Thursday, October 29, 2015

Shoes

Assalamualaikum.

Entah dari mana datang semangat ini. 

Suatu hari, aku 'jatuh', terjunam, entah ke lembah mana. Aku bagaikan mayat hidup, tanpa roh, berjalan, pergi kelas, datang meeting society, buat kerja society, bagaikan tiada perasaan. Hanya buat bagai robot yang diprogram.

Pernah di saat itu, aku rasa, letih buat kebaikan. Penat buat baik. Sampai satu tahap, aku tanya, 

"Kenapa perlu aku buat baik?" 
Meski, selama ini, ditarbiyah kencang di sekolah, di dalam usrah, diniatkan segalanya lillahi taala. Tapi entah kenapa, kita manusia. Sabarnya entah hilang ke mana. 

Dua minggu menangis, tanpa ketahui apa punca utama. Benda kecil, jadi besar, mudah terasa, 

Aku ada sahabat, di mana puncak membuat kebaikannya di tahap meningkat, memuncak, berkobar-kobar. 

Dan aku, mungkin di tahap "overmasking", dan tiba-tiba plateau. Tak sama. You are not even in my shoes. Yet.

Jadi, cuti ini, aku berazam untuk tenangkan fikiran. Pergi pantai.

Dan Cuti midsem ni, berkobar-kobar nak study. yes, study. dibuatnya list memanjang. Tapi yang dibuatnya, yang penting-penting sahaja.

Pesanan buat yang cuti, budak U especially, tak payah berangan tinggi sangat nak study gila-gila kat rumah, baik, buat kerja rumah, berkhidmat untuk parents, tengok TV, masak, rehatkan minda. 

Barulah kau akan rasa, yes ini cuti, !

Cuti midsem ni, mengambalikan roh aku yang hilang. Moga aku kembali ini, dengan lebih semangat. Berkhidmat untuk ummah. Biar penat, sakit, kat dunia, supaya kau rehat sepuasnya kat akhirat. 

Insha Allah. Amin

p/s: All the best buat all KAHS Exhibition and Carnival (K-XAC '15) committee members,  for the event! Keep strong and selamat ber'exam' midsem! 

Thursday, July 23, 2015

First Love

Andai kau boleh dengar isi hatiku.
Betapa aku menyesal perlakukan kamu begitu dulu. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan kembali, tatkala kau hadir kembali di sisi.
Memori dulu, mengajar aku erti menghargai orang di sisi.
Memori dulu membawa aku ke perjalanan ini.
Ia bukan rasa cinta,
Bukan rasa ingin memiliki,
Aku juga tidak mengerti
Apa sebenarnya rasa di hati.
Maafkan aku atas rasa ini,
Memori semalam mungkin tak mampu dipadam
Aku.. Ah..
Cinta
Bukan  sepatutnya jatuh kerna cinta, tapi
Dengan cinta kita sepatutnya mampu bangun.
Luaskan langkahmu
Tinggalkanlah kenangan dulu.
Biar ia terkubur terkaku.
Dan saat ini dan hari-hari esok, mari kita lukis warna cinta yang indah.

Monday, July 06, 2015

Kembali.

Badan digagah kan kembali duduk tegak di atas kerusi berkusyen, jari-jemari kembali menari di papan kekunci, memanaskan enjin , kalimah demi kalimah ditaip, membentuk ayat, membawa makna, di tengah kelam malam.

Assalamualaikum semua. 

Lebih setahun tiga bulan, aku kembali menulis di blog ini. setiap kali aku kembali menulis di blog ini, itulah ayat aku, berhabuk, bersarang, sampaikan labah-labah pun dah mula bersarang di tempat lain setelah lama di tempat yang sama. 

Aku bukan berhenti menulis, cuma penulisan ku di merata, di kertas-kertas kajang yang entah terbang ke mana, di buku-buku meeting societies bila mana aku rasa tetiba bosan dengan meeting, bila mana ada perasaan yang hinggap di hati, aku menulis, di simpan rapi di satu folder di komputer riba.

Aku, kini kembali. 



--------

Siang tadi, tak bukan, sebelum tu, malam tadi, sedang asyik aku menonton bola diselang seli dengan channel 391, ibuku memberitahu aku , ibu kepada bapa saudara ku telah kembali ke rahmatullah. Aku sedikit terpana, kerana baru minggu lepas aku melawatnya di hospital. Jujur aku katakan, pasti akan ada rasa sedikit perasaan mengatakan, "ehm..tak lama dah ni" means, tak lama lagi dah nak hidup ni. And it happened.

Jadi, pagi tadi, aku dan ma terus ke Kuala Terengganu, bagi menghadiri majlis perkebumian. Kalau diikut kan, aku tak pasti sebelum ini aku pernah melihat ibu bapa saudaraku itu atau tidak, dan kalau ikutkan, jauh hubungan my mom dan dia. Tapi, apa yang aku lihat di sini, habis semua anak beranak, iar duai, berkumpul. Aku sedikit jakun melihatkan rapatnya hubungan orang-orang tua ni. Kalau kita zaman sekarang, em, dua pupu dah tak kenal dah siapa. (Aku lah..tak tahulah orang lain yang rapat

Dan, di saat talqin dibacakan, aku kurang jelas bacaannya, susah sikit lah nak hayati, tapi kita tahu lah kan imam tu akan baca apa kan. But, it makes me wonder.,always..aku mati nanti macam mana? Adakah orang tangisi pemergianku, atau orang rasa biasa akan ketiadaan aku? Aku terpikir akan mereka yang tidak dikenali di mata dunia semasa hayatnya, tapi kematiannya , kematian yang menghidupkan jiwa-jiwa kita, seperti Ahmad Ammar, Loqman Karim dan sebagainya.

Hm...sebelum kita 'kembali' kepada si Maha Pencipta, alangkah eloknya jika kita terlebih dahulu kembali kepadaNya dengan beribadah dengan lebih baik, banyakkan berzikir menyebut keagunganNya subhanAllah-Alhamdulillah-Allahuakbar, mengurangkan mendengar lagu-lagu yang tak bermanfaat, mencuba yang terbaik menjadi anak yang soleh pada kedua orang tuanya, melakukan yang terbaik dalam menyelesaikan amanah-amanah orang sekeliling kita, dan bersahabat dengan baik dengan semua.
Hm..pesanan buat diri yang makin terleka dibuai mimpi.