Showing posts with label #sharingisloving. Show all posts
Showing posts with label #sharingisloving. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

Remaja Agen Perubahan Masyarakat

Assalamualaikum.

Bismillah , Alhamdulillah aku dan adik yang lepas SPM baru-baru ni dapat berjaulah ke UKM Bangi untuk menghadiri EduFest yang dihadiri oleh Ustaz Zaharuddin, Amin Idris, Ustaz Haslin Bollywood dan Heliza Helmi.


Pertama-tamanya, aku respect pihak UKM Bangi especially buat kolej Burhanuddin tak silap aku sebab dah buat program yang ohsem ni. Aku terkejut jugak mulanya sebab sistem dia lain sikit daripada UIA, tapi whatever it is..we, the students are still doing a great job to benefit others.

Toyyib, aku akan kongsikan 8 Do's and 5 Don'ts untuk menggapai kecemerlangan yang di share kan oleh Ustaz Zaharuddin.

Well, sbelum kita nak share the do's and the don'ts ,mari kita berkenalan dulu dengan Ustaz Zaharuddin. Melalui profile yang tercatat pada buku notaa Baitul Muslim oleh One Heart Creative Solutions:

- Penolong Professor di UIAM. - Ahli Majlis Penasihat Syariah bagi beberapa bank tempatan dan luar negara seperti Al Rajhi Bank (M) Bhd - Penasihat Syariah bagi beberapa syarikat tempatan dan luar negara. - penulis yang telah menghasilkan buku-buku seperti Murabaha: Teori, Isu dan Aplikasi.,Ledakan Facebook: Anara Dosa & Pahala dam Jangan Berhenti Belari. - kolumnis majalah seperi Solusi dan Al-Ustaz.
Tu yang tertulis kat situ, masa dia cerita kat EduFest hari tu, ada seorang peserta lelaki ni, dia kira ada lebih kurang 20 pekerjaan ustaz ni. Hebat tak hebat beliau ni bahagi masanya. Malah, beliau ada 2 orang isteri dan 5 orang anak. Waa..first time dengar, terkesima tak terkata. eh.

Kat universiti dulu, beliau ada kata, beliau bukanlah pemegang pointer 4 flat, tapi tak la teruk result dia.Yang membezakannya dengan orang lain adalah beliau ni seorang yang advance. Senang cakap, belajar di universiti tu bukan semata menuntut ilmu dalam kelas, tapi berbaga-bagai cabang lain yang dibuat dalam tempoh itu.

Sebab beliau ada juga kata, kita belajar kat uni ni dalam 4 tahun je untuk degree tapi kita bekerja berpuluh tahun . Jadi, kita menyiapkan diri 4 tahun ni kat universiti untuk kehidupan bekerja 10 20 30 tahun bekerja pada masa akan datang.

So, Jom let us start with the 8 do's in order to success in life. ^_^

1) Kuasa fokus. -

Bila kita belajar untuk mengajar, kita akan fokus bebetul, ia idak? sebab kita berniat untuk mengajar yang lain jugak. Kalau kita tak faham,macam mana kita nak mengajar orang lain. so fokus is penting dalam belajar.

credit

2) Mesti ada mentor or role model.-

Kalau artis korea baru nak naik, mesti dia akan tengok orang yang lagi hebat daripada dia macam Super Junior. Kalau macam kita as Muslim nak berakhlak mulia,kta contohi Rasulullah SAW kerana peribadinya yang indah. Kalu aku, aku suka melihat pada Amin Idris, kerana dia ada sifat positif, dia cakap tu bersungguh-sungguh, bagi motivasi sekali macam nak dengar berkali-kali.Cari role model supaya kita boleh belajar pemikiran dia, supaya dapat berjaya macam dia atau lebih hebat daripada dia. Tapi jangan sampai takabbur. Kerana sifat takabbur itulah,kita melihat si Iblis tidak mahu sujud (sujud di sini adalah sujud penghormatan bukan kerana ibadahatau mengEsakannya) pada Adam AS.
credit
3) Berpersatuan -

Ada juga beliau share, masa menjadi penemu duga untuk bekerja, ada yang datang untuk interview ni, dengan grade yang bagus, dengan award ni, award tu sebab they had done great in exams..but when it comes to interview, when ustaz ask them about some problems, they could not answer it. tergagap-gagp menjawab soalan. Berlainan pula dengan mereka yang result ok ok ja, tapi terlibat dengan society ni, join program tu, bila bagi soalan tentang masalah yang berbagai-bagai ni, dia boleh berfikir sebab dia dah biasa adapt dengan situasi yang macam-macam dalam menempuh alam universiti yang tidak semata menghadap buku. It is because, we can learn communication skills, think beyond and for me we can adapt to work in stress.

4) Dapatkan feedback -

Kita hidup ni bukan seorang diri,malah bermasyarakat. Kita boleh tanya mereka tentang kita or program yang kita anjurkan. Then, we must learn from those pengkiritik. Terima kritikan dan positif dengan kritikan. Sebab kita manusia, kita tak perfect, jadi kita kena bantuan orang lain jugak. Jangan mudah melenting. Positif!

5) Catat perjalanan - 

Aku pernah talk daripada mana-mana speakers yang juga merupakan seorang penulis, mereka mencadangkan agar kita menulis. Kita tulis la apa-apapun, contohnya macam kehidupan seharian yang kita lalui,untuk diambil pengajran atau juga cerpen or whatever they are sebab ia akan jadi legasi kita untuk anak cucu kita. Tak pun ia akan memberi inspirasi kepada orang lain dengan penulisan kita.

credit

6) Be extra ordinary -

Ustaz Zaharuddin ada cerita, masa dia belajar dulu, dia kena bagi ringkasan tentang 3 kitab, apa yang dia buat is, dia baca 10 kitab supaya dia boleh faham. Sanggup tak sanggup kita? Bila mana assignment kita, kita ambil daripada Wikipedia, tanya Mr Google, tanpa ke library mencari sumber yang lebih tepat.

7) Orang cemerlang takkan berpura-pura -

Dia tahu had limit dia. Sebagai contoh, kalau kita memang khusus bidang ekonomi, dan bila orang tanya pasal gynecology, dan kita cuba jawab jugak, tak ke pelik. Kalu orang ganu cakap buat bijok je! Janngan dan jangan. Kalau tak tahu, jangan malu, sebab tu bukan bidang kita. Takut tersalah, tak ke lagi malu, tak ke menyusahkan orang lain.?

8) Kejar kualiti dan skill 

Alhamdulillah. cukup 8, kita beralih pula pada 5 don'ts.

1) Jangan cepat tertipu dgn ujian dan penghargaan sebab ia akan melalaikan kita dan kita akan jadi malas nak berusaha mencapai tahap yang lebih lagi. dan jangan kita rasa sudah cukup, rasa sudah memadai. Sebab apa? sebab nya Amin Idris pernah cakap tau,dalam tips magnet diri kat Tv kita kalau dah berjaya suatu tahap, kita kena buat lebih lagi lebih baik lagi supaya kita ni ada improvement.

Q.S. 94 6
credit
2) Jangan gundah gulana dengan cercaan orang, sebab apa? sebab diorang sebenaqnya cemburu kat kita ja.

3) Jangan buang masa dengan isu remeh temeh ,nak-nak lagi kita dalam zaman Facebok, Twitter, Instagram. Mulalah kita nk tengok gambar-gambar yang retis ni share, nak tengok trending apa hari ni. Jangan kita sibukkan dengan "eh..eh..Luhan exo sakit..si Sehun lawat dia kot..waa ni laa ukhwah.." Pulak dah. Nak tahu tu, janganlah sampai kita lalai pula ye.

4) Jangan berdebat . Sebabnya akan merugikan masa je berdebat dengan orang bagi alasan memanjang ni, diorang bukannya apa pun, bukannya nak cari kebenaran tapi nak cari kemenangan. Alhamdulillah masa diri ini berkesempatan ke tafsir surah al-kahfi bersama Ustaz Yasir Ramlee, beliau ada menyebut yang orang yang suka bagi alasan, menghampiri kepada kekufuran. Allahurabbi.
"Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya" [Surah Al-Kahfi : 54]

credit Heliza Helmi

5) Jangan abaikan spiritual content. Di sini kita dapat lihat, sejauh mana pun kita usaha, kalau allah tak bagi kat kita, allah tak bagi jugak, bukannya apa, allah nak uji kita. dan allah uji kita pun sebab allah sayang kat kita. So, semuanya berbalik kepada yang Maha Esa. Even dalam sains sekali pun, dalam kejadian manusia sekali pun, kita kena kaitkan dengan Kehebatan Allah SWT dalam tiupan roh untuk melengkapkan kita as Manusia.

Jadi Alhamdulillah..
Untuk sesi bersama Amin Idris, Ustaz Haslin dan Heliza Helmi boleh melayari You Tube di bawah :)



Wallahu 'alam. :) semoga bermanfaat buat semua. Semoga dengan usaha yang sikit ni, kita akan mendapat redha di sisi Allah swt. InsyaAllah.

Friday, December 20, 2013

If you have a chance, go for it!

Assalam .

Alhamdulillah..hari ni trending kat Facebook,kat kt twitter apatah lagi. #ResultPMR2013 . Tahniah la korang, especially adek2 SMK Elit Mak Lagam, Kemaman for having great result! Memang kalau nak compete dgn SBP memang jauh la jugak..tapi no 1 dalam daerah, ketiga dalam negeri, ok la tu. haha



By the way, mengimbau kenangan PMR, mengingatkan aku betapa tua dah aku sekarang ni, bakal menginjak umur 20 lagi. Alhamdulillah dengan izin Allah, aku mendapat 9A PMR, dan dicampakkan ke KISAS.

Aku sangat ingat betapa aku rasa sukar untuk meneruskan form 4 di Tesmal, bukan sebab tak bagus sekolah tu, bukan sebab aku tak dapat dah nak jumpa senior-senior yang aku rapat, bukan sebab sekolah tu sunyi tanpa crush-crush yang dah menamatkan zaman persekolahan, cumanya, aku rasa kosong, kosong di dalam hati yang mana ia dahaga untuk dibajai dengan iman.


Kalau dulu aku tak faham apa itu tarbiyyah, kalau dulu aku buat tak kisah kesempurnaan dalam menutup aurat, kalau dulu, aku tutup sebelah mata yang kapel itu haram, kalau dulu, aku jauh untuk memahami maksud sebenar kita dicipta di muka bumi Allah..kalau dulu aku tak faham erti ukhwah kerana Allah.

Aku bersyukur aku dicampakkan Allah ke Kisas untuk mengetahui semua tu, untuk merasa bagaimana nikmatnya iman tertakhta di hati.


Tapi, aku tahu, aku tidak boleh meninggalkan sahabat-sahabat di Tesmal. Bukan salah mereka untuk tidak bersama-sama aku, mereka bukan jahat meski tak masuk Kisas, bahkan aku yang disandarkan tanggungjawab yang lebih besar untuk membawa mereka bersama-sama aku, melayari bahtera keimanan dalam menuju syurga cinta.

Aku cakap bukan sebab aku baik, bukan sebab aku masuk sekolah agama, bukan sebab aku dah masuk UIA , bukan sebab aku join usrah, bukan sebab aku ade blog, bukan sebab aku pakai tudung labuh, bukan sebab apa-apa yang lain melainkan matlamat satu. 

SAYA SAYANG KORANG KERANA ALLAH. sebab juga, aku mahu memberi sebelum mata tidak terbuka lagi. so, mari.

Sahabat-sahabat kelas Irsyad, rakan-rakan, junior2,senior2 Tesmal, mari kita sama-sama menuju syurgaNya dengan keimanan yang utuh! dengan tujuan hidup di bumi Allah sebagai hambaNya, daie-Nya , khalifahNya! Galilah, carilah, lubuk-lubuk ke arah tujuan-tujuan ini di tempat kamu belajar, seperti Usrah, persatuan, program dan sebagainya. Saya yakin, suatu hari nanti kita akan dibangkitkan di akhirat kelak dan menuju ke Jannah bersama.
InsyaAllah!


lastly, tahniah lagi sekali adik-adik! good luck for your spm, and if you get the offer letter to transfer school, make istikharah, and if it is good for you, then, go for it, grab the chance, live the life to the fullest.

Ar-Ra'd ayat 11. إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ  
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"

Wednesday, December 04, 2013

Cerpen - Sinaran Sungai Yarra

CERPEN: SINARAN SUNGAI YARRA.
OLEH: LYDIA MUSTAFAR

Cuaca kelihatan cerah di luar Lapangan Terbang Tullamarine. Langitnya biru, tetap sama seperti di Malaysia. Dengan jiwa yang berbunga-bunga riang, aku bersama teman rapatku, Nabilah melangkah keluar daripada ruang lapangan terbang tersebut tanpa mempedulikan Puan Asiah dan sahabat-sahabatku yang lain. Tanpa disedari, kami berdua kaku di luar. Angin sejuk yang berhembus halus ke pipiku, menyedarkan kami bahawa kami semua berada di negara orang. Bukan di Malaysia yang bebas berjalan ke sana ke mari dalam cuaca yang panas dan lembap.

“Waa, heaven!” jeritku sambil kedua-dua tanganku di angkat ke udara. Puan Asiah dan Encik Zamri yang ikut sama keluar daripada ruangan lapangan terbang itu hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum melihat telatah anak muridnya itu. Jiwa remajalah katakan. Teruja. Walaubagaimanapun, semua peserta rombongan tetap mengkagumi suasana cantik dan dingin Bandar Melbourne yang sungguh menyamankan itu. Aku merenung jauh ke jalan raya yang sedang sibuk dengan berbagai-bagai jenis kereta dan basikal, memori semalam di Lapangan Terbang LCCT kembali terakam di projector mindaku.
***
Hening sekali malam itu rasanya. Suasana hujan di luar Low Cost Carrier Terminal (LCCT), Sepang itu bagai mengerti kesedihan yang disimpan kemas di lubuk hatiku. Masakan tidak, selama ini aku tidak pernah berjauhan dengan keluargaku, dan hari ini satu ‘pecahan ais’ akan berlaku pada diri aku. Ah, aku bukan lagi anak kecil untuk menangisi diri aku yang bakal berjauhan daripada keluarga. “Aku sudah besar, sudah mampu berdikari. Lagipun, tak lama, sekejap sahaja kan.” Detik aku di dalam hati.

Menunaikan impianku sejak kecil untuk melancong ke Australia bukanlah suatu perkara yang diangan-angankan lagi dan ini adalah saatnya di mana aku benar-benar akan berangkat ke bumi Kangaroo itu. Benarlah apa yang aku dengarkan daripada mana – mana penceramah terkenal, jika mahu mencapai sesuatu impian, tulislah di atas kertas, dan lihatlah hasilnya beberapa tahun akan datang. Tanpa kita sedari, impian-impian itu telah tercapai. Percaya atau tidak, impian aku untuk melancong ke Australia telah aku tulis sejak dari darjah lima, dan sekarang di saat aku di tingkatan lima, aku berjaya, melaksanakan impian itu.

Segala persiapan daripada segi urusan emigresen, bagasi dan visa telah disiapkan. Perkara yang perlu aku bawa ketika naik di atas badan pesawat hanyalah beg galas Samsonite dan blazer berwarna biru kehitaman. Telefon bimbit iPhone yang berwarna perak itu aku keluarkan daripada sarung telefon. Aku menaip pantas mesej kepada orang yang teristimewa di hatiku. “Awak, Effa dah nak berlepas ni, nanti dah sampai Effa sms lagi.” Selang dua minit kemudian, mesej itu dibalas. “Ok. Take care tau.”
***
“Haifa, please get in the bus.” Madam Kenchana memanggilku yang masih lagi dalam lamunan. Aku membetulkan letak tudung di kepala dan tersengih kambing ke arah Madam Kenchana. Aku kemudiannya mengangkat beg bagasi yang berwarna coklat kehitaman itu segera dan meletakkannya ke dalam bas yang telah siap sedia disewakan oleh pihak sekolah. iPhone yang berada di tanganku diletakkan kembali ke dalam saku blazer.

Hampir tiga puluh minit bas itu meluncur laju di atas jalan raya. Perjalanan daripada Lapangan Terbang Tullamarine itu tadi akhirnya tiba di Malaysia Hall. Bangunan dua tingkat yang bercat kelabu dengan tulisan perak tertulis “MALAYSIA HALL” dan aksara yang lebih besar dalam Bahasa Melayu bewarna biru tertulis “DEWAN MALAYSIA”  begitu gah berdiri di St Kilda Road ini. Jalur Gemilang yang berkibar-kibar ayu mengikut rentak angin itu menyemarakkan lagi rasa bangga di hati apabila bendera Malaysia itu berkibar megah di bumi asing ini.

Malaysia Hall ini menempatkan sementara pelajar-pelajar Malaysia yang masih belum mendapat tempat tinggal yang kekal sepanjang pengajian mereka di sini. Malah, di sini jualah tempat pertama yang layak bagi pelajar-pelajar ini untuk menyesuaikan diri berada di bumi asing kerana semua pelajar di sini adalah daripada Malaysia. Sudah pasti terdapat persefahaman di antara hati-hati mereka kerana budaya yang wujud di Malaysia. Malaysia Hall ini juga menjadi tempat berkumpul pelajar-pelajar Malaysia sekitar Australia untuk meraikan perayaan besar seperti Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Suasana meriah semestinya tidak sama jika dibandingkan dengan suasana di Malaysia tetapi cukup untuk menghilangkan sedikit rasa rindu pada tanah air.

Sambutan hangat yang diberikan oleh Encik Hasrul selaku ketua warden di rumah Malaysia itu sangat membuatkan rombongan daripada Sekolah Bintang Utara itu tidak langsung terasa janggal untuk berada di sini. Puan Asiah selaku ketua rombongan pula memberikan taklimat kepada anak-anak muridnya yang seramai lima belas orang. Sudah pasti, bukan senang berjalan jauh, walaupun dengan pelajar yang hanya sedikit, tetapi jiwa remaja yang bergelora hebat, semestinya menyukarkan kawalan guru-guru.

Encik Hasrul kemudiannya memberikan kunci bilik masing-masing kepada peserta rombongan. Kesemua lapan peserta lelaki diberikan dua buah bilik bersama, manakala empat pelajar perempuan berada dalam satu bilik dan tiga yang lain terpaksa berkongsi bilik dengan pelajar senior yang menuntut di Melbourne ini. Aku tidak terkecuali dalam kelompok tiga orang itu. Aku sememangnya sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama rakan baikku itu tetapi apabila difikirkan balik, seronok juga nanti jika berada bersama dengan kakak senior yang bernama Anis itu. Dapatlah aku menimba pengetahuan yang mencurah-curah daripada Kak Anis.

Hari pertama di Melbourne banyak dihabiskan dengan menjelajah sekitar bandar Melbourne. Tidak berani sangat ingin berjalan jauh kerana takut sesat di bumi asing. Nanti tidak semena kena buat laporan polis kerana kehilangan pelancong. Jadinya, petang itu, aku dan beberapa rakan yang lain hanya menjelajah ke sekitar Albert Park Lake. Athirah yang agak peramah senantiasa menawarkan mulutnya untuk bertegur sapa dengan warga Melbourne yang kami sama-sama temui. Sebenarnya, teguran yang disapa bukanlah untuk berkenal dengan budaya setempat semata, tetapi juga untuk mengisi portfolio lawatan yang telah disisipkan sekali oleh pihak sekolah sepanjang lawatan ini. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) memang begini caranya.

Malam itu, setelah penat berjaulah di sekitar bandar terdekat dengan Malaysia Hall, aku membawa pulang Lord of the Fries, kentang goreng bersama sos manis istimewa yang semestinya halal untuk dimakan kerana restoran tersebut sendiri menunjukkan tanda halal daripada badan kerajaan Australia. Ketika aku pulang ke bilik, Kak Anis sedang asyik menuturkan bicara-bicara manis bersama suaminya melalui Skype di atas katil. Merah padam muka Kak Anis apabila melihatkan aku memasuki ruang bilik yang menempatkan dua meja tulis bersama cork board di hujung ruang bilik.

Setelah beberapa ketika Kak Anis mematikan talian di Skype, dia mengambil Al-Quran bewarna merah hati di atas mejanya sambil mengenakan tudung ke kepala. “Haifa, jom baca surah Al-Mulk sekali dengan akak.” Kata-kata Kak Anis membuatkan aku terpana seketika. Tanpa banyak soal, aku mengambil tudung Indon yang bewarna hitam dan mencari-cari aplikasi Al-Quran dalam iPhone aku yang selama ini jarang aku buka. Lalu, aku menempatkan diriku duduk bersebelahan dengan Kak Anis.

“Tahu tak kenapa kita baca Al-Mulk sebelum tidur?” Kata Kak Anis setelah menyelesaikan bacaan surah tersebut.

Darah serta-merta menyerbu ke wajah mulusku. Entah mengapa aku tetap menggelengkan kepala meski malu mula menyelubung diri.

“In sha Allah dengan membaca surah Al-Mulk ini, kita akan terhindar daripada azab di dalam kubur kelak.” Sambung Kak Anis sambil tersenyum.

“Maaf tadi akak tak sedar Haifa masuk bilik.” Kak Anis menukar topik apabila melihatkan mukaku agak berubah.

“Eh, tidak mengapa Kak Anis. Ceritalah bagaimana akak kenal dengan suami akak.” Aku tersengih. Sebetulnya, aku tidak kisah pun kalau Kak Anis nak menyambung tafsir ayat quran tadi atau nak bagi ceramah percuma padaku. Hati aku yang selama ini kontang dengan berbagai-bagai anasir, membuatkan hatiku jadi sejuk apabila mendengarkan kalam-kalam Allah tadi. Namun, jetlag yang aku alami membuatkan mukaku mungkin nampak sedikit letih.   

Kak Anis dengan muka yang tersipu-sipu membuka ceritanya. Sangat menarik apabila suaminya kini berada di Ipoh bersama anak dan ibu mertuanya serta bekerja sebagai doktor pediatrik. Rindu yang menebal pastinya berlaku apabila hubungan dalam jarak jauh begini. Kata Kak Anis lagi, yang saling menguatkan hubungan antara mereka adalah kerana dasar iman yang tertanam dalam cinta mereka. Aku terfikir sejenak, aku dan teman lelakiku itu, Afiq, bercinta. Bercinta atas dasar imankah?
***
Keesokannya, setelah bersarapan di kantin Malaysia Hall, semua anggota rombongan bergerak menuju ke Flinders Street Station yang merupakan stesen kereta api utama di bandar Melbourne. Bangunan bewarna bata yang begitu gah berdiri ini memperlihatkan ciri-ciri klasik yang unik dengan kubah kehijauan dan terdapat jam besar padanya. Terpaku kami semua sekali lagi apabila melihatkan Federation Square di sebelah kanan kami. Aku rasa bangunan binaan kaca dan beberapa campuran lain yang terdapat di situ agak futuristik dengan bentuk bangunan yang aku tak tahu berapa segi geometrinya dan sangat moden.

Aku terpandang Muzammil membetulkan letak headphone di telinganya. Entah lagu apa yang dihentak-hentak ke telinganya sampai tidak mendengarkan panggilan nyaring Madam Kenchana. Aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala sambil mengambil kad tram daripada Puan Asiah. Kad tram yang bewarna biru ini berfungsi seperti kad Rapid KL ini diperlukan untuk menaiki kereta api, tram mahupun bas di sini. Destinasi hari ini adalah ke Minaret College di Springvale. Minaret College ini boleh dikatakan sebagai sekolah swasta Islam di Melbourne.

Suatu rasa ketenangan yang halus wujud dalam diri apabila mendapat sambutan yang sangat meriah daripada pihak sekolah. Mungkin kerana wujud satu fahaman akidah yang sama, kami senang bergaul mesra bersama mereka. Malah, kami semua turut hadir bersama ‘buah tangan’ kami daripada Malaysia iaitu persembahan seni silat gayung. Aksi lincah Harith, Bairuni, dan Hadi menambat hati semua pelajar di sekolah tersebut. Aku turut sama terpegun dengan kecekapan mereka bersilat. Semestinya tujuan kami semua hadir ke sini bukan sebagai lawatan sekolah semata, tetapi ingin mewujudkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia. Ini bermakna, duit SBT tidaklah dihabiskan begitu sahaja tanpa ada manfaatnya.  
***
Suatu malam yang agak lapang daripada aktiviti, Encik Zamri mengajak semua peserta rombongan berjalan-jalan ke Sungai Yarra. Ada pertunjukan bunga api katanya pada setiap malam Rabu begini. Angin sejuk meresap terus ke tulang-temulang. Perasaan gembira yang teramat apabila setiap patah kata yang keluar daripada mulut, asap sejuk turut keluar bersama. Keterujaan bertambah apabila melihat bandar Melbourne yang bercahaya hasil daripada lampu yang bewarna-warni di setiap penjuru bangunan.
            
          Mataku terpandang Muzammil yang mengambil tempat untuk duduk berseorangan di bangku yang berhadapan dengan Melbourne Aquarium di seberang Sungai Yarra ini. Aku dengan tidak semena mengambil pantas headphone yang terletak kemas di telinga Muzammil.

“Eh, kau apa hal?” Suara Muzammil naik satu oktaf apabila daripada tadi terkumat-kamit melagukan sesuatu daripada mulutnya.

“Lagu apa kau dengar ni? Khusyuk sangat.” Selamba aku membalas.

“Hikmah Kembara. Mirwana” Muzammil menarik nafas dalam dan membiarkan aku mengenakan headphone ke telinganya. Namun, tangan kirinya yang memegang MP4 itu memperlahankan sedikit suaranya.

“Apa yang kau dapat bila datang Australia ni?” Muzammil bertanya kepada aku yang sudah daripada tadi duduk di sebelahnya.

“Hmm. Aku dapat kenal sosio budaya dia. Peramah. Baik. Suka tolong orang, tak kisah bangsa apa sekali pun. Negara ni bersih, sejuk mata memandang.” Jujur aku membalas kembali.

“Selain tu, ada lagi?” Muzammil menyoal bagai watak McGarrett dalam cerita Hawaii Five-O.
Aku memandangnya sekilas. Aku menggeleng.

“Kau tahu, semua ciri yang kau sebut tu, Islam dah ajar kita lama dah. Tapi yang duduk sibuk mengamalkannya ialah orang-orang yang bukan Islam ni lah. Kita ni hanya mampu bising dalam Facebook, bertelagah sana sini pasal Islam tapi tak cuba nak amalkan Islam dalam kehidupan seharian.”

Muzammil tergelak kecil dan tersenyum, menampakkan lesung pipit di sebelah kirinya. Hati nakalku berbisik, “Tolonglah jangan buat muka macam tu. Cair aku tahu tak?”

Sekilas, Muzammil memandang aku kembali. “Kau dengar tak aku cakap apa?”

“Ya. Dengar.” Aku memandang kembali ke depan. “Kenapa tak ada pun bunga api tu?” Tiba-tiba hati kecilku bertanya.

Muzammil menyambung lagi. “Islam is the way of life. Kita ni kadang-kadang tak sedar nikmat yang Allah dah bagi kat kita. Kita buat perkara yang Allah larang, tinggalkan apa yang Allah suruh. Ahad ni kita dah nak balik KL, aku harap kau dapat luaskan lagi cara pandang kau dekat sekeliling dengan mata hati kau.”

Lama mataku memandang Muzammil. Dalam sekali maksud yang dia cuba sampaikan. Sepi seketika ruang udara dengan suara ketika itu. Hanya playlist yang bergema di ruang telinga ketika itu telah teralih kepada zikir Laillahaillallah daripada Hafiz Hamidun. Meresap terus ke hati aku yang kering. Kalimah itu, dilafazkan hampir setiap hari dalam bacaan tahiyat pada setiap solat. Namun, sejauh mana kita semua ini menegakkan kalimah syahadah itu?
***
Pagi ini, roti yang disuakan ke mulut rasa lebih enak daripada sebelum-sebelum ni. Alhamdulillah. Nikmat makan roti yang sesedap ni dengan scrambled egg dan baked beans ni tak dapat dirasakan oleh masyarakat yang kebuluran, yang sedang ditindas seperti di Palestin dan Syria. Benarlah daripada novel-novel travelog yang pernah aku baca sebelum ni, seperti Travelog Di Hamparan Shamrock, aku dapat simpulkan “Islam tu dapat dilihat di negara orang berbanding di negara sendiri.”


Selama ini aku sangat liat kalau nak bangun awal untuk solat subuh. Walaubagaimanapun, sejak aku duduk berbual dengan Muzammil tempoh hari, aku merasakan, aku perlu menggunakan waktu yang berbaki ini sebaiknya. Ya, aku sedar betapa drastiknya perubahan yang aku buat. Perubahan inilah yang aku idam-idamkan selama ini sbenarnya. Cuma aku tiada kekuatan melakukannya. Setiap malam aku melihat Kak Anis bangun awal untuk qiyammullail. Jadi, aku memesan kepada Kak Anis agar mengejut aku bersama untuk solat bersama.

Rasa ketenangan terus-menerus masuk ke jiwa yang meronta-ronta inginkan ‘nur’ ini apabila tunduk sujud pada Yang Maha Kuasa, Yang Maha Penyayang, lebih-lebih lagi di pagi yang bening dengan kesejukan tubuh menguasai diri. Malah, Kak Anis turut menawarkan diri untuk berkongsi banyak ayat al-quran kepada aku sementara menunggu waktu subuh. Salah satunya tentang zina. Hati aku terpukul dengan kata-katanya apabila mengatakan hubungan aku dengan Afiq itu sebenarnya salah. Memang sukar untuk aku meninggalkan Afiq. Dia menasihati aku dengan cara yang sangat berhemah, yang membuatkan aku boleh terima nasihat dia.

“Pengorbanan itu memang pahit sebab syurga itu indah. Begitu juga kalau kita nak buru syurga Allah. Hendak peroleh redha Allah tu, kita kena tempuh banyak lagi jalan yang berduri, yang menyakitkan kita, yang meletihkan diri kita untuk kuat berpegang pada taliNya. Tapi, kita kena ingat, yang penat, yang letih itu lah, yang dikira Allah. Dia uji kita sebab nak kita dekat dengan Dia, sebab dia sayang kita.”

Sempat juga tadi, sebelum Kak Anis berangkat meninggalkan bilik untuk menghadiri usrah katanya, dia memberikan aku sehelai tudung bewarna pink berjenama Akel dan sebuah novel yang bertajuk “Contengan Jalanan” daripada Hlovate. Aku sebak bila terpaksa berpisah dengan Kak Anis. Dia banyak ajar aku perkara yang selama ini aku buat tak tahu. Dia juga ada memesan agar aku tetap kuat, menjalani hidup yang mencabar selepas ini. Tidak semua orang dapat terima perubahan kita.

Encik Zamri dan Puan Norliza telah memanggil anak-anak muridnya untuk membawa semua bagasi ke dalam bas yang sudah siap tertunggu di luar Malaysia Hall. Memang berat dan perit bagi aku meninggalkan bumi asing ini. Banyak kenangan yang terlakar indah antara aku dan bandar pelabuhan yang terkenal di Australia ini bersama juga dengan penduduk setempat di sini atau lebih dikenali dengan panggilan Aussie. Kaki aku melangkah kaku ke tangga bas dan berpaling semula ke Malaysia Hall.

Aku teringat bila mana kami semua menghabiskan hari Khamis dan Jumaat yang lalu ke Mornington Secondary College dan La Trobe University. Satu pengalaman yang amat terkesan dek hati apabila aku memerhatikan perbezaan sambutan yang diberikan oleh orang bukan Islam dengan orang Islam. Mungkin jarang bagi orang Islam kelihatan di sini, tetapi iman yang kukuh di dalam hati membuatkan mereka terus kuat berada di negara yang amat sekular sebegini.

Apabila berada di Mornington Secondary College, ada seorang tenaga pengajar di situ menanyakan kepada Nabilah tentang tudung yang dipakainya.

“Why do you wear the scarf like that old ladies? Oh, it is cold outside, right?”

Aku tidak menyalahkan guru yang mengajar subjek fashion barangkali atau mungkin subjek Kemahiran Hidup seperti di sekolah, kerana aku tahu, dia tidak mengerti apa itu Islam sebenarnya. Bukankah itu tanggungjawab kita untuk menyedarkan mereka? Apa yang berlaku ketika itu, aku, Najihah dan beberapa rakan lain hanya mampu tersenyum kepadanya kerana kami semua tahu, kami pasti tidak begitu berhemah untuk membalas kata-kata yang bagi aku cukup sinis.

Pengalaman sesat di kawasan La Trobe University pula memang suatu hikmah yang melampaui jangkauan aku. Kami semua tersesat ketika hendak mencari tempat solat. Akhirnya, Encik Zamri memutuskan untuk kami semua bersolat di belakang bangunan, di mana di situ, terdapat kawasan padang yang agak lapang tapi lebih tersembunyi. Muzammil mengimami kami pada hari tersebut. Rasa sejuk dahi akibat sujud di situ masih lagi terbekas di jiwa yang mulai terbaja dengan iman yang selama ini dipinggirkan begitu sahaja.

Setibanya aku di LCCT nanti, perkara pertama yang aku perlu lakukan ialah memutuskan hubungan terlarang antara aku dengan Afiq. Biarkan hati ini sakit kerana tidak dicintai oleh manusia yang tidak sepatutnya, tetapi jangan biarkan hati sakit kerana tidak mendapat kasih daripada Maha Pencipta. Sementara menunggu untuk pesawat berlepas, aku membuka lagi aplikasi Al-Quran dalam iPhone yang menjadi teman aku sepanjang berada di negara bertuah ini. Aku mencari-cari surah yang pernah diberitahu oleh Kak Anis usai membaca surah Al-Mulk semalam, surah Al - Hasyr ayat sembilan belas.

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik-derhaka.”

Aku dapat rasakan mataku hangat dan berair. Selamat tinggal Australia. Selamat tinggal ‘masa gelap’. Selamat datang sinaran hidayah. Alhamdulillah.


Tuesday, June 11, 2013

Buaian angin Jun.



Ombak menderu seperti biasa. Bukan seperti di kala amukan Tsunami. Namun, hatiku berbisik, andai kata ada Tsunami melanda tika ini, aku rela. Rela dalam ketenangan kala ini. Di suatu sudut hati kecilku yang lain. Ah! Kau sudah bersedia untuk mati? Dosa yang kau buat selama ini, bagaimana? 

Air masin yang melalui kakiku yang ditenggalami pasir pantai. Kakiku bagaikan ditarik-tarik agar turut sama dengan ombak yang berlalu surut dariku. Tatkala ia datang kembali, satu perasaan yang sukar diungkap di jiwa. Segala bebanan bagai menghilang, tidak perlu memikirkan masalah dunia lagi. Hanya aku, pantai,angin yang bertiup tika ini, berbicara.

Ku lihat Laut China Selatan terbentang luas di hadapanku, bersama cahaya matahari yang masih lagi menampakkan cahayanya sedikit di ufuk barat, betapa ini hanyalah syurga dunia. Dunia semata. Tapi ini dunia yang menyenangkan kerana adanya alam di sekelilingku. Yang setia bertasbih pada Ilahi.

Oleh sebab itulah rasa ketenangan itu tidak dapat diungkap jika dibandingkan tatkala berada di tengah hutan bandar. Konkrit semata.! Batu yang tinggi menjadi kebanggaaan sedangkan Allah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Kaya dipinggirkan. Siapakah kita kalau bukan manusia cuma?

Daripada tanah kita dijadikan, kepada tanah jualah kita kembali. Aku berasa kelembutan dan kesucian pada kaki dan tanganku selepas diurut kasar dengan pasir pantai. Menghilangkan segala kekotoran yang ada.
Satu suara menjerit pada ku di suatu sudut otak. Apakah kita hanya mahu cantik di luar, dipuji segala namun hati penuh dosa.? Dosa berdaki yang melekat ke seluruh raga, mahu dirawat dengan apa? Dengan pasir pantai juga? Tidak. 

Tunduk, sujud, patuh, syukur, sabar, tsabat pada jalannya itu lebih bermakna untuk mendapat syurga di sana.


Tuesday, June 04, 2013

Berat Bertambah.

Assalamualaikum :)

Lately, aku ada timbang berat badan. cerita nya bermula apabila anak saudara aku yang da lama tak jumpa..it had been ages okay! pastu si atuk dan nenek ni suruhlah dia naik atas penimbang tu..kemudian dia naik la.. berat dia berapa ntah..kemudian suruh la pulak adik perempuan dia...tapi dia malu-malu..tak nak macam tu la kan..budak-budak bila da lama tak jumpa, jadi tak berapa nak mesra n tak kenal orang.

Jadinya, akulah mangsa si penimbang berat tu..dengan ckap "takde papae pun bila naik ni..tengok mak lang (which means me) buat.". n satu muka terkejut yang amat..lebih teruk daripada emotions dekat whatsapp tu.. dengan gaining 7kilos!! mase tu..mula la..ooo eemm gii...!! apakah???!

terus menerus..ingatan berbalik kepada karate. boleh dikatakan aku ni ada metabolisma yang tinggi akibat daripada rajin berkarate. si karate membuatkan badan kita fit wit muscles. tapi disebabkan rasa diri ni tak mampu nak bahagikan masa dengan kerja MRC, that society, again, i left karate. sedih woo..tahap ape...sekarang ni kalu makan..memang sikit2 naik..sikit2 naik badan. oh tidakk..

Hari tu ada jugak timbang berat badan masa Herbalife datang CFS, memang sumpah terasa dengan kata2 abang tu..yeah! untuk kesihatan kan..susahnya...hope sangat sem depan dapat masuk balik karate..tapi agak malula nak masuk balik karate yang dah tinggalkan berzaman tuuu..

Tak boleh nak salahkan mrc..kadang2 ada je event yang bertindih dengan karate..tu yang jadi serba salah tu..Allah..you know what is the best for me right? :)




Tapi..tu bukan point utamanya..!

Gaining weight is one problem. but gaining sins is another bigger problem!!

Pernah kita terfikir, kita dahulu pernah berada di suatu lorong lurus, lorong cahaya di mana penuh dengan keredhaanNya. tapi kerana melayan nafsu kita, melayan keinginan kita, kita jadi lalai..kita jadi seronok nak buat maksiat..seronok nak buat dosa.

Kenapa?

Kenapa kita seronok dalam keadaan lalai.?

Kerana kita nak bebas?
bebas daripada peraturan Allah yang menyesakkan?

Wahai kaum muslimah...pernah tak terasa bila kita tengah "period".. hati kita jadi kosong.ksong kerana tidak terisi dengan makanan rohani. kadang-kadang , masa ni la, masa ni la masa terbaik untuk kita lagha.

Tengok cerita korea berjam-jam.
marathon anime-anime jepun
baca novel jiwang tahap karat sampai tak ingat dunia.
bangun tidur bila matahari dah tegak atas kepala

Tu lah kita muslimah. bila jiwa kita kosong. 

Tapi bila hati ini terisi dengan mulusnya air suci, terasa jiwa ini tenang. Tak ke?

We tend to do more sins bila kita lagha, bila kita lalai.

Percayalah, bila kita terus tersedar, please hati..please..cepat2 bangkit..ingatkan kembali pada Allah..banyakkan ibadah padanya. sebab..kita tak tahu..kita mati bila..kita tak tahu ending hayat kita macam mana. kita tak tahu..allah nak matikan kita dalam keadaan macam mana, kita dapat redha allah atau tak..kita dapat syurga allah atau tak.

memang..memang kita malu bila nak mintak macam-macam kat allah lepas apa banyak dosa yang kita buat bila kita tengah lalai tu. memang pun.

kita harus ingat, allah itu, Maha Penyayang...dia terima taubat kita..dengan syarat.kita jangan buat lagi perkara yang sama macam sebelum ini.

Segumpal darah bernama hati ni memang mudah berbolak-balik..jadi mohon padaNya untuk tetapkan hati ni untuk terus tsabat atas jalannya..terus istiqamah padanya.

insyaallah :)

Friday, March 15, 2013

Majaz di LTW MRC 1

Assalam :)

Tangan da mula gatal nak menulis..because of the new spirit... terkesan daripada En. Zahiruddin Zabidi, novelis yang datang bersama Fatimah Syarha, Kak Muizzah dan Suaminya (yang turut memenangi hadiah sastera utusan kot) time "How to Be a Good Writer!". Serious best..membuka peluang diri ni nak memberanikan diri menghantar karya-karya ke pihak yang lagi besar..so tak ada la nak menulis di blog je.. ok fine saya menulis mukadimah ni because this is kinda tugas yang perlu dilaksanakan  after that bengkel which is to write about that workshop on my blog..dan juga menghantar karya ke mana-mana media cetak.

Menyahut cabaran ! huh. dan alhamdulillah..pihak akhbar tersebut da reply puisi yang saya hantar dan insyaAllah.. akan diterbitkan.. :)

Nak cerita benda lain sebenarnya.. hope En. Zahiruddin Zabidi yang terbaca blog ni..ampuni saya.. hehe.. 

........

Kaki masih terasa sakitnya terlanggar batu masa waterfall abseiling, kesan pacat masih terlihat. Kenangan yang tak dapat dilupakan di Jungle Lodge, Alang Sedayu, Batu 12, Gombak. Menyertai Leadership and Team Building (LTW) untuk Mahallah Representative Committee (MRC) suatu perkara yang memang ditunggu-tunggu. Memang sebenarnya diri nak melarikan diri daripada "sesuatu" which is indescribable. Namun, tak diniatkan apa-apa untuk datang ke sini.

Saat ketika slot pertama bermula, baru tersedar dari lamunan, Niat mesti Ikhlas iaitu untuk Belajar. Patutla apa yang Ustaz Azizi cuba sampaikan agak blur.. dan sememangnya blur.. Mungkinkan bahasa Ustaz yang agak tinggi dan Majaz..haa perkataan "majaz" ni memang lama dah tak sebut.. dulu kat sekolah time belajar Arab duk pulun ingat Majaz2 ni semua..kerana bahasanya yang agak tinggi,..senang cerita Majaz tu macam perumpamaan.

Memang kene perbetulkan niat balik ni.. =.='

Memang agak terasa apabila suruh dibahagi-bahagikan kumpulan ikut ketinggian. Tapi tak kesah sangat sebab Ustaz kata comel...hehe.. ok tu saje je.. Tak de la.. mungkin sebab da terbiasa dengan "kerendahan" diri.. cewaah.. so tak kesah pun kena panggil paling pendek ke ape. Redha je la. 

dan mungkin takdir Allah nak samakan aku group dengan Muizz (lagi! hehe gurau ja.. okbakalaukau!) yang mana Head Biro Sponsor and Public Relation LOCUS aku ,  Muzammil yang aku agak kaku nak satu group dengan budak satu sekolah (eh?)..br. zaidan, br. fikri, kak atira yang happening and si tinggi lampai MRC mahallah khadijah kak fatin, nurul and sol yang mana tak pernah aku kenal sangat , farhanah dan kak wanie yang sporting.^_^ Jadilah kami group Blender Mantop!



Subhanallah..keesokannya.. menjalani onak duri, ranjau-ranjau kehidupan mula terakam di minda apabila kami semua ke Sungai Pisang diketuai oleh Abang Shae daripada Layang Adventures.. di mana  laluan ke sana sangat mencabar. Oleh sebab diri yang agak kerdil, melangkah pun agak tak kukuh kalau redah sungai., syukur masuk karate sebab dapat jugak kekalkan momentum (physics sangat! 0.0v) diri memanjat hutan , melangkah besar bagai.

Keindahan hutan belantara ciptaan Ilahi memang tak dapat dinafikan. Bau kesegaran pyhtoncide yang membuatkan kita selesa dan mententeramkan jiwa sekali gus melegakan tekanan dan bebanan yang terkumpul di benak.

30:22
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan

Setibanya di destinasi, kami memilih untuk buat survival dalam hutan dulu. So kami diberikan masa untuk menyediakan hidangan dengan hanya tepung dan telur. Jujur, tak pernah lagi masuk hutan dapat tepung. So memang masa duk uli-uli tepung tu macam da budak architecture or AED buat projek..haha. yang penting Abang Shae selaku juri dapat makan.




Then, selesai urus diri semua, ni lah masanya untuk kami waterfall abseiling. sebelum ni da pernah buat abseiling tapi tu bangunan, lain la.. ni air terjun der. Memang licin, dan rasanya 2 kali tersasar dek kelicinan batu tu. Lagi pun, telinga ni memang tak dapat nak dengar sangat arahan abang2 yang jaga kat bawah tu. It is natural kan, bila mata tanpa spec, penglihatan berkurang maka pendengaran tak jelas. 

Yang paling best , bajet macam dah pro sangat la buat bila da okey separuh jalan, tapi bila nampak pelangi antara waterfall tu... subhanallah..cantik sangat.. tapi terlalu happy menyebabkan diri tersasar agak jauh ke dalam air terjun yang melimpah ruah. Tu la! kalau da dapat kesenangan tu ingat Allah. That is the "majaz" yang aku dapat. Bersyukur saat di beri nikmat, redha dan tabah di saat ujian menimpa. Pada ketika tu la kaki ni terlanggar batu dan hilang arah sekejap. Rasanya abang paan kat bawah da sedia je nak tarik aku ke bawah tapi saje turun lambat dari air terjun tu, menikmati keindahan alam. hehe ye ke..?



Perjalanan pergi yang memang mencabar dan makin mencabar apabila waktu pulang, kami ditimpa hujan selebat-lebatnya. Air sungai memang deras dan boleh je kalau terjatuh ke sungai, terus dibawa arus. Naudzubillah. Syukur alhamdulillah berkat kasih sayang antara MRC cewaah.. kerana ukhuwah fillah itu ada, alhamdulillah semuanya dapat kembali ke Jungle Lodge meski ada yang tergelincir, terjatuh, tersadung bagai. 

Alhamdulillah , thanks to brothers yang banyak menolong , dan ia adalah fitrah di mana wanita itu lemah dan mesti memerlukan lelaki agar kita sama2 kuat. Hope brothers yang gentleman kat LTW ni dapat teruskan ke"gentleman" anda for your future wife and kids. huhu



    p/s: => next 2

Majaz Di LTW MRC 2

Alhamdulillah...

Setelah berpenat lelah pada siang hari, kini malam mulai menjelma. Otak pula terpaksa diperah keras untuk memikirkan persembahan untuk malam kebudayaan pada malam itu. Memang rase exhausted sangat! Sampai da tak boleh fikir ape..so ape2 cadangan memang terima je la dengan hati yang terbuka.



Di sini aku memohon maaf sangat kerana ketidak-aktifan aku dalam persembahan, sebab semuanya spontan habis..sampai aku sendiri pun tak sempat nak cakap apa2..haaa yang pasti aku terkejut sangat dengan Muzammil yang buat perangai gila-gila sangat!.. Aku tak sangka ni ke muslimin yang aku kenal kat KI dulu..haha.. ni ke yang pergi Melbourne sama dengan aku dulu? haha.. Maaf Muzammil, don't mean to hurt you.. yela bukan nye kenal sangat pun dulu. cewaah.. tapi best tengok!

Yang penting malam tu, memang tak sangka semua persembahan daripada ahli-ahli MRC memang sporting sangat. memang best..terbaik ar! dengan cerita Raja nye..Permaisurinya..Sakainya...hehehe berterusan dengan komputer pintar nye..guru besarnya..lagu Pokok nye...cikgu English nye.. subhanaallah...malam tu penuh dengan warna-warni pi'il MRC sekalian...may this ukhwah lasts until Jannah..amin :)



Pagi esoknya, ingatkan dah tak ada aktiviti mencabar bagai..rupanya ada lagi..memang extreme bebetol nii.. Tak pernah lagi attend kem kepimpinan yang buat outdoor activities sepanjang masa.. Terbaik ar Layang Adventure.! ^_^ so pagi tu ada Amusing Nature Race, aiwah!

Memang race ni kena banyak fikir strategi, banyak guna daya pemikiran sendiri untuk membuat keputusan. Setiap checkpoint yang pergi tu ada hidden meanings dia. Kalau kat Sabah dulu akan ada resolusi bagi setiap checkpoint. Tapi kat sini kena fikir sendiri and it was thrilling! Memang masa race ni aku duk fikir kena habiskan semua checkpoint dalam masa yang ditetapkan, tapi bila dah habis semua , barulah aku terfikir balik kenapalah aku buat semua benda ni.

Sometimes we might think that we are right enough,powerful enough, but when we have explored, we are just like a tiny ant on this world.
Majlis penutup memang amat menyayukan semua pihak. Teutamanya apabila Shaatibi berkongsi rasa, memang tak boleh kalau dengar Tibi cakap, sebab setiap kali dia cakap, pasti hati aku akan tersentuh , pasti ada rasa keinsafan dalam diri ni. Daripada LOCUS aku banyak belajar daripada dia. Alhamdulillah. 

Paling sayu adalah ucapan penutup daripada Deputy Dean, Residential Management and Discipline Department (RMDD), Madam Rose Haliza Harun, every single words yang dia ucapkan, ada hikmahnya, dan ini membangkitkan semangan kami semua untuk keep on moving in this MRC, keep on struggle studying in UIAM and make us loving each other more as One Big Family of MRC and RMDD.



--end--


p/s: pray for our perajurit in Sabah. ;( Al-Fatihah.

Friday, February 08, 2013

Lubuk hoi lubuk

assalam..

Alhamdulillah..dengan hati yang berbunga riang pada hari ini segera menaip pantas...kerana mahu segera menyandarkan rasa gembira ini kerana Allah SWT..Dia yang memberikan rasa ini..

Wahai..sekalian alam..uhu..jangan mepersoalkan kenapa..bukan kerana aku mendapat pinangan orang. huh jauh sekali. Meski sekarang musim seniors kahwin and dapat anak.. Nak raih cinta manusia..kena cinta Ilahi dan Rasul dulu..baru layak..

Alhamduilillah..kalau ikutkan perancangan..hari ini insyaAllah akan ke Al-Malik Faisal Hall untuk charity concert sempena CIBE (CFSIIUM Book Exhibition) .. tapi disebabkan my best friend ever Aqilah, ada emergency..n is needed to come home early..so tade orang nk teman ke konsert..yang ada caklempong, nasyid bagai..

Jadi nya..membawa diri ke Lecture Hall A..menyokong dan men"support" program Biro Disiplin MRC yakni forum yang sangat mantop!

Best gila forum tu..forum ni disampaikan oleh peserta Da'i , program realiti kat TV3, iaitu Bro Che Faizal dan Sis Adibah.

Mostly forum ni cerita pasal Ikhtilat bersempena dengan Give Me Five Campaign oleh Biro Disiplin ni.

Alhamdulillah Allah campakkan aku kat sini. Ye la kat UIA ni lubuk mencari ilmu.. nama pun Garden of Knowledge and Virtue. Kita je yang kena carik. Usaha.

Hence, aiwah..kat sini aku nak kongsi serba sedikit yang dapat aku kongsikan ..selagi mana jari ini mampu menulis..supaya kebaikan ni untuk kebaikan kita bersama..sampai ke akhirat..insyaAllah.



Hubungan sosial antara lelaki dan perempuan ni Harus sebenarnya..tapi dan tapi apabila kita ambil kesenangan dalam keharusan ni..Haram namanya.. means kat sini kita kena jaga ikhtilat kita..

Haa..macam mana nak jaga ikhtilat?? hooo kalau dikatakan cara bagaimana kami menjaga ikhtilat di Kisas dulu...memang nampak agak Syadid..sangat..tapi tu la yang mengajar kita sebenarnya..mengajar untuk menjaga hati..aiwaahh serious teringat melekat di dinding..babul liqa'..a\Allah...rindu Kisas pulak..

So Ikhtilat..


  • kena ada jarak.. janganla sampaikan dekat..macam nak berbisik..(aduhai..ampunkan dosa2 kami)
  • tunduk pandangan.. kat sini..tunduk pandangan juga bermaksud tundukkan hati..agak2 la..bukanla sampai nak suruh buta kan mata..sampai susah nak buat kerja..tapi jaga hati kita...
  • jaga diri daripada perkara yang boleh merangsang lelaki.. so..tak payah la nak gedik2 sangat.. pelik bebenor nampaknye... (peringatan buat diri sendiri juga yang selalu lalai dan alpa)
Yang buat aku terpana sangat is.. tunduk pandangan.. memang..memang aku tahu..tapi apabila dinamakan manusia yang selalu lupa ni..suka la kengkadang mata ni melilau dan meliar..bukannya apa pun..saja nak usha kengkadang..tak da hati pun..tapi tuh la..melilauu jer kerja nya.. 

Terkesan pabila Bro Faizal ada menyebut perihal wanita ni..senang2 je nak msuk syurga.. dengan syarat kita TAAT SUAMI, JAGA SOLAT 5 WAKTU n TUNDUKKAN PANDANGAN..

MasyaAllah masa tuh terfikir..kalau aku ni suka sangat meliarkan penglihatan aku...macam mana suami aku nanti...dia macam aku jugak ke nanti...masyaAllah..macam mana saat tu Allah tarik nikmat penglihatan kita ni..dah la da pakai spek..tu pun seksa sebab macam hilang mata bila tak pakai spek.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka..........." [Surah An Nur :31]

Tersentap lagi aku apabila Sis Adibah memulakan bicaranya. Apabila dia katakan ikhtilat dalam persatuan. Mostly benda yang dia cakap tu..point dia lebih kurang macam Bro Faizal..tapi dan tapi..

tika ini aku terpikir.. kenapa kita ni suka sangat cakap pasal Brothers..??
Memang dalam society..we work with them..tapi di mana nilai dan harga seorang muslimah tu apabila kita ni berpakaian menutup aurah..tetapi dalam masa yang sama ada penyakit hati..Allah...

Kalau dulu di KI..bila sebut nama muslimin...macam haram je rasa..macm dosa sangat bila bercakap pasal diorang bila balik dorm..lepak2 ngan kengkawan.. Astaghfirullah.. cukup-cukupla mengadu asal Brothers..cukup2la bercakap pasal mereka..cukupla..

Allah..Tuhan yang membolak- balikkan hati, tetapkan hati dan cinta ini, kehidupan ini..aku sandarkan pada Mu terlebih dahulu ya Allah.amiiinnn..


Akhir kata..kita ni kalau nak jadi manusia...jadi the best manusia..memang kita.dan aku terutamanya sendiri tak kkan mampu untuk menghafaz Al-quran meski hati menghentak-hentak menginginkannya.. tapi kita cuba.. ..aku Lydia..so be the best of Lydia..kita Muslimah..so be the best Muslimah n we as a Slave to Allah SWT.. be the best slave to Allah Swt.

Namun, ibadah yang fardhu jangan kita tinggalakn. Dalam subjek Basic Theme of Al-Quran (BTQ) aku..ada  mengatakan the conditions of doing Amal Soleh is doing Ibadah Al-khassah. Means kat sini..kita buat good deeds..tapi solat kita jaga..solat kita cuba khusyukkan...solat tu cuba kita rasa cinta Allah bersama.. Puasa kita jalankan dengan sebaiknya.. dan seterusnya.

Wahai Muslimah..kita muslimah..jaga mutiara kita..permata kita..bukan hanya mutiara yang kita beli di Sabah..tapi makhkota diri..yang Allah bagi special untk kita2 je.. are we dare to share it with others yang bukan suami kita..bukan famly kita?

Tanda soal di situ.
"Man and Woman are equal but don't identical" - Dr. Zakir Naik.