Sunday, April 08, 2012

Serikandi itu...SURI HATI ku

Bergetar jiwaku. Senyuman itu. Mata itu. Rindunya aku padanya. Apakah dia tenang di sana? Muslim! kau jangan pertikaikannya lagi.

"Muslim"

Senyap.

"Encik Muslim, ni fail yang awak pinta tadi." Aku terpana seketika.

" Hai, mengelamun jauh nampak! Kau ok ke? Aku tengok dari tadi artikela kau ni kat situ jugak. Ayat yang sama aje. Jangan lupa kau kene hantar artikel ni lusa tau."

Aku mengambil fail bertanda merah di hujungnya dengan tajuk "Bumi Anbiya'.

"Terima kasih. Kau jangan risau la. Aku kan pro bab-bab tulis laju ni. I'm the Malaysian Speedest Writer tau." 

Kawan rapat ku itu hanya mampu tersenyum. Aku tahu dia kasihankan aku, daripada matanya sahaja aku mampu baca fikirannya.

Aku kembali melihat pada gambar itu. Sejuta kenangan terukir dengan melihat gambarku dan suri hatiku, di Masjid Sultan Sulaiman. Aqilah. Nama yang ringkas tai cukup bermakna. Lagu yang sedang bermain merdu di Media Player komputerku ini sugguh "masuk" dengan jiwaku tika ini. Lagu Kiri oleh Gat Dem.

"Dan kaulah insan yang ku cinta selamanya, suri hatiku ini. Kau pelengkap rusuk kiriku yang ku cari. Ingin ku bersama mu selalu. Memenuhi ruang hidupku."

Ya Allah. Keluh ku halus. Hanya Dia sahaja yang mengetahui rinduku pada Aqilah.

***

" Abang bolehkan kalau Qila jadi 'nurse' kat situ?" Ujar Aqilah lembut, merayu meminta izinku untuk menjadi sukarelawan di bumi yang sedang bergolak itu.

Apa jawapanku?

Sudah pastinya aku menghalang. Aku amat sayangkannya. Meski mahligai yang dibina selama 3 tahun ini masih belum dikurniakan cahaya mata. Aku bahagia kerana agama dan cinta yang ada padanya dirinya. Namun, dalam perbinangan itu, aku mengalah. Tangannya lembut mengusa-usap tanganku. Berkali-kali mencium tanganku, mengharapkan keredhaanku. Tutur katanya yang halus itulah yang membuatkan aku membenarkannya ke sana.

"Abang, abang jangan risau ye. Kat sana Qila ok je. Hari-hari Qila telefon abang ye. Meski Qila jadi korban zionis sekalipun, kita semua kena redha. Izinkan Qila jumpa abang di syurga ye."

***

Sepanjang perjalanan menghantar Aqilah ke KLIA, aku membisu membatu. Bukannya marah, bukannya ksal, bukannya terkilan akan keputusanku, cuma sedih, tidak sanggup membayangkan apa yang bakal berlaku pada isteriku kelak. Aku sayangkan dia, Ya Allah.

"Abang, kenapa senyap je ni? Nanti Qila rindu suara abang. Cakapla 'I love you' ke, 'Jangan mengorat doktor-doktor lain ke'. Ni senyap je," ujar Aqilah memecahkan kesunyian dalam ruang kereta itu.

Aku berpaling melihat wajah bujur sireh yang ayu itu. Meski mulutnya sedikit mencebik, merajuk barangkali, namun daripada pandangan matanya, aku dapat melihat satu kesayuan yang sukar ditelannya.

"Sayang,, aku pun turut berasa begitu" hati kecilku berbisik.

"Alah, kalau Qila cari doktor lain pun, abang boleh je nak 'usha' editor kat pejabat abang tau". Ketawa kecil keluar dari mulutnya.


Setibanya di KLIA, aku melihat sekumpulan Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia, MERCY Malaysia dan rakan-rakanku dari media cetak dan media massa. Kesemuanya memegang amanah yang satu, melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Debaran jantungku daripada tadi tidak berhenti berkocak. Mahu tercabut keluar sahaja rasanya. Aku gagahkan diri, melangkah ke arah kelompok itu. Sahaja aku membiarkan Aqilah menguruskan segala urusan pendaftaran di kaunter. Kebanyakan rakan media menyapaku mesra. Almaklumlah namaku sebagai penulis ada di mana-mana sahaja. Berita terkini dan terhangat semuanya ditulis dengan namaku, MUSLIM AZMAN. Bukan ingin membangga, tetapi membuatkan aku lebih merendah diri. Takut tersalah fakta. Takut amanah yang diberikan Allah terabai begitu sahaja.

Aku menghampiri seorang lelaki berdada bidang dan kulit wajahnya hitam manis dengan sejemput janggut di dagunya.

"Dr. Nazmi kan?"

"Ya, saya. Oh, jadi inilah Muslim Azman, suami si Aqilah kan? Penulis tersohor. Tampan pula."

Tersenyum aku sendirian dengan pujian sebegitu.

"MasyaAllah. Doktor, saya serahkan isteri saya pada doktor. Harap doktor boleh tengok-tengokkan dia kat sana nanti. Semoga Allah melindungi kalian semua."

"InsyaAllah Encik Muslim. Jangan risau. Allah bersama-sama kita. Moga-moga usaha murni kita semua dirahmati-Nya jua."

Sebelum sekumpulan misi kemanusiaan itu menaiki pesawat, Tuan Haji Muiz Hanafi selaku ketua pasukan, memabcakan doa-doa ikhlas, mengharapkan keberkatan dari Ilahi, Maha Pencipta Sekalian Alam. Usai doa diaminkan, aku menarik lembut lengan isteriku, membawanya ke tempat yang lebih jauh daripada kumpulan itu. Tidak  tahu mengapa berat benar rasa hati ini melepaskannya pergi. Hatiku tidak keruan.

"Sayang, jaga diri ye. Hari-hari call abang tau. 'Text' ke. As long as I know what's going on you, ok? Banyakkan solat. Doa selalu kat Allah supaya dipermudahkan segala urusan, ye."

Laju dia mengaggukkan kepalanya sambil memberikan senyuman kelat. Matanya ku lihat berkaca, seperti satu ketika nanti akan berderai tangisnya. Aku terpaksa menguatkan diri ku, meski hatiku ini merintih menangis kepiluan.

"Abang, halalkan makan minum Qila ye. Ampunkan dosa-dosa Qila selama ni. Qila tak jadi isteri yang solehah buat abang, tak dapat memberikan zuriat buat abang."

"Tak Qila. Jangan. Jangan cakap macam tu. Qila isteri solehah. Alhamdulillah abang punyai Qila sebagai isteri abang."

Air mata isteri ku laju menuruni pipinya, tersekat-sekat nafasnya menahan tangisan. Lantas, dia mencium kedua-dua tanganku, tanda rasa hormatnya, rasa sayangnya. Air matanya membasahi tanganku. Aku menyeka air matanya lalu membalasnya dengan kucupan hangat di dahinya. Sukar sekali bagiku melepaskannya. Tatkala beberapa ketika selepas itu, dia hilang daripada pandanganku, memasuki badan pesawat bersama gerombolan peuang kemanusiaan yang lain.

Hampir setiap hari dia kan uba menghubungi aku, meniturkan aksara kata yang membuatkan aku lega dan tenang. Sekiranya tidak menelefon, pasti dia akan mengirimkan aku SMS. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mereka memasuki Bumi Anbiya' itu melalui sempadan Mesir. Syukur kehadrat-Nya yang senantiasa mempermudahkan segala urusan.

Pernah juga suatu ketika Aqilah berbicara perihal Aishah,seorang kanak-kanak yang patah tangan kanannya akibat terjatuh ketika melarikan diri daripada kekejaman zionis. Sempat juga isteriku mengirimkan gambar Aishah melalui MMS. Katanya Aishah petah berkata-kata. Meski baru berumur 7 tahun, dia turut menawarkan pertolongan kepada sukarelawn di situ untuk menenangkan anak-anak kecil yang lain, yang mengerang, menangis kesakitan. Ketabahan Ashah unuk meneruskan hidup walau  ahli keluarganya yang lain telah syahid, memberi kekuatan dalaman buat Aqilah sepanjang berada di sana, mencurahkan khidmat, setelus jiwa, seluas niat kerana Allah, Yang Maha Penyayang.

Pagi Khamis yang cukup harmoni itu, aku menerima anggilan daripada suri hatiku.

"Abang, insyAllah lusa kami akan pulang. Sekarang tengah siap-siap kemaskan barang. Alhamdulillah. Abang jaga diri tau. Tunggu Qila pulang ye." Ceria sekali suara isteriku itu.

Hatiku berbunga riang, semekar bunga-bunga di Cameron Highlands. Iyalah, mana tidaknya, hampir 2 minggu berjauhan. Hampir setiap hari hatiku gundah-gulana, disaluti rasa takut akan kehilangannya. Kini, dia akan pulang. InsyaAllah dengan selamat.

***

"Awak yakin awak nak tulis pasal ni?"

"Ya, saya yakin puan."

"Saya tak nak bebankan awak dengan cerita sebegini. Kalau tidak mampu tidak mengapa. Saya akan suruh Hakimi yang tulis."

"Tidak mengapa puan. Saya boleh. Perihal peribadi dan kerja perlu saya asingkan."

"Baiklah, kalau itu kata awak. Saya bagi awak lebih masa. Satu minggu untuk siapkan artikel ni. Boleh?"

"InsyaAllah, boleh puan. Terima kasih."

Keputusan yang aku buat begitu perit. Menulis perihal kematian isteriku sendiri. Siapa sanggup? Aku masih ingat ketika jenazahnya tiba di rumah mertuaku, dapat ku rasakan harum mewangi baunya. Bau-bau syurga kerana syahidnya seorang seri kandi di Bumi Palestin. Satu garis senyuman dapat kulihat di wajahnya menandakan ketenangan yang diperolehnya. Aku gembira kerana syahid yang diperolehinya. Aku redha peluru sesat itu terkena tepat pada kepala isteriku. Aku tahu peluru itu, Allah yang hantar, agar Qila terus dihantar ke syurga Firdausi-Nya. 

Hilangnya dia dari dunia ini bukan untuk diratapi setegarnya, bukan untuk menyalahkan diri, bukan untuk memaki hamun Maha Pencipta dan Maha Mematikan tetapi menambahkan lagi rasa syukurku, rasa tawadukku, rasa perhambaanku pada Mu, Ya Allah.

Aku kembali ke komputer, lagu Muhasabah Cinta oleh EdCoustic membuatkan aku bertambah pilu. 

"Tuhan, kuatkan aku. Lindungi ku dari putus asa,"

Aku menyeka butir-butir air mataku, mengagahkan tangan, menekan huruf-huruf di papan kekunci komputer, menghabiskan bait-bait terakhir artikel ku.

"Perginya seri kandi itu, kerana rasa cintanya pada Tuhan Yang Maha Satu, memberikan seribu erti kepada kita untuk terus kuat, terus teguh hidup di dunia ini dengan berpaksikan iman yang sebenar. Biarlah kehilangan pangkat, harta an darjat di dunia kerana darjat di sisi Allah SWT lebih penting, lebih mulia, lebih berharga. Semoga kita sentiasa di bawah naunganNya, dalam memperjuangkan agama Islam, agama yang sebenarnya. Buat semua pejuang, penegak agama kita, Islam. Sekalung Al-Fatihah kita hadiahkan."



Tagged: Kiri- Gat Dem , Muhasabah Cinta- EdCoustic 

1 comment:

Anonymous said...

uhh,, sebokk bace cite ni, sedang molek layan skali ngn lagu edcoustic..:"(
inna lillahi wa inna ilaihirooji'uun,, setiap yg hidup akn kmbali kpd pncipta-Nya, hehe(ni cite ni rekaan je kn)
kite yg msih hidup pule akn mnyusul mereka. gunelah sisa2 khidupan yg masih Allah kasi ni sebaikny sbg investment utk kehidupan hakiki di sane nanti:)) i.Allah.. lyd,, honestly,, i luv this,, please keep gOing:))