Saturday, April 21, 2012

Bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Bismillahirrahmanirrahi..

Syukur ke hadratnya kerana dengan limpah kurnianya.. ha haa.. dapat jugak bertemu dengan Ustaz Don.. alhamdulillah..best sangatt.. hari tuh time Karnival Al-Hijrah tak dapat jumpa..rupa-rupanya Allah nak bagi yang lagi baik..alhamdulillah..

Haa..macam mana boleh jumpa??

Kat tempat kerja ayah saya, Parlimen Malaysia (pleassee don't think about politic here..huhu) akan adakan ceramah agama sebulan sekali pada hari Jumaat..dan semalam 20 April = Jumaat ustaz yang dijemput adalah Ustaz Don Daniyal.. 

Jadinya saya pun pergila menyibuk pergi ofis ayah..semata untuk dengar ceramah ustaz..

(Eh, lydia kau masuk tempat tuh orang lain tak marah kau ke??)

Ish idak le..da biasa..orang2 lain pun da kenal saya da..tapi agak awkward la siket..


So apa tajuk yang disampaikan?

Umumnya tajuk dia pasal IBU BAPA..

Tapi biasala..termasuk macam2 bab lain..

Antara hadis yang dikongsikan ustaz..

Apabila matinya anak adam, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu, sedekah jariyah, ilmu  yang dimanfaatkan atau doa anak yang soleh.

Maknanya kat sini kita kena senantiasa berdoa kepada Allah supaya mengampunakan dosa kita dan dosa ibu bapa kita.. 

Seperti mana doa yang selalu kita baca.

"Ya allah ya tuhanku ampunkan dosa ku dan dosa kedua ibu bapa ku" 

Lagi beberapa kali ustaz pesan..hantar pahala banyak-banyak ke ibu bapa..hantar banyak2..

Pergila mengaji ilmu agama..kutip ilmu agama.. fakihkan diri kita..

Ada lagi perkongsian hadis yang ustaz berikan di sini..

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: 
Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. 
Lalu baginda menjawab: 
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya."


Itula serba sedikit ilmu yang mampu saya curahkan balik ke blog ta seberapa ni..hope dapat manfaatnya..



MooD: alhamdulillah hepi sangat!! baru juma ustaz Don..belum jumpe si Empunya Rusuk Kiri..hehe dan belum lagi jumpa Rasulullah SAW... allahuakbar...masyaAllah.. :D

No comments: