Pagi itu angin berhembus lembut, selembut kain yang mengggunakan softlan..hehe. Tapi hati ku ini bagaikan tidak mampu untuk menerima kelambutan bayu itu. Aku teringat teguran rakan sekelasku semalam, "Hana, kenapa awak baik sangat nk tolong Nora tuh? Nak buat baik pun berpada-padalah. Jangan sampaikan awak pulak yang terjangkit H1N1 tuh. Tak tertolong pulak awak nanti." kata-kata Syu begitu pedas hinggap di telingaku.
Iya aku sedar akan bahaya virus itu. Tapi aku ada tanggungjawab, bukan sekadar ketua kelas semata-mata tapi juga sebagai rakan. Meskipun aku tidaklah selalu ke Kafe Kak Dah bersama-sama dengannya, berjalan berkepit seperti belangkas dengannya, tidur bersama tatkala waktu hujung miggu, namun aku sebagai rakan, kawan. Kawan itu ada tidak kira semasa saat bahagia tetapi juga tatkakla taufan Katrina melanda.
Aku melihat jam Ice di tanganku. 8.15am. Aku menyegerakan langkahku untuk ke bilik sakit. Dari jauh ku kedengaran suara batuk daripada manusia yang berada di dalam bilik itu. Perit sekali bunyinya. Lantas, aku memakai penutup mulut yang telah dibekalkan. Huh, seperti doktor bedah pulak! Aku menyelak pintu bilik sakit tersebut dan melihat Nora masih lagi tidur. Pucat mukanya. Aku mengejutnya lembut sambil mengusap-usap rambut perang semulajadinya itu. "Nora, jom siap-siap. Kita nak pegi jumpa Ustaz Shakimi ni," Sekeliling aku melihat ada dua orang lagi pelajar yang turut ingin ke hospital.
"Hana, awak tak payah ikut. Baik awak siap-siap kemaskan barang awak. Nanti saya dan Ustazah Che' Maisarah yang akan hantar mereka pulang ke rumah," Meskipun aku sedikit lega akan kata-kata Ustaz Shakimi, namun aku amat risau akan keadaan Nora. Suhu badannya amat panas, hampir 40 darjah Celsius. Aku tetap akur akan arahan Ustaz dan segera pulang ke aspuri. Tidak banyak pakaian yang aku perlu kemaskan. Hanya buku-buku PMR yang memenuhi ruang beg galasku. Almaklumlah, selepas cuti pertengahan penggal bercampur pula dengan cuti kerana H1N1 ni, peperiksaan percubaan bakal dilaksanakan. Walhal, ia sepatutnya telah bermula minggu ini, namun, terpaksa ditangguhkan.
Kawasan asrama semakin lengang. Hanya bunyi burung-burung yang berkicauan indah kedengaran. Aku dan beberapa rakan ku yang lain, Aishah, Aqilah, Fathihah dan Shabar bergegas ke stesen bas untuk menadapatakan tiket. Kebanyakan manusia di sini rata-ratanya memakai penutup hidung dan mulut. Berita-berita di media massa mahupun di media cetak kesemuanya menceritakan tentang virus ini. Seram sejuk aku dibuatnya. Bulu-bulu roma di tangan juga mula menunjukkan ketakutannya.
Setelah dua minggu bercuti, aku dan pelajar-pelajar lain mula memenuhi asrama semula. Namun. aku berasa hairan apabila aku tidak melihat sedikit pun kelibat Nora pada prep malam itu. "Nora belum sembuh lagi ke? Dia disyaki je kan. Bukannya memang terjangkit H1N1 pun kan.??" aku mula bertanyakan pada rakan baiknya, Wan dan Athirah. Menghampakan. Kedua-duanya menunjukkan reaksi muka yang berkerut sambil menjongkitkan bahu mereka. "Aduhai Nora awak tahu kan Peperiksaan Percubaan akan bermula Selasa ini??" Rintih hatiku.
Usai perhimpunan aku segera ke pejabat untuk menulis kedatangan pelajar. 17/18. Tidak hadir (1). Sebab (-). Haih risau aku dibuatnya. Puan Roslina selaku guru kelas juga tidak tahu ke mana Nora menghilang. Aku ada juga mendail nombornya di I-Talk, tapi yang kedengaran hanyalah suara wanita yang mengatakan perkara yang sama. " Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Terima Kasih."
Hari ini peperiksaan percubaan bermula. Aku dan sahabat-sahabatku yang lain memandang sepi meja Nora. Dalam sudut hati kami, mendoakan agar Nora sentiasa dalam kesihatan yang terbaik. Sebaik sahaja Puan Mastura ingin megedarkan kertas soalan Bahasa Melayu kepada kami, pintu kelas diketuk oleh seorang Mak Cik yang berusia lingkungan 40-an. "Eh, tu mak Nora! Nora mana?" Mardiah tiba-tiba berkata. Ira pula mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Mardiah. Puan Mastura keluar sebentar untuk bertemu wanita itu. Puan Mastura tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Wajah kami berubah ceria apabila melihat kelibat Nora memasuki kelas. Wajahnya tampak ceria tidak seperti ketika dia sakit dahulu.
Setelah tamat peperiksaan, kami meluru ke arah Nora. Semua bertanyakan hal yang sama. "Kenapa tak datang sekolah?". Muka Nora tenang sahaja. Setenang air di laut tanpa Tsunami. Pasti dia dah mengagak rakan-rakannya akan mempersoalkan ketidakhadirannya. Pantas dia menjawab, "Oh! Saya pergi berubat di kampung. Kat situ susah dapat 'line' telefon. Telefon bimbit saya masuk sungai pula. Jadinya, susah la saya nak berhubung. Hehe." Aduhai Nora, boleh pula melawak kat sini. Kami kemudiannya meneruskan peperiksaan kami dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa gusar lagi.
Sebelum aku dan rakan-rakanku pamit ke asrama, Nora memanggil ku. "Hana, terima kasih ye sebab selalu temankan saya. Orang lain semua takut nak dekat dengan saya. Sehingga akhir hayat awak akan tetap kawan saya." Aku tidak tahu mahu berkata apa. Hanya senyuman ikhlas dari hati yang mampu aku berikan. Benarlah kata-kata, "sebuah ukhwah yang mantap dan ikhlas mampu memecahkan berlian yang termahal di dunia."
No comments:
Post a Comment