Tangan da mula gatal nak menulis..because of the new spirit... terkesan daripada En. Zahiruddin Zabidi, novelis yang datang bersama Fatimah Syarha, Kak Muizzah dan Suaminya (yang turut memenangi hadiah sastera utusan kot) time "How to Be a Good Writer!". Serious best..membuka peluang diri ni nak memberanikan diri menghantar karya-karya ke pihak yang lagi besar..so tak ada la nak menulis di blog je.. ok fine saya menulis mukadimah ni because this is kinda tugas yang perlu dilaksanakan after that bengkel which is to write about that workshop on my blog..dan juga menghantar karya ke mana-mana media cetak.
Menyahut cabaran ! huh. dan alhamdulillah..pihak akhbar tersebut da reply puisi yang saya hantar dan insyaAllah.. akan diterbitkan.. :)
Nak cerita benda lain sebenarnya.. hope En. Zahiruddin Zabidi yang terbaca blog ni..ampuni saya.. hehe..
........
Kaki masih terasa sakitnya terlanggar batu masa waterfall abseiling, kesan pacat masih terlihat. Kenangan yang tak dapat dilupakan di Jungle Lodge, Alang Sedayu, Batu 12, Gombak. Menyertai Leadership and Team Building (LTW) untuk Mahallah Representative Committee (MRC) suatu perkara yang memang ditunggu-tunggu. Memang sebenarnya diri nak melarikan diri daripada "sesuatu" which is indescribable. Namun, tak diniatkan apa-apa untuk datang ke sini.
Saat ketika slot pertama bermula, baru tersedar dari lamunan, Niat mesti Ikhlas iaitu untuk Belajar. Patutla apa yang Ustaz Azizi cuba sampaikan agak blur.. dan sememangnya blur.. Mungkinkan bahasa Ustaz yang agak tinggi dan Majaz..haa perkataan "majaz" ni memang lama dah tak sebut.. dulu kat sekolah time belajar Arab duk pulun ingat Majaz2 ni semua..kerana bahasanya yang agak tinggi,..senang cerita Majaz tu macam perumpamaan.
Memang kene perbetulkan niat balik ni.. =.='
Memang agak terasa apabila suruh dibahagi-bahagikan kumpulan ikut ketinggian. Tapi tak kesah sangat sebab Ustaz kata comel...hehe.. ok tu saje je.. Tak de la.. mungkin sebab da terbiasa dengan "kerendahan" diri.. cewaah.. so tak kesah pun kena panggil paling pendek ke ape. Redha je la.
dan mungkin takdir Allah nak samakan aku group dengan Muizz (lagi! hehe gurau ja.. okbakalaukau!) yang mana Head Biro Sponsor and Public Relation LOCUS aku , Muzammil yang aku agak kaku nak satu group dengan budak satu sekolah (eh?)..br. zaidan, br. fikri, kak atira yang happening and si tinggi lampai MRC mahallah khadijah kak fatin, nurul and sol yang mana tak pernah aku kenal sangat , farhanah dan kak wanie yang sporting.^_^ Jadilah kami group Blender Mantop!
Subhanallah..keesokannya.. menjalani onak duri, ranjau-ranjau kehidupan mula terakam di minda apabila kami semua ke Sungai Pisang diketuai oleh Abang Shae daripada Layang Adventures.. di mana laluan ke sana sangat mencabar. Oleh sebab diri yang agak kerdil, melangkah pun agak tak kukuh kalau redah sungai., syukur masuk karate sebab dapat jugak kekalkan momentum (physics sangat! 0.0v) diri memanjat hutan , melangkah besar bagai.
Keindahan hutan belantara ciptaan Ilahi memang tak dapat dinafikan. Bau kesegaran pyhtoncide yang membuatkan kita selesa dan mententeramkan jiwa sekali gus melegakan tekanan dan bebanan yang terkumpul di benak.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan
Keindahan hutan belantara ciptaan Ilahi memang tak dapat dinafikan. Bau kesegaran pyhtoncide yang membuatkan kita selesa dan mententeramkan jiwa sekali gus melegakan tekanan dan bebanan yang terkumpul di benak.
Setibanya di destinasi, kami memilih untuk buat survival dalam hutan dulu. So kami diberikan masa untuk menyediakan hidangan dengan hanya tepung dan telur. Jujur, tak pernah lagi masuk hutan dapat tepung. So memang masa duk uli-uli tepung tu macam da budak architecture or AED buat projek..haha. yang penting Abang Shae selaku juri dapat makan.
Then, selesai urus diri semua, ni lah masanya untuk kami waterfall abseiling. sebelum ni da pernah buat abseiling tapi tu bangunan, lain la.. ni air terjun der. Memang licin, dan rasanya 2 kali tersasar dek kelicinan batu tu. Lagi pun, telinga ni memang tak dapat nak dengar sangat arahan abang2 yang jaga kat bawah tu. It is natural kan, bila mata tanpa spec, penglihatan berkurang maka pendengaran tak jelas.
Yang paling best , bajet macam dah pro sangat la buat bila da okey separuh jalan, tapi bila nampak pelangi antara waterfall tu... subhanallah..cantik sangat.. tapi terlalu happy menyebabkan diri tersasar agak jauh ke dalam air terjun yang melimpah ruah. Tu la! kalau da dapat kesenangan tu ingat Allah. That is the "majaz" yang aku dapat. Bersyukur saat di beri nikmat, redha dan tabah di saat ujian menimpa. Pada ketika tu la kaki ni terlanggar batu dan hilang arah sekejap. Rasanya abang paan kat bawah da sedia je nak tarik aku ke bawah tapi saje turun lambat dari air terjun tu, menikmati keindahan alam. hehe ye ke..?
Perjalanan pergi yang memang mencabar dan makin mencabar apabila waktu pulang, kami ditimpa hujan selebat-lebatnya. Air sungai memang deras dan boleh je kalau terjatuh ke sungai, terus dibawa arus. Naudzubillah. Syukur alhamdulillah berkat kasih sayang antara MRC cewaah.. kerana ukhuwah fillah itu ada, alhamdulillah semuanya dapat kembali ke Jungle Lodge meski ada yang tergelincir, terjatuh, tersadung bagai.
Alhamdulillah , thanks to brothers yang banyak menolong , dan ia adalah fitrah di mana wanita itu lemah dan mesti memerlukan lelaki agar kita sama2 kuat. Hope brothers yang gentleman kat LTW ni dapat teruskan ke"gentleman" anda for your future wife and kids. huhu
p/s: => next 2
1 comment:
Ya Allah, tanpa izinMu, aku tak mungkin mengukir cita dan cinta di tanah itu...
Post a Comment