan ia hilang perasaan kasihan belas, simpati dan timbang rasa terhadap kesusahan orang lain.

iv) Sesungguhnya orang seperti ini akan mendapat laknat daripada Allah S.W.T. Perbuatannya yang menganiayai orang lain lambat laun akan mengundang kebencian masyarakat menjadikan kehidupannya kelak tersisih dan disisihkan. 


Khulasahnya..kita jangan nak menimbulkan penyakit hati dalam diri kita nih..sebab semua yang berlaku di sekeliling kita..rezeki yang Allah turunkan ke atas kita dan orang2 di sekeliling kita..semuanya ada hikmahnya..ada sebab munasababnya..kenaa Allah jadikan begitu.. 

Jadi..marillah sama2 kita memelihara hubungan kita sesama makhluk di sekeliling kita.. :) peaccee yo! (y)


Tagged: thanks khoir! hajar i miss you! ainul gudluckforMAIDAM! katyakusygkau<3

1 comment:

KhatijahAzman said...

Sumpah aku sayang kau jugak!
Btw, nice gila post ni! hewhew