Saturday, January 28, 2012

KARNIVAL JOM MASUK U!

Bismillah..

Salam sejahtera buat semua.. Okey hari ni saya baru je pergi ke Karnival Pengajian Tinggi: Jom Masuk U!.. so sedikit perkongsian yang ingin saya coretkan kat sini bersama sahabat2 sekalian..

Karnival tuh agak best.. sebab banyak booth2 IPTA mahupun IPTS , JPA mahupun MARA hinggalah BOMBA dan CELCOM AXIATA.. banyak dan sesak.. penuh manusia.. budak2.. (haha bajet da besar sangat bile tengok budak2 sekolah)

lagi best dapat banyak beg!buku nota!(haha macam cerita blue clues) dan pen2..keychain bagai..mostly pamplet2 ar..

beg australia tuh beg saya..tak dapat kat karnival tuh..huhu


Ok2 kat sini nak kongsi sket pasal IPT2 yang ada kat sana lah.. info2 yang saya dapat ni adalah berdasarkan temu bual..temuduga..heh.. pemerhatian..pertanyaan..soal jawab..pembacaan sume.. ni maklumat secara kasar je la.. nak tahu dengan lebih lanjut.. rajin2 la layari laman web..  http://upu.mohe.gov.my/ dan https://www.google.com/

Seperti yang telah kita sedia maklum..
Syarat am kemasukan ke universiti adalah
Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian (gred C) termasuk Bahasa Melayu
Bagi UIAM 
 Bahasa Arab bukan keutamaan yang boleh menghalang kita semua daripada untuk apply ke uni nih.. Means.. sape2 yang tak ambil Bahasa Arab Tinggi or Komunikasi semasa SPM dahulu, tidak menjadi masalah untuk apply.. Namunn.. Bahasa Arab wajib dipelajari di sini (yela nama pun islamic university kann) ada 6 level kesemuanya..

di UIAM terdapat asasi-asasi tertentu untuk lepasan SPM dan setaraf.. dikenali sebagai Centre for Foundataion (CFS). Bagi mendapatkan maklumat lanjut.. bolehla baca blog INI berdasarkan pengalaman beliau kat CFS kann..

bagi USM

tidak menawarkan program untuk lepasan SPM dan setaraf. Juga perlu apply di luar upu..means kena ke laman webnya la untuk apply course semasa di peringkat ijazah pertama nanti..

sterusnya ASASI Pintar UKM


Asasi ni lebih memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang telah berada di Program Permata Pintar di kampus UKM itu sendiri. Namun.. pelajar-pelajar yang bukan berada di sini pun boleh juga untuk apply asasi  ini.. 
Syarat kelayakannya adalah at least 6A+ dalam
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • 4 Mata Pelajaran ( Biology/Fizik, Kima, Maths/Add Maths)

  Seterusnya setelah berjaya memasuki asasi ini.. akan ada ujian2

  • UKM2 - untuk menilai tahap kepintaran dan melakukan intervensi
  • MEQI - untuk tujuan profiling
  • MUET/EPT - untuk tujan menetapkan kumpulan U4
mostly pelajarnnya berdasarkan penyelidikan.. kemudian pelajar boleh menyambung pelajarannya ke overseas untuk yang outstanding students.. tak punn pelajar akan menyambung pelajarannya ke UKM..

bagi USIM pula..


tak seperti di UIAM.. USIM mewajibkan sesiapa yang ingin mendaftarkan diri ke Tahmidi (Matrikulasi) nya perlulah memiliki subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi dalam slip SPM.. means kene amik Arab la mse SPM.. klu ta.. memang ta ley apply la untuk USIM nih..

Program Tahmidi yang ditawarkan kepada lepasan SPM adalah

  • Syariah dan undang2
  • Sains dan teknologi
  • Perubatan
  • Perakaunan dan Muamalat
  • Pergigian
Digalakkan untuk pelajar2 meneruskan pengajiannya ke peringkat ijazah di USIM sebab bak kata "pakcik" mungkin lecturer ar kot..yang saya jumpa tadi.. pelajar2 akan merasa seronk dengan suasana kat sini dan meneruskan pengajian mereka di peringkat ijzah kat sini jugak. :DD 

Tapi kat USIM masih belum ada Ijazah Farmasi seperti yang saya nak la kann.. beliau berkata (haha BM) "kursus Farmasi akan ada..masih dalam pengurusan" mm camtula

untuk UPM (waawa banyak pulak! hee~~)


kat sini banyak diploma..tapi hanya satu Asasi iaitu Asasi Sains Pertanian

bak kata "lelaki" yang jaga kat booth UPM tuh.. nama je Asasi Sains Pertanian tapi.. boleh je lepas da abis asasi nih nak sambung mana2 ijzah sains yang berkaitan..

Baiklah seterusnya di IPTS pulak.. (aiiihh penat doe nak bace entry yang panjang nih..huh..) k2 sabar2 sket ag..hehe~~

Bila msuk kat bahagian tuh banyak rasa macam kat pasar malam pun ada.. semua yang buka booth kat situ menarik-narik tangan nih.. 
kejap2 "adik..lepasan spm ea? da isi borang biasiswa da?"   
"adik amik aliran apa?sains?kolej kami..bla3"

banyak ngat suh isi nama..alamat..no fon bagai.. tengok ah nanti korang bila da dapat result ada je kolej2 swasta akan hantar surat ke rumah.. dan saya nasihatkan.. jangan dan janganla ambil.. melainkan korang kaya kan..dan tak dapat mana2 tawaran dari upu..

at least qualification diorang 3 credits. dan..tengok atas course yang nak diambil..ada yang 5 credits.. 

dan banyak lagi yang korang boleh discover kat karnival ni.. pergila.. boleh dapat banyak info..boleh menang banyak hadiah..boleh dapat macam2 ilmu.. 


yang penting untuk SPM leavers.. banyakkan membaca.. surat khabar ker..bukak laman2 web ke..cam http://www.jpa.gov.my/  dan like "Afterschool.my" kat Facebook.. banyak info yang perlu kita tahu tau.


Nota kaki : Sama2lah kita berdoa supaya result SPM kita nanti mampu memberikan seyuman kegembiraan buat keluarga kita, guru2 kita.. dan KITA SENDIRI.. :D

1 comment:

lin~ said...

terima kasih sangat2~
info menarik bg yg terperap di rumah spt saya ini.

hajat di hati ingin cuba usim.
moga2 dipermudahkan segala urusan,