Saturday, December 28, 2013

Remaja Agen Perubahan Masyarakat

Assalamualaikum.

Bismillah , Alhamdulillah aku dan adik yang lepas SPM baru-baru ni dapat berjaulah ke UKM Bangi untuk menghadiri EduFest yang dihadiri oleh Ustaz Zaharuddin, Amin Idris, Ustaz Haslin Bollywood dan Heliza Helmi.


Pertama-tamanya, aku respect pihak UKM Bangi especially buat kolej Burhanuddin tak silap aku sebab dah buat program yang ohsem ni. Aku terkejut jugak mulanya sebab sistem dia lain sikit daripada UIA, tapi whatever it is..we, the students are still doing a great job to benefit others.

Toyyib, aku akan kongsikan 8 Do's and 5 Don'ts untuk menggapai kecemerlangan yang di share kan oleh Ustaz Zaharuddin.

Well, sbelum kita nak share the do's and the don'ts ,mari kita berkenalan dulu dengan Ustaz Zaharuddin. Melalui profile yang tercatat pada buku notaa Baitul Muslim oleh One Heart Creative Solutions:

- Penolong Professor di UIAM. - Ahli Majlis Penasihat Syariah bagi beberapa bank tempatan dan luar negara seperti Al Rajhi Bank (M) Bhd - Penasihat Syariah bagi beberapa syarikat tempatan dan luar negara. - penulis yang telah menghasilkan buku-buku seperti Murabaha: Teori, Isu dan Aplikasi.,Ledakan Facebook: Anara Dosa & Pahala dam Jangan Berhenti Belari. - kolumnis majalah seperi Solusi dan Al-Ustaz.
Tu yang tertulis kat situ, masa dia cerita kat EduFest hari tu, ada seorang peserta lelaki ni, dia kira ada lebih kurang 20 pekerjaan ustaz ni. Hebat tak hebat beliau ni bahagi masanya. Malah, beliau ada 2 orang isteri dan 5 orang anak. Waa..first time dengar, terkesima tak terkata. eh.

Kat universiti dulu, beliau ada kata, beliau bukanlah pemegang pointer 4 flat, tapi tak la teruk result dia.Yang membezakannya dengan orang lain adalah beliau ni seorang yang advance. Senang cakap, belajar di universiti tu bukan semata menuntut ilmu dalam kelas, tapi berbaga-bagai cabang lain yang dibuat dalam tempoh itu.

Sebab beliau ada juga kata, kita belajar kat uni ni dalam 4 tahun je untuk degree tapi kita bekerja berpuluh tahun . Jadi, kita menyiapkan diri 4 tahun ni kat universiti untuk kehidupan bekerja 10 20 30 tahun bekerja pada masa akan datang.

So, Jom let us start with the 8 do's in order to success in life. ^_^

1) Kuasa fokus. -

Bila kita belajar untuk mengajar, kita akan fokus bebetul, ia idak? sebab kita berniat untuk mengajar yang lain jugak. Kalau kita tak faham,macam mana kita nak mengajar orang lain. so fokus is penting dalam belajar.

credit

2) Mesti ada mentor or role model.-

Kalau artis korea baru nak naik, mesti dia akan tengok orang yang lagi hebat daripada dia macam Super Junior. Kalau macam kita as Muslim nak berakhlak mulia,kta contohi Rasulullah SAW kerana peribadinya yang indah. Kalu aku, aku suka melihat pada Amin Idris, kerana dia ada sifat positif, dia cakap tu bersungguh-sungguh, bagi motivasi sekali macam nak dengar berkali-kali.Cari role model supaya kita boleh belajar pemikiran dia, supaya dapat berjaya macam dia atau lebih hebat daripada dia. Tapi jangan sampai takabbur. Kerana sifat takabbur itulah,kita melihat si Iblis tidak mahu sujud (sujud di sini adalah sujud penghormatan bukan kerana ibadahatau mengEsakannya) pada Adam AS.
credit
3) Berpersatuan -

Ada juga beliau share, masa menjadi penemu duga untuk bekerja, ada yang datang untuk interview ni, dengan grade yang bagus, dengan award ni, award tu sebab they had done great in exams..but when it comes to interview, when ustaz ask them about some problems, they could not answer it. tergagap-gagp menjawab soalan. Berlainan pula dengan mereka yang result ok ok ja, tapi terlibat dengan society ni, join program tu, bila bagi soalan tentang masalah yang berbagai-bagai ni, dia boleh berfikir sebab dia dah biasa adapt dengan situasi yang macam-macam dalam menempuh alam universiti yang tidak semata menghadap buku. It is because, we can learn communication skills, think beyond and for me we can adapt to work in stress.

4) Dapatkan feedback -

Kita hidup ni bukan seorang diri,malah bermasyarakat. Kita boleh tanya mereka tentang kita or program yang kita anjurkan. Then, we must learn from those pengkiritik. Terima kritikan dan positif dengan kritikan. Sebab kita manusia, kita tak perfect, jadi kita kena bantuan orang lain jugak. Jangan mudah melenting. Positif!

5) Catat perjalanan - 

Aku pernah talk daripada mana-mana speakers yang juga merupakan seorang penulis, mereka mencadangkan agar kita menulis. Kita tulis la apa-apapun, contohnya macam kehidupan seharian yang kita lalui,untuk diambil pengajran atau juga cerpen or whatever they are sebab ia akan jadi legasi kita untuk anak cucu kita. Tak pun ia akan memberi inspirasi kepada orang lain dengan penulisan kita.

credit

6) Be extra ordinary -

Ustaz Zaharuddin ada cerita, masa dia belajar dulu, dia kena bagi ringkasan tentang 3 kitab, apa yang dia buat is, dia baca 10 kitab supaya dia boleh faham. Sanggup tak sanggup kita? Bila mana assignment kita, kita ambil daripada Wikipedia, tanya Mr Google, tanpa ke library mencari sumber yang lebih tepat.

7) Orang cemerlang takkan berpura-pura -

Dia tahu had limit dia. Sebagai contoh, kalau kita memang khusus bidang ekonomi, dan bila orang tanya pasal gynecology, dan kita cuba jawab jugak, tak ke pelik. Kalu orang ganu cakap buat bijok je! Janngan dan jangan. Kalau tak tahu, jangan malu, sebab tu bukan bidang kita. Takut tersalah, tak ke lagi malu, tak ke menyusahkan orang lain.?

8) Kejar kualiti dan skill 

Alhamdulillah. cukup 8, kita beralih pula pada 5 don'ts.

1) Jangan cepat tertipu dgn ujian dan penghargaan sebab ia akan melalaikan kita dan kita akan jadi malas nak berusaha mencapai tahap yang lebih lagi. dan jangan kita rasa sudah cukup, rasa sudah memadai. Sebab apa? sebab nya Amin Idris pernah cakap tau,dalam tips magnet diri kat Tv kita kalau dah berjaya suatu tahap, kita kena buat lebih lagi lebih baik lagi supaya kita ni ada improvement.

Q.S. 94 6
credit
2) Jangan gundah gulana dengan cercaan orang, sebab apa? sebab diorang sebenaqnya cemburu kat kita ja.

3) Jangan buang masa dengan isu remeh temeh ,nak-nak lagi kita dalam zaman Facebok, Twitter, Instagram. Mulalah kita nk tengok gambar-gambar yang retis ni share, nak tengok trending apa hari ni. Jangan kita sibukkan dengan "eh..eh..Luhan exo sakit..si Sehun lawat dia kot..waa ni laa ukhwah.." Pulak dah. Nak tahu tu, janganlah sampai kita lalai pula ye.

4) Jangan berdebat . Sebabnya akan merugikan masa je berdebat dengan orang bagi alasan memanjang ni, diorang bukannya apa pun, bukannya nak cari kebenaran tapi nak cari kemenangan. Alhamdulillah masa diri ini berkesempatan ke tafsir surah al-kahfi bersama Ustaz Yasir Ramlee, beliau ada menyebut yang orang yang suka bagi alasan, menghampiri kepada kekufuran. Allahurabbi.
"Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya" [Surah Al-Kahfi : 54]

credit Heliza Helmi

5) Jangan abaikan spiritual content. Di sini kita dapat lihat, sejauh mana pun kita usaha, kalau allah tak bagi kat kita, allah tak bagi jugak, bukannya apa, allah nak uji kita. dan allah uji kita pun sebab allah sayang kat kita. So, semuanya berbalik kepada yang Maha Esa. Even dalam sains sekali pun, dalam kejadian manusia sekali pun, kita kena kaitkan dengan Kehebatan Allah SWT dalam tiupan roh untuk melengkapkan kita as Manusia.

Jadi Alhamdulillah..
Untuk sesi bersama Amin Idris, Ustaz Haslin dan Heliza Helmi boleh melayari You Tube di bawah :)



Wallahu 'alam. :) semoga bermanfaat buat semua. Semoga dengan usaha yang sikit ni, kita akan mendapat redha di sisi Allah swt. InsyaAllah.

Friday, December 20, 2013

If you have a chance, go for it!

Assalam .

Alhamdulillah..hari ni trending kat Facebook,kat kt twitter apatah lagi. #ResultPMR2013 . Tahniah la korang, especially adek2 SMK Elit Mak Lagam, Kemaman for having great result! Memang kalau nak compete dgn SBP memang jauh la jugak..tapi no 1 dalam daerah, ketiga dalam negeri, ok la tu. haha



By the way, mengimbau kenangan PMR, mengingatkan aku betapa tua dah aku sekarang ni, bakal menginjak umur 20 lagi. Alhamdulillah dengan izin Allah, aku mendapat 9A PMR, dan dicampakkan ke KISAS.

Aku sangat ingat betapa aku rasa sukar untuk meneruskan form 4 di Tesmal, bukan sebab tak bagus sekolah tu, bukan sebab aku tak dapat dah nak jumpa senior-senior yang aku rapat, bukan sebab sekolah tu sunyi tanpa crush-crush yang dah menamatkan zaman persekolahan, cumanya, aku rasa kosong, kosong di dalam hati yang mana ia dahaga untuk dibajai dengan iman.


Kalau dulu aku tak faham apa itu tarbiyyah, kalau dulu aku buat tak kisah kesempurnaan dalam menutup aurat, kalau dulu, aku tutup sebelah mata yang kapel itu haram, kalau dulu, aku jauh untuk memahami maksud sebenar kita dicipta di muka bumi Allah..kalau dulu aku tak faham erti ukhwah kerana Allah.

Aku bersyukur aku dicampakkan Allah ke Kisas untuk mengetahui semua tu, untuk merasa bagaimana nikmatnya iman tertakhta di hati.


Tapi, aku tahu, aku tidak boleh meninggalkan sahabat-sahabat di Tesmal. Bukan salah mereka untuk tidak bersama-sama aku, mereka bukan jahat meski tak masuk Kisas, bahkan aku yang disandarkan tanggungjawab yang lebih besar untuk membawa mereka bersama-sama aku, melayari bahtera keimanan dalam menuju syurga cinta.

Aku cakap bukan sebab aku baik, bukan sebab aku masuk sekolah agama, bukan sebab aku dah masuk UIA , bukan sebab aku join usrah, bukan sebab aku ade blog, bukan sebab aku pakai tudung labuh, bukan sebab apa-apa yang lain melainkan matlamat satu. 

SAYA SAYANG KORANG KERANA ALLAH. sebab juga, aku mahu memberi sebelum mata tidak terbuka lagi. so, mari.

Sahabat-sahabat kelas Irsyad, rakan-rakan, junior2,senior2 Tesmal, mari kita sama-sama menuju syurgaNya dengan keimanan yang utuh! dengan tujuan hidup di bumi Allah sebagai hambaNya, daie-Nya , khalifahNya! Galilah, carilah, lubuk-lubuk ke arah tujuan-tujuan ini di tempat kamu belajar, seperti Usrah, persatuan, program dan sebagainya. Saya yakin, suatu hari nanti kita akan dibangkitkan di akhirat kelak dan menuju ke Jannah bersama.
InsyaAllah!


lastly, tahniah lagi sekali adik-adik! good luck for your spm, and if you get the offer letter to transfer school, make istikharah, and if it is good for you, then, go for it, grab the chance, live the life to the fullest.

Ar-Ra'd ayat 11. إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ  
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"

Thursday, December 12, 2013

Kanvas

I wonder what my future will be..

Aku lihat mereka
begitu hebat dengan arah tuju masing-masing
sedang aku masih terkapai-kapai
mencari hala tuju

Kanvas hidup ku
mencorak yang cantik
pada awalnya..

Namun, 
entah ke mana hilangnya corak itu
menjangkau umur 20
bukan perkara main-main

Sedang saudara Ammar tenang di sana
kerana dia banyak berkhidmat serata tempat
Aku , masih hidup di zon selesa


One of these days when we'll meet again I will wave my hand, your smiling face will be forever burned in my mind.

"That's it, eh?" was the response on my face, I wonder if I can smile well and convincingly?Although I still can't hand over the ball with "I love you" written on it,My heart scatters, tumbles, and tickles.
Even if things can't remain like this, and are drifted away from here on,It'll never change, it'll never be soiled, our only canvas.
Because I am looking, searching, and walking for the "sorry" uttered in your response.
Although the words "I love you" that were written on the ball are fading,I have no strength to throw it away nor the will to cast it aside.Within the passing time, underneath the ever-changing sky,It'll never be forgotten, it'll never be parted, the bond will surely become stronger.
Scattered easily like the clouds, unreachable like a rainbow,It'll never return, it'll never be soiled, our blue canvas.
Whether it is love, dream, or the last train, I ran after them in confusion.When I grasped your hand, you said "it hurts".Whether it is love, dream, or the last train, they were all alive.When I saw your eyes, it's true that I'm always speechless.
Even if things can't remain like this, and are drifted away from here on,It'll never change, it'll never be a lie, the two of us were able to meet now.As free as a bird, lonesome like the wind,It'll never return, it'll never be soiled, the tears-covered canvas

Wednesday, December 04, 2013

Cerpen - Sinaran Sungai Yarra

CERPEN: SINARAN SUNGAI YARRA.
OLEH: LYDIA MUSTAFAR

Cuaca kelihatan cerah di luar Lapangan Terbang Tullamarine. Langitnya biru, tetap sama seperti di Malaysia. Dengan jiwa yang berbunga-bunga riang, aku bersama teman rapatku, Nabilah melangkah keluar daripada ruang lapangan terbang tersebut tanpa mempedulikan Puan Asiah dan sahabat-sahabatku yang lain. Tanpa disedari, kami berdua kaku di luar. Angin sejuk yang berhembus halus ke pipiku, menyedarkan kami bahawa kami semua berada di negara orang. Bukan di Malaysia yang bebas berjalan ke sana ke mari dalam cuaca yang panas dan lembap.

“Waa, heaven!” jeritku sambil kedua-dua tanganku di angkat ke udara. Puan Asiah dan Encik Zamri yang ikut sama keluar daripada ruangan lapangan terbang itu hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum melihat telatah anak muridnya itu. Jiwa remajalah katakan. Teruja. Walaubagaimanapun, semua peserta rombongan tetap mengkagumi suasana cantik dan dingin Bandar Melbourne yang sungguh menyamankan itu. Aku merenung jauh ke jalan raya yang sedang sibuk dengan berbagai-bagai jenis kereta dan basikal, memori semalam di Lapangan Terbang LCCT kembali terakam di projector mindaku.
***
Hening sekali malam itu rasanya. Suasana hujan di luar Low Cost Carrier Terminal (LCCT), Sepang itu bagai mengerti kesedihan yang disimpan kemas di lubuk hatiku. Masakan tidak, selama ini aku tidak pernah berjauhan dengan keluargaku, dan hari ini satu ‘pecahan ais’ akan berlaku pada diri aku. Ah, aku bukan lagi anak kecil untuk menangisi diri aku yang bakal berjauhan daripada keluarga. “Aku sudah besar, sudah mampu berdikari. Lagipun, tak lama, sekejap sahaja kan.” Detik aku di dalam hati.

Menunaikan impianku sejak kecil untuk melancong ke Australia bukanlah suatu perkara yang diangan-angankan lagi dan ini adalah saatnya di mana aku benar-benar akan berangkat ke bumi Kangaroo itu. Benarlah apa yang aku dengarkan daripada mana – mana penceramah terkenal, jika mahu mencapai sesuatu impian, tulislah di atas kertas, dan lihatlah hasilnya beberapa tahun akan datang. Tanpa kita sedari, impian-impian itu telah tercapai. Percaya atau tidak, impian aku untuk melancong ke Australia telah aku tulis sejak dari darjah lima, dan sekarang di saat aku di tingkatan lima, aku berjaya, melaksanakan impian itu.

Segala persiapan daripada segi urusan emigresen, bagasi dan visa telah disiapkan. Perkara yang perlu aku bawa ketika naik di atas badan pesawat hanyalah beg galas Samsonite dan blazer berwarna biru kehitaman. Telefon bimbit iPhone yang berwarna perak itu aku keluarkan daripada sarung telefon. Aku menaip pantas mesej kepada orang yang teristimewa di hatiku. “Awak, Effa dah nak berlepas ni, nanti dah sampai Effa sms lagi.” Selang dua minit kemudian, mesej itu dibalas. “Ok. Take care tau.”
***
“Haifa, please get in the bus.” Madam Kenchana memanggilku yang masih lagi dalam lamunan. Aku membetulkan letak tudung di kepala dan tersengih kambing ke arah Madam Kenchana. Aku kemudiannya mengangkat beg bagasi yang berwarna coklat kehitaman itu segera dan meletakkannya ke dalam bas yang telah siap sedia disewakan oleh pihak sekolah. iPhone yang berada di tanganku diletakkan kembali ke dalam saku blazer.

Hampir tiga puluh minit bas itu meluncur laju di atas jalan raya. Perjalanan daripada Lapangan Terbang Tullamarine itu tadi akhirnya tiba di Malaysia Hall. Bangunan dua tingkat yang bercat kelabu dengan tulisan perak tertulis “MALAYSIA HALL” dan aksara yang lebih besar dalam Bahasa Melayu bewarna biru tertulis “DEWAN MALAYSIA”  begitu gah berdiri di St Kilda Road ini. Jalur Gemilang yang berkibar-kibar ayu mengikut rentak angin itu menyemarakkan lagi rasa bangga di hati apabila bendera Malaysia itu berkibar megah di bumi asing ini.

Malaysia Hall ini menempatkan sementara pelajar-pelajar Malaysia yang masih belum mendapat tempat tinggal yang kekal sepanjang pengajian mereka di sini. Malah, di sini jualah tempat pertama yang layak bagi pelajar-pelajar ini untuk menyesuaikan diri berada di bumi asing kerana semua pelajar di sini adalah daripada Malaysia. Sudah pasti terdapat persefahaman di antara hati-hati mereka kerana budaya yang wujud di Malaysia. Malaysia Hall ini juga menjadi tempat berkumpul pelajar-pelajar Malaysia sekitar Australia untuk meraikan perayaan besar seperti Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Suasana meriah semestinya tidak sama jika dibandingkan dengan suasana di Malaysia tetapi cukup untuk menghilangkan sedikit rasa rindu pada tanah air.

Sambutan hangat yang diberikan oleh Encik Hasrul selaku ketua warden di rumah Malaysia itu sangat membuatkan rombongan daripada Sekolah Bintang Utara itu tidak langsung terasa janggal untuk berada di sini. Puan Asiah selaku ketua rombongan pula memberikan taklimat kepada anak-anak muridnya yang seramai lima belas orang. Sudah pasti, bukan senang berjalan jauh, walaupun dengan pelajar yang hanya sedikit, tetapi jiwa remaja yang bergelora hebat, semestinya menyukarkan kawalan guru-guru.

Encik Hasrul kemudiannya memberikan kunci bilik masing-masing kepada peserta rombongan. Kesemua lapan peserta lelaki diberikan dua buah bilik bersama, manakala empat pelajar perempuan berada dalam satu bilik dan tiga yang lain terpaksa berkongsi bilik dengan pelajar senior yang menuntut di Melbourne ini. Aku tidak terkecuali dalam kelompok tiga orang itu. Aku sememangnya sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama rakan baikku itu tetapi apabila difikirkan balik, seronok juga nanti jika berada bersama dengan kakak senior yang bernama Anis itu. Dapatlah aku menimba pengetahuan yang mencurah-curah daripada Kak Anis.

Hari pertama di Melbourne banyak dihabiskan dengan menjelajah sekitar bandar Melbourne. Tidak berani sangat ingin berjalan jauh kerana takut sesat di bumi asing. Nanti tidak semena kena buat laporan polis kerana kehilangan pelancong. Jadinya, petang itu, aku dan beberapa rakan yang lain hanya menjelajah ke sekitar Albert Park Lake. Athirah yang agak peramah senantiasa menawarkan mulutnya untuk bertegur sapa dengan warga Melbourne yang kami sama-sama temui. Sebenarnya, teguran yang disapa bukanlah untuk berkenal dengan budaya setempat semata, tetapi juga untuk mengisi portfolio lawatan yang telah disisipkan sekali oleh pihak sekolah sepanjang lawatan ini. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) memang begini caranya.

Malam itu, setelah penat berjaulah di sekitar bandar terdekat dengan Malaysia Hall, aku membawa pulang Lord of the Fries, kentang goreng bersama sos manis istimewa yang semestinya halal untuk dimakan kerana restoran tersebut sendiri menunjukkan tanda halal daripada badan kerajaan Australia. Ketika aku pulang ke bilik, Kak Anis sedang asyik menuturkan bicara-bicara manis bersama suaminya melalui Skype di atas katil. Merah padam muka Kak Anis apabila melihatkan aku memasuki ruang bilik yang menempatkan dua meja tulis bersama cork board di hujung ruang bilik.

Setelah beberapa ketika Kak Anis mematikan talian di Skype, dia mengambil Al-Quran bewarna merah hati di atas mejanya sambil mengenakan tudung ke kepala. “Haifa, jom baca surah Al-Mulk sekali dengan akak.” Kata-kata Kak Anis membuatkan aku terpana seketika. Tanpa banyak soal, aku mengambil tudung Indon yang bewarna hitam dan mencari-cari aplikasi Al-Quran dalam iPhone aku yang selama ini jarang aku buka. Lalu, aku menempatkan diriku duduk bersebelahan dengan Kak Anis.

“Tahu tak kenapa kita baca Al-Mulk sebelum tidur?” Kata Kak Anis setelah menyelesaikan bacaan surah tersebut.

Darah serta-merta menyerbu ke wajah mulusku. Entah mengapa aku tetap menggelengkan kepala meski malu mula menyelubung diri.

“In sha Allah dengan membaca surah Al-Mulk ini, kita akan terhindar daripada azab di dalam kubur kelak.” Sambung Kak Anis sambil tersenyum.

“Maaf tadi akak tak sedar Haifa masuk bilik.” Kak Anis menukar topik apabila melihatkan mukaku agak berubah.

“Eh, tidak mengapa Kak Anis. Ceritalah bagaimana akak kenal dengan suami akak.” Aku tersengih. Sebetulnya, aku tidak kisah pun kalau Kak Anis nak menyambung tafsir ayat quran tadi atau nak bagi ceramah percuma padaku. Hati aku yang selama ini kontang dengan berbagai-bagai anasir, membuatkan hatiku jadi sejuk apabila mendengarkan kalam-kalam Allah tadi. Namun, jetlag yang aku alami membuatkan mukaku mungkin nampak sedikit letih.   

Kak Anis dengan muka yang tersipu-sipu membuka ceritanya. Sangat menarik apabila suaminya kini berada di Ipoh bersama anak dan ibu mertuanya serta bekerja sebagai doktor pediatrik. Rindu yang menebal pastinya berlaku apabila hubungan dalam jarak jauh begini. Kata Kak Anis lagi, yang saling menguatkan hubungan antara mereka adalah kerana dasar iman yang tertanam dalam cinta mereka. Aku terfikir sejenak, aku dan teman lelakiku itu, Afiq, bercinta. Bercinta atas dasar imankah?
***
Keesokannya, setelah bersarapan di kantin Malaysia Hall, semua anggota rombongan bergerak menuju ke Flinders Street Station yang merupakan stesen kereta api utama di bandar Melbourne. Bangunan bewarna bata yang begitu gah berdiri ini memperlihatkan ciri-ciri klasik yang unik dengan kubah kehijauan dan terdapat jam besar padanya. Terpaku kami semua sekali lagi apabila melihatkan Federation Square di sebelah kanan kami. Aku rasa bangunan binaan kaca dan beberapa campuran lain yang terdapat di situ agak futuristik dengan bentuk bangunan yang aku tak tahu berapa segi geometrinya dan sangat moden.

Aku terpandang Muzammil membetulkan letak headphone di telinganya. Entah lagu apa yang dihentak-hentak ke telinganya sampai tidak mendengarkan panggilan nyaring Madam Kenchana. Aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala sambil mengambil kad tram daripada Puan Asiah. Kad tram yang bewarna biru ini berfungsi seperti kad Rapid KL ini diperlukan untuk menaiki kereta api, tram mahupun bas di sini. Destinasi hari ini adalah ke Minaret College di Springvale. Minaret College ini boleh dikatakan sebagai sekolah swasta Islam di Melbourne.

Suatu rasa ketenangan yang halus wujud dalam diri apabila mendapat sambutan yang sangat meriah daripada pihak sekolah. Mungkin kerana wujud satu fahaman akidah yang sama, kami senang bergaul mesra bersama mereka. Malah, kami semua turut hadir bersama ‘buah tangan’ kami daripada Malaysia iaitu persembahan seni silat gayung. Aksi lincah Harith, Bairuni, dan Hadi menambat hati semua pelajar di sekolah tersebut. Aku turut sama terpegun dengan kecekapan mereka bersilat. Semestinya tujuan kami semua hadir ke sini bukan sebagai lawatan sekolah semata, tetapi ingin mewujudkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia. Ini bermakna, duit SBT tidaklah dihabiskan begitu sahaja tanpa ada manfaatnya.  
***
Suatu malam yang agak lapang daripada aktiviti, Encik Zamri mengajak semua peserta rombongan berjalan-jalan ke Sungai Yarra. Ada pertunjukan bunga api katanya pada setiap malam Rabu begini. Angin sejuk meresap terus ke tulang-temulang. Perasaan gembira yang teramat apabila setiap patah kata yang keluar daripada mulut, asap sejuk turut keluar bersama. Keterujaan bertambah apabila melihat bandar Melbourne yang bercahaya hasil daripada lampu yang bewarna-warni di setiap penjuru bangunan.
            
          Mataku terpandang Muzammil yang mengambil tempat untuk duduk berseorangan di bangku yang berhadapan dengan Melbourne Aquarium di seberang Sungai Yarra ini. Aku dengan tidak semena mengambil pantas headphone yang terletak kemas di telinga Muzammil.

“Eh, kau apa hal?” Suara Muzammil naik satu oktaf apabila daripada tadi terkumat-kamit melagukan sesuatu daripada mulutnya.

“Lagu apa kau dengar ni? Khusyuk sangat.” Selamba aku membalas.

“Hikmah Kembara. Mirwana” Muzammil menarik nafas dalam dan membiarkan aku mengenakan headphone ke telinganya. Namun, tangan kirinya yang memegang MP4 itu memperlahankan sedikit suaranya.

“Apa yang kau dapat bila datang Australia ni?” Muzammil bertanya kepada aku yang sudah daripada tadi duduk di sebelahnya.

“Hmm. Aku dapat kenal sosio budaya dia. Peramah. Baik. Suka tolong orang, tak kisah bangsa apa sekali pun. Negara ni bersih, sejuk mata memandang.” Jujur aku membalas kembali.

“Selain tu, ada lagi?” Muzammil menyoal bagai watak McGarrett dalam cerita Hawaii Five-O.
Aku memandangnya sekilas. Aku menggeleng.

“Kau tahu, semua ciri yang kau sebut tu, Islam dah ajar kita lama dah. Tapi yang duduk sibuk mengamalkannya ialah orang-orang yang bukan Islam ni lah. Kita ni hanya mampu bising dalam Facebook, bertelagah sana sini pasal Islam tapi tak cuba nak amalkan Islam dalam kehidupan seharian.”

Muzammil tergelak kecil dan tersenyum, menampakkan lesung pipit di sebelah kirinya. Hati nakalku berbisik, “Tolonglah jangan buat muka macam tu. Cair aku tahu tak?”

Sekilas, Muzammil memandang aku kembali. “Kau dengar tak aku cakap apa?”

“Ya. Dengar.” Aku memandang kembali ke depan. “Kenapa tak ada pun bunga api tu?” Tiba-tiba hati kecilku bertanya.

Muzammil menyambung lagi. “Islam is the way of life. Kita ni kadang-kadang tak sedar nikmat yang Allah dah bagi kat kita. Kita buat perkara yang Allah larang, tinggalkan apa yang Allah suruh. Ahad ni kita dah nak balik KL, aku harap kau dapat luaskan lagi cara pandang kau dekat sekeliling dengan mata hati kau.”

Lama mataku memandang Muzammil. Dalam sekali maksud yang dia cuba sampaikan. Sepi seketika ruang udara dengan suara ketika itu. Hanya playlist yang bergema di ruang telinga ketika itu telah teralih kepada zikir Laillahaillallah daripada Hafiz Hamidun. Meresap terus ke hati aku yang kering. Kalimah itu, dilafazkan hampir setiap hari dalam bacaan tahiyat pada setiap solat. Namun, sejauh mana kita semua ini menegakkan kalimah syahadah itu?
***
Pagi ini, roti yang disuakan ke mulut rasa lebih enak daripada sebelum-sebelum ni. Alhamdulillah. Nikmat makan roti yang sesedap ni dengan scrambled egg dan baked beans ni tak dapat dirasakan oleh masyarakat yang kebuluran, yang sedang ditindas seperti di Palestin dan Syria. Benarlah daripada novel-novel travelog yang pernah aku baca sebelum ni, seperti Travelog Di Hamparan Shamrock, aku dapat simpulkan “Islam tu dapat dilihat di negara orang berbanding di negara sendiri.”


Selama ini aku sangat liat kalau nak bangun awal untuk solat subuh. Walaubagaimanapun, sejak aku duduk berbual dengan Muzammil tempoh hari, aku merasakan, aku perlu menggunakan waktu yang berbaki ini sebaiknya. Ya, aku sedar betapa drastiknya perubahan yang aku buat. Perubahan inilah yang aku idam-idamkan selama ini sbenarnya. Cuma aku tiada kekuatan melakukannya. Setiap malam aku melihat Kak Anis bangun awal untuk qiyammullail. Jadi, aku memesan kepada Kak Anis agar mengejut aku bersama untuk solat bersama.

Rasa ketenangan terus-menerus masuk ke jiwa yang meronta-ronta inginkan ‘nur’ ini apabila tunduk sujud pada Yang Maha Kuasa, Yang Maha Penyayang, lebih-lebih lagi di pagi yang bening dengan kesejukan tubuh menguasai diri. Malah, Kak Anis turut menawarkan diri untuk berkongsi banyak ayat al-quran kepada aku sementara menunggu waktu subuh. Salah satunya tentang zina. Hati aku terpukul dengan kata-katanya apabila mengatakan hubungan aku dengan Afiq itu sebenarnya salah. Memang sukar untuk aku meninggalkan Afiq. Dia menasihati aku dengan cara yang sangat berhemah, yang membuatkan aku boleh terima nasihat dia.

“Pengorbanan itu memang pahit sebab syurga itu indah. Begitu juga kalau kita nak buru syurga Allah. Hendak peroleh redha Allah tu, kita kena tempuh banyak lagi jalan yang berduri, yang menyakitkan kita, yang meletihkan diri kita untuk kuat berpegang pada taliNya. Tapi, kita kena ingat, yang penat, yang letih itu lah, yang dikira Allah. Dia uji kita sebab nak kita dekat dengan Dia, sebab dia sayang kita.”

Sempat juga tadi, sebelum Kak Anis berangkat meninggalkan bilik untuk menghadiri usrah katanya, dia memberikan aku sehelai tudung bewarna pink berjenama Akel dan sebuah novel yang bertajuk “Contengan Jalanan” daripada Hlovate. Aku sebak bila terpaksa berpisah dengan Kak Anis. Dia banyak ajar aku perkara yang selama ini aku buat tak tahu. Dia juga ada memesan agar aku tetap kuat, menjalani hidup yang mencabar selepas ini. Tidak semua orang dapat terima perubahan kita.

Encik Zamri dan Puan Norliza telah memanggil anak-anak muridnya untuk membawa semua bagasi ke dalam bas yang sudah siap tertunggu di luar Malaysia Hall. Memang berat dan perit bagi aku meninggalkan bumi asing ini. Banyak kenangan yang terlakar indah antara aku dan bandar pelabuhan yang terkenal di Australia ini bersama juga dengan penduduk setempat di sini atau lebih dikenali dengan panggilan Aussie. Kaki aku melangkah kaku ke tangga bas dan berpaling semula ke Malaysia Hall.

Aku teringat bila mana kami semua menghabiskan hari Khamis dan Jumaat yang lalu ke Mornington Secondary College dan La Trobe University. Satu pengalaman yang amat terkesan dek hati apabila aku memerhatikan perbezaan sambutan yang diberikan oleh orang bukan Islam dengan orang Islam. Mungkin jarang bagi orang Islam kelihatan di sini, tetapi iman yang kukuh di dalam hati membuatkan mereka terus kuat berada di negara yang amat sekular sebegini.

Apabila berada di Mornington Secondary College, ada seorang tenaga pengajar di situ menanyakan kepada Nabilah tentang tudung yang dipakainya.

“Why do you wear the scarf like that old ladies? Oh, it is cold outside, right?”

Aku tidak menyalahkan guru yang mengajar subjek fashion barangkali atau mungkin subjek Kemahiran Hidup seperti di sekolah, kerana aku tahu, dia tidak mengerti apa itu Islam sebenarnya. Bukankah itu tanggungjawab kita untuk menyedarkan mereka? Apa yang berlaku ketika itu, aku, Najihah dan beberapa rakan lain hanya mampu tersenyum kepadanya kerana kami semua tahu, kami pasti tidak begitu berhemah untuk membalas kata-kata yang bagi aku cukup sinis.

Pengalaman sesat di kawasan La Trobe University pula memang suatu hikmah yang melampaui jangkauan aku. Kami semua tersesat ketika hendak mencari tempat solat. Akhirnya, Encik Zamri memutuskan untuk kami semua bersolat di belakang bangunan, di mana di situ, terdapat kawasan padang yang agak lapang tapi lebih tersembunyi. Muzammil mengimami kami pada hari tersebut. Rasa sejuk dahi akibat sujud di situ masih lagi terbekas di jiwa yang mulai terbaja dengan iman yang selama ini dipinggirkan begitu sahaja.

Setibanya aku di LCCT nanti, perkara pertama yang aku perlu lakukan ialah memutuskan hubungan terlarang antara aku dengan Afiq. Biarkan hati ini sakit kerana tidak dicintai oleh manusia yang tidak sepatutnya, tetapi jangan biarkan hati sakit kerana tidak mendapat kasih daripada Maha Pencipta. Sementara menunggu untuk pesawat berlepas, aku membuka lagi aplikasi Al-Quran dalam iPhone yang menjadi teman aku sepanjang berada di negara bertuah ini. Aku mencari-cari surah yang pernah diberitahu oleh Kak Anis usai membaca surah Al-Mulk semalam, surah Al - Hasyr ayat sembilan belas.

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik-derhaka.”

Aku dapat rasakan mataku hangat dan berair. Selamat tinggal Australia. Selamat tinggal ‘masa gelap’. Selamat datang sinaran hidayah. Alhamdulillah.


Monday, December 02, 2013

Memberi tajuk adalah paling sukar

Assalam..

sudah hampir setengah tahun aku meninggalkan blog ni. Ayat cliche daripada seorang blogger adalah 'blog berhabuk','blog bersarang' or what so ever. Apakah aku mudah mengalah dalam pena ini apabila telah ramai yang bangkit jauh meninggalkan aku?

Faktor sibuk dengan urusan di kampus bukan satu alasan, malah hujah kemalasan lebih menguasai diri. Apakah aku sudah lelah,sudah penat berada di jalan dakwah? sudah tersungkur daripada menaip bait-bait kata untuk menyentuh jiwa rasa pembaca?

Kerana aku punyai iman. Iman yang kadang-kadang naik..kadang-kadang turun. Tapi di saat aku jatuh...apakah masih ada yang menyambut aku?

Kisah Ahmad Ammar yang begitu trending di Facebook, mahupun mana-mana sahaja, seperti memukulku di laman lena. Membangkitkan aku dengan terpinga-terpinga yang menyakitkan. Perlukah lagi aku sendiri begini parah dengan taufan hati?

Kadang-kadang kita asyik diulit mimpi entah untuk yang keberapa kalinya. Masih tidak puas dengan tidur yang hanya merosakkan jiwa. Aku. Harus bangkit, bersama sahabat-sahabat yang lain. Bukan mudah untuk menewaskan nafsu serakah, tapi siapa kita jua untuk tidak bangkit?

Kita hambaNya yang dicipta sebaik-baik umat. Ingat tu.



Peperiksaan MUET yang aku ambil baru-baru ni, bertanyakan soalan yang lebih kurang, "The most important key to one's success in because himself" . Maaf kan aku kerana lupa soalannya bagaimana, tapi begitulah lebih kurang. Aku menjawab essay tersebut dengan pantas, dengan mengemukakan hujah determination, hard work and perseverance. Kira-kira 15 minit sebelum masa tamat, aku telah siap menghabiskan esssay. Bukan itu menunjukkan aku bagus, cumanya, bersemangat, entah kesalahan ejaan atau apa-apa yang lain aku tak pasti ketika itu.

Tapi itulah,bila kita menulis, yes we had passion into it. But when we would like to apply it, it was so hard. Sekurang-kurangnya, ada seorang ustaz menyatakan bahawa , menulis kata-kata yang baik itu menyelamatkan kita daripada menulis perkara yang buruk walaupun kita ni tak cukup baik.

So apa pointnya aku tulis hari ni..it is because..nothing..it is just something.. like we love someone, we don't have specific reasons on loving him or her..isn't it?

Thursday, June 27, 2013

Jerebu vs Kabus

Tangan laju menari di atas telefon pintar Samsung Grand dan Sony Experia J. Melewati laman sosial, menghabiskan masa berkurung di dalam bilik. Habis otak diperah memikirkan aktiviti yang perlu dibuat akibat "The Asian Brown Shit". Mereka berpandangan.

Akmal: Haish, jerebu teruk kot! Nak main bola petang ni pun rasa tak semena.

Izzue: Agakla. Baju yang aku jemur kat ampaian tadi bau asap kot. Sabar je la.

Akmal: Haha. Aku rasa baju kau pun dah kena pakai mask jugak. Kau tengokla bangunan kat sebelah hostel kita ni pun kabur semacam. Aku rasa macam dah duduk kat Gunung Kinabalu. Kabus tebal.

Izzue: Kau tahu tak ada satu lagi tempat jerebu yang lagi berbahaya daripada kat Malaysia ni?

Akmal: Mana?

Izzue: Hati.

Akmal: Is it Haiti? Somewhere in this world?

Izzue: Nope. It's hati. (sambil tangan tunjuk kat dada)

Akmal: Oh, tak faham.

Senyum.

Izzue: Kau tau "jerebu" kat hati kita ni lagi bahaya kalau nak bandingkan jerebu kat luar tu. 

Akmal: Sebab?

Izzue: Sebabnya kalau hati kita dah diselaputi dengan "awan dan asap" jahiliyyah susah bagi iman kita nak kuat. Tak ke?

Akmal: Contoh "awan dan asap" tu?

Izzue: Bagi aku dia macam perkara yang menghalang rahmat Allah dan perkara yang selalu kita buat tanpa kita sedar plus lalai menjalankan perintah Allah. Contoh, tengok cerita Korea, layan lagu-lagu 2PM, Shinee, IU semua. Ye, aku tak nafikan semua benda yang kita dengar dan tengok tu kadang-kadang ada pengajarannya. Tapi bila mana terngiang-ngiang lagu tu semua kat telinga kita masa tengah solat, macam mana tu?

Akmal: Em, betul jugak apa yang kau cakap. Aku pernah baca la dalam majalah Jom yang kau bagi kat aku hari tu, dia ada cakap perkara yang menghalang rahmat Allah. Ada tiga. Kita memang tak niat nak buat baik, berubah nak mendapat rahmat Allah, tak berkawan dengan orang yang soleh dan selalu melakukan perkara yang melalaikan.

Izzue: Terbaik! Bagi aku la kan, lebih kalau kita biasakan diri kita buat baik, kurangkan benda-benda lagha, banyak dengar ayat quran, zikir bagai. Barulah kita akan bersedia melangkah ke bulan Ramadhan. InshaAllah lepas tu kita boleh jadi muslim yang produktif even Ramadhan dah berlalu.

Akmal: And then.. kita dapat tukar la "jerebu" di hati kita kepada "kabus" di hati.

Izzue: Means?

Akmal: Yela, "kabus" di hati tu lagi best sebab ia sejuk dan mendamaikan kerana adanya "awan" iman dan titisan maghfirah mengalir deras di hati. Aiwah!

Izzue: Hehe, puitis nampak! Jom, baca quran sementara tunggu asar ni.

Angguk.

Friday, June 14, 2013

Random

Assalamualaikum..

Firstly, tahniah kat korang yang keep on reading blogs.. sebabnya..apabila kita semua ni membaca..neurons yang ada dalam otak tu mula bercambah disebabkan kita berfikir...camtula.. jadinya otak kita ni lagi cerdas..! muaa..siapa tak nak kita ni bijak pandai?

Aku sebenarnya baru habis tengok cerita 1 litre of tears minggu lepas.. Aku tahu..aku ni agak lambatla boleh dikatakan sebab baru tengok cerita ni yang da ditayangkan pada 2005 dulu.. yes ini cerita sedih..tengok nama pun tau.. sebabnya cerita ni cerita benar di mana Aya-chan meninggal dunia kerana spinocerebellar degeneration disease.  

Satu perasaan sayu , hiba, entah apa perasaan ni..sebab yela.. mungkin aku nak balik uia, mungkin aku tengok junior2 aku dah start masuk U, yang nak fly overseas bagai.. huh.. apa kaitan?

Bila tengok cerita 1 litre of tears,..lagu-lagu dia...menyentuh jiwa aku..sdih...sayuuuu...huh..ada satu rancangan kat KBS world, 2days 1 night, sorang comedian ni, Seugun , dia cakap diary is like a second diary to us.. tak ke?

Perasan tak bila kita terdengar lagu-lagu yang lama kat radio macam, Bila Terasa Rindu by Dafi..Kenangan Terindah by Samsons, akan ada satu perasaan yang macam, kita tertarik-tarik ke belakang .ke zaman dulu. Well we grown older and elder , right? 


Semalam, aku tengok cerita the human condition, jugak dr KBS world, marathon kat you tube.. walawey.. cerita tu..dia bukannya lagha, ada pengajarannya..

aaahh..ntah ape aku random sangat ntah aku tak tahu sekarang ni..mungkin aku sebenarnya sedih or takut or malas nak balik U ..rasa nak cuti lama lagi.ooh tidak..

Ada jugak watak dalam anime Sukitte Iinayo, nama dia Aiko-chan, dia cakap.. "It's kind of like a wall you need to overcome to make it to the next level. If you're running up against the wall, it means you're moving foward. I wonder how many walls I've broken up until now. If you don't move yourself, you'll never get anywhere. " 


So lydia..! semangat! balik U.. berjuang untuk ummah! go go!

p/s: walaupun cerita yang aku tengok tak islamik..tapi there are islamic values yang kita boleh ambil..and ia buatkan kita berfikir lebih jauh lagi..! 

have fun n think, dengar lagu2 ni.

Tuesday, June 11, 2013

Buaian angin Jun.



Ombak menderu seperti biasa. Bukan seperti di kala amukan Tsunami. Namun, hatiku berbisik, andai kata ada Tsunami melanda tika ini, aku rela. Rela dalam ketenangan kala ini. Di suatu sudut hati kecilku yang lain. Ah! Kau sudah bersedia untuk mati? Dosa yang kau buat selama ini, bagaimana? 

Air masin yang melalui kakiku yang ditenggalami pasir pantai. Kakiku bagaikan ditarik-tarik agar turut sama dengan ombak yang berlalu surut dariku. Tatkala ia datang kembali, satu perasaan yang sukar diungkap di jiwa. Segala bebanan bagai menghilang, tidak perlu memikirkan masalah dunia lagi. Hanya aku, pantai,angin yang bertiup tika ini, berbicara.

Ku lihat Laut China Selatan terbentang luas di hadapanku, bersama cahaya matahari yang masih lagi menampakkan cahayanya sedikit di ufuk barat, betapa ini hanyalah syurga dunia. Dunia semata. Tapi ini dunia yang menyenangkan kerana adanya alam di sekelilingku. Yang setia bertasbih pada Ilahi.

Oleh sebab itulah rasa ketenangan itu tidak dapat diungkap jika dibandingkan tatkala berada di tengah hutan bandar. Konkrit semata.! Batu yang tinggi menjadi kebanggaaan sedangkan Allah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Kaya dipinggirkan. Siapakah kita kalau bukan manusia cuma?

Daripada tanah kita dijadikan, kepada tanah jualah kita kembali. Aku berasa kelembutan dan kesucian pada kaki dan tanganku selepas diurut kasar dengan pasir pantai. Menghilangkan segala kekotoran yang ada.
Satu suara menjerit pada ku di suatu sudut otak. Apakah kita hanya mahu cantik di luar, dipuji segala namun hati penuh dosa.? Dosa berdaki yang melekat ke seluruh raga, mahu dirawat dengan apa? Dengan pasir pantai juga? Tidak. 

Tunduk, sujud, patuh, syukur, sabar, tsabat pada jalannya itu lebih bermakna untuk mendapat syurga di sana.


Tuesday, June 04, 2013

Berat Bertambah.

Assalamualaikum :)

Lately, aku ada timbang berat badan. cerita nya bermula apabila anak saudara aku yang da lama tak jumpa..it had been ages okay! pastu si atuk dan nenek ni suruhlah dia naik atas penimbang tu..kemudian dia naik la.. berat dia berapa ntah..kemudian suruh la pulak adik perempuan dia...tapi dia malu-malu..tak nak macam tu la kan..budak-budak bila da lama tak jumpa, jadi tak berapa nak mesra n tak kenal orang.

Jadinya, akulah mangsa si penimbang berat tu..dengan ckap "takde papae pun bila naik ni..tengok mak lang (which means me) buat.". n satu muka terkejut yang amat..lebih teruk daripada emotions dekat whatsapp tu.. dengan gaining 7kilos!! mase tu..mula la..ooo eemm gii...!! apakah???!

terus menerus..ingatan berbalik kepada karate. boleh dikatakan aku ni ada metabolisma yang tinggi akibat daripada rajin berkarate. si karate membuatkan badan kita fit wit muscles. tapi disebabkan rasa diri ni tak mampu nak bahagikan masa dengan kerja MRC, that society, again, i left karate. sedih woo..tahap ape...sekarang ni kalu makan..memang sikit2 naik..sikit2 naik badan. oh tidakk..

Hari tu ada jugak timbang berat badan masa Herbalife datang CFS, memang sumpah terasa dengan kata2 abang tu..yeah! untuk kesihatan kan..susahnya...hope sangat sem depan dapat masuk balik karate..tapi agak malula nak masuk balik karate yang dah tinggalkan berzaman tuuu..

Tak boleh nak salahkan mrc..kadang2 ada je event yang bertindih dengan karate..tu yang jadi serba salah tu..Allah..you know what is the best for me right? :)




Tapi..tu bukan point utamanya..!

Gaining weight is one problem. but gaining sins is another bigger problem!!

Pernah kita terfikir, kita dahulu pernah berada di suatu lorong lurus, lorong cahaya di mana penuh dengan keredhaanNya. tapi kerana melayan nafsu kita, melayan keinginan kita, kita jadi lalai..kita jadi seronok nak buat maksiat..seronok nak buat dosa.

Kenapa?

Kenapa kita seronok dalam keadaan lalai.?

Kerana kita nak bebas?
bebas daripada peraturan Allah yang menyesakkan?

Wahai kaum muslimah...pernah tak terasa bila kita tengah "period".. hati kita jadi kosong.ksong kerana tidak terisi dengan makanan rohani. kadang-kadang , masa ni la, masa ni la masa terbaik untuk kita lagha.

Tengok cerita korea berjam-jam.
marathon anime-anime jepun
baca novel jiwang tahap karat sampai tak ingat dunia.
bangun tidur bila matahari dah tegak atas kepala

Tu lah kita muslimah. bila jiwa kita kosong. 

Tapi bila hati ini terisi dengan mulusnya air suci, terasa jiwa ini tenang. Tak ke?

We tend to do more sins bila kita lagha, bila kita lalai.

Percayalah, bila kita terus tersedar, please hati..please..cepat2 bangkit..ingatkan kembali pada Allah..banyakkan ibadah padanya. sebab..kita tak tahu..kita mati bila..kita tak tahu ending hayat kita macam mana. kita tak tahu..allah nak matikan kita dalam keadaan macam mana, kita dapat redha allah atau tak..kita dapat syurga allah atau tak.

memang..memang kita malu bila nak mintak macam-macam kat allah lepas apa banyak dosa yang kita buat bila kita tengah lalai tu. memang pun.

kita harus ingat, allah itu, Maha Penyayang...dia terima taubat kita..dengan syarat.kita jangan buat lagi perkara yang sama macam sebelum ini.

Segumpal darah bernama hati ni memang mudah berbolak-balik..jadi mohon padaNya untuk tetapkan hati ni untuk terus tsabat atas jalannya..terus istiqamah padanya.

insyaallah :)

Friday, May 17, 2013

hey hey hey

Dalam kegelapan malam
aku mencengkam rasa
gelora nan jiwa

betapa susuk tubuh itu aku temu
dalam seketika waktu
aku tahu 
sukarnya mendampingi mu

kau yang dhobit
kau yang memberi kalam
kau jualah yang degil
berani melawan memangkah
dengan tuturmu yang halus lagi tajam

aku kebingungan di sini
antara dua ruang aku berdiri 
memiih ke kiri
mencari ke kanan
aku dipersimpangan

bila mananya aku mengharapkan engkau
menginginkan engkau
aku tangis sendiri
mula lah aku sujud padaNya
mengarapkan ringannya antara kita

biar tidak ku temu mu di dunia
biar kita bersama nun "di sana"



160513
D241

p/s: mood jiwang ape ntah aku mengarut.

Wednesday, May 08, 2013

blackout?

Aku di belakang
memerhatikan gelagat sekeliling
ah! masih ada yang cakna rupanya!

Sesetengah pihak di situ
berbisik sendiri
mengutuk mereka
membenci mereka
tanpa ada usul periksa, mungkin
tanpa tahu pucuk pangkal, mungkin?
di mana Islam kita ?

Di suatu sudut sana
bertepuk gembira
beryukur atas kemenangan
bisa menyambung kembali
kegemilangan sebelum ini

Aku di belakang
bagai berada di atas pagar
bila disebut perkataan itu
pasti ada yang kotor
pasti ada yang tak adil
sebab kita bukan nabi
mampu menegakkan segalanya

Cuma kita ini
penyambung warisannya
tugas tangan perlu dilaksanakan
senjata doa perlu terus diangkat
agar terteguhnya bumi ini
dengan Rahmat Mu.



PRU '13
060513-lvl4mktv