Showing posts with label surat cinta. Show all posts
Showing posts with label surat cinta. Show all posts

Thursday, October 29, 2015

Shoes

Assalamualaikum.

Entah dari mana datang semangat ini. 

Suatu hari, aku 'jatuh', terjunam, entah ke lembah mana. Aku bagaikan mayat hidup, tanpa roh, berjalan, pergi kelas, datang meeting society, buat kerja society, bagaikan tiada perasaan. Hanya buat bagai robot yang diprogram.

Pernah di saat itu, aku rasa, letih buat kebaikan. Penat buat baik. Sampai satu tahap, aku tanya, 

"Kenapa perlu aku buat baik?" 
Meski, selama ini, ditarbiyah kencang di sekolah, di dalam usrah, diniatkan segalanya lillahi taala. Tapi entah kenapa, kita manusia. Sabarnya entah hilang ke mana. 

Dua minggu menangis, tanpa ketahui apa punca utama. Benda kecil, jadi besar, mudah terasa, 

Aku ada sahabat, di mana puncak membuat kebaikannya di tahap meningkat, memuncak, berkobar-kobar. 

Dan aku, mungkin di tahap "overmasking", dan tiba-tiba plateau. Tak sama. You are not even in my shoes. Yet.

Jadi, cuti ini, aku berazam untuk tenangkan fikiran. Pergi pantai.

Dan Cuti midsem ni, berkobar-kobar nak study. yes, study. dibuatnya list memanjang. Tapi yang dibuatnya, yang penting-penting sahaja.

Pesanan buat yang cuti, budak U especially, tak payah berangan tinggi sangat nak study gila-gila kat rumah, baik, buat kerja rumah, berkhidmat untuk parents, tengok TV, masak, rehatkan minda. 

Barulah kau akan rasa, yes ini cuti, !

Cuti midsem ni, mengambalikan roh aku yang hilang. Moga aku kembali ini, dengan lebih semangat. Berkhidmat untuk ummah. Biar penat, sakit, kat dunia, supaya kau rehat sepuasnya kat akhirat. 

Insha Allah. Amin

p/s: All the best buat all KAHS Exhibition and Carnival (K-XAC '15) committee members,  for the event! Keep strong and selamat ber'exam' midsem! 

Thursday, July 23, 2015

First Love

Andai kau boleh dengar isi hatiku.
Betapa aku menyesal perlakukan kamu begitu dulu. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan kembali, tatkala kau hadir kembali di sisi.
Memori dulu, mengajar aku erti menghargai orang di sisi.
Memori dulu membawa aku ke perjalanan ini.
Ia bukan rasa cinta,
Bukan rasa ingin memiliki,
Aku juga tidak mengerti
Apa sebenarnya rasa di hati.
Maafkan aku atas rasa ini,
Memori semalam mungkin tak mampu dipadam
Aku.. Ah..
Cinta
Bukan  sepatutnya jatuh kerna cinta, tapi
Dengan cinta kita sepatutnya mampu bangun.
Luaskan langkahmu
Tinggalkanlah kenangan dulu.
Biar ia terkubur terkaku.
Dan saat ini dan hari-hari esok, mari kita lukis warna cinta yang indah.

Friday, December 20, 2013

If you have a chance, go for it!

Assalam .

Alhamdulillah..hari ni trending kat Facebook,kat kt twitter apatah lagi. #ResultPMR2013 . Tahniah la korang, especially adek2 SMK Elit Mak Lagam, Kemaman for having great result! Memang kalau nak compete dgn SBP memang jauh la jugak..tapi no 1 dalam daerah, ketiga dalam negeri, ok la tu. haha



By the way, mengimbau kenangan PMR, mengingatkan aku betapa tua dah aku sekarang ni, bakal menginjak umur 20 lagi. Alhamdulillah dengan izin Allah, aku mendapat 9A PMR, dan dicampakkan ke KISAS.

Aku sangat ingat betapa aku rasa sukar untuk meneruskan form 4 di Tesmal, bukan sebab tak bagus sekolah tu, bukan sebab aku tak dapat dah nak jumpa senior-senior yang aku rapat, bukan sebab sekolah tu sunyi tanpa crush-crush yang dah menamatkan zaman persekolahan, cumanya, aku rasa kosong, kosong di dalam hati yang mana ia dahaga untuk dibajai dengan iman.


Kalau dulu aku tak faham apa itu tarbiyyah, kalau dulu aku buat tak kisah kesempurnaan dalam menutup aurat, kalau dulu, aku tutup sebelah mata yang kapel itu haram, kalau dulu, aku jauh untuk memahami maksud sebenar kita dicipta di muka bumi Allah..kalau dulu aku tak faham erti ukhwah kerana Allah.

Aku bersyukur aku dicampakkan Allah ke Kisas untuk mengetahui semua tu, untuk merasa bagaimana nikmatnya iman tertakhta di hati.


Tapi, aku tahu, aku tidak boleh meninggalkan sahabat-sahabat di Tesmal. Bukan salah mereka untuk tidak bersama-sama aku, mereka bukan jahat meski tak masuk Kisas, bahkan aku yang disandarkan tanggungjawab yang lebih besar untuk membawa mereka bersama-sama aku, melayari bahtera keimanan dalam menuju syurga cinta.

Aku cakap bukan sebab aku baik, bukan sebab aku masuk sekolah agama, bukan sebab aku dah masuk UIA , bukan sebab aku join usrah, bukan sebab aku ade blog, bukan sebab aku pakai tudung labuh, bukan sebab apa-apa yang lain melainkan matlamat satu. 

SAYA SAYANG KORANG KERANA ALLAH. sebab juga, aku mahu memberi sebelum mata tidak terbuka lagi. so, mari.

Sahabat-sahabat kelas Irsyad, rakan-rakan, junior2,senior2 Tesmal, mari kita sama-sama menuju syurgaNya dengan keimanan yang utuh! dengan tujuan hidup di bumi Allah sebagai hambaNya, daie-Nya , khalifahNya! Galilah, carilah, lubuk-lubuk ke arah tujuan-tujuan ini di tempat kamu belajar, seperti Usrah, persatuan, program dan sebagainya. Saya yakin, suatu hari nanti kita akan dibangkitkan di akhirat kelak dan menuju ke Jannah bersama.
InsyaAllah!


lastly, tahniah lagi sekali adik-adik! good luck for your spm, and if you get the offer letter to transfer school, make istikharah, and if it is good for you, then, go for it, grab the chance, live the life to the fullest.

Ar-Ra'd ayat 11. إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ  
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"

Friday, January 18, 2013

Seekers.

Assalamualaikum semua (versi sleeq n aaron aziz) xD

Alhamdulillah...entry ni bersambungan dengan entry terdahulu.. Mencoret kenangan yang terlakar di Sabah .. Hikmah kembara di bumi di bawah bayu itu menusuk diri aku yang serba kerdil ini..

Cukup untuk aku katakan pengalaman di Sabah..sebelumnya..semasanya..selepasnya merupakan anugerah Ilahi yang tidak terhingga yang tidak dapat terungkap dek kata2,,, hanya ucapan Alhamdulillah mampu terurai di bibir.

Ketibaan kami di SMA Al- Irsyadiah Marakau, (SMAIM) Ranau, Sabah disambut oleh anjing2 jinak di sektar kampung itu..sudah cukup menyatakan bahawa sekolah agama ini begitu terpencil, dikelilingi komiti yang majoritinya bukan Islam dan hanya minoritinya sahaja yang Islam. Aku juga terpana apabila surau sekolah ini juga dijadikan tempat untuk solat jumaat..Masya Allah.


Hari pertama di situ agak sukar untuk biasakan diri..dengan bahasanya..tapi ya alhamdulillah..pabila berada di tempat orang terpaksa menyesuaikan diri..dengan bahasanya, dengan orangnya, dengan makanannya. Aku  belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada. Ya.. Bersyukur. 

Jujur aku katakan, aku sedih dengan asrama dan makanan sewaktu di KI dulu..namun, setelah aku berada di Sekolah ini...aku bersyukur..betapa mereka sangat menghargai dengan apa yang ada..sangat.. dan aku terpana. Terpukul sendiri.

bukan sekadar promote UIAM kt student ni, tapi promote Kisas jua. :) 

Malam itu..sesi ice breaking bersama adik2 di SMAIM..pertama kali aku menjadi fasi untuk kem seperti ini.. Kebiasaannya aku hanya menjadi peserta program. Dan sekali lagi aku ingin jujur bahawa aku benci menyertai program..benci untuk mengeluarkan idea, pendapat apabila ada akak2 fasi menyuruh aku berbuat demikian.. Nah, amik kau lydia! terasa bagaimana jadinya fasi..



Alhamdulillah Allah terbitkan rasa keinsafan itu..bukan untuk bermegah-megah tapi kesedaran itu yang penting. Penting untuk bekalan ilmu masa hadapan..pengalaman yang mematangkan.

Malam itu..dengan kesejukan yang melampau..aku tidur dengan berselimutkan cardigan semata. Namun, pagi itu aku bangun dengan terasa selesa sekali..hangat yang menyenangkan. Aku terkejut pabila ada selimut yang menyelimuti aku. Tak sangka Mila, yang juga ahli kumpulan aku menyelimutkan aku malam itu. masyaAllah..sweet sangat!  Mila yang jugak tingkatan 6, sama umur dengan aku.. begitu baik..sangat.. menghormati aku...Malah dia menyatakan aku best friend nya meski baru beberapa hari bersama. (sob3 nangis sendiri T_T)

Ya Allah.. betapa persahabatan yang kukuh kerana Mu mampu memecahkan belian yang keras!



Hari kedua di situ, pihak biro Prog. Coordinator n Module menyediakan banyak LDK untuk pengisian hari tersebut. Dan LDK 2 adalah explorace di mana aku diamanahkan untuk berada di checkpoint "Seekers". Basically, it was a game to find hidden things in a picture with full of things! haha berserabut tak ayat aku..English sangat. Cari benda tersembunyi la. xD

Mereka bermain sebenarnya bukan saja2, tapi kerana ada pengajarannya. Senang kata setiap permainan yang dimainkan adalah seperti analogi. Bagi permainan Seekers ni, pengajaran utamanya adalah FOKUS. So, aku diamanahkan untuk menerangkan fokus dalam kehidupan seharian, dalam Islam. Sangat membuka minda. Sangat luar kotak.



Contoh lain adalah, kita mencari gambar tersembunyi dalam gmbar yang besar tu.. Gambar itu diibaratkan seperti kita, kita ada potensi sebenarnya dalam diri kita , cuma kita yang tak nak keluarkan, kenapa?? MALU! malu dengan kata2 orang lain sebenarnya Allah itu sahaja yang sepatutnya menjadi pandangan kita. 

(double chudan zuki on me!) "karate~~"

Program ni sebenarnya mengajar aku sangat untuk hilang rasa Malu Tak Bertempat. Aku ditempatkan dalam biro Sponsors n Public Relation menyebabkan aku terpaksa bekerja dengan ramai orang..berinteraksi dengan penuh berhati-hati dan berwibawa. Soft skills gitu.

Aku teringat kata2 seorang ketua biro Publisiti n Promotion ni semasa menguruskan hal banner sponsor, 
" Nak malu apenye, cakap je la nak tambah banner~~"


Dan sungguh aku takot pada ketika malam itu dia menelefon. Dia membebel bak peluru dan aku juga membalas dengan deretan bom. haha. Maafkan aku kerana turut marah..kerana sesungguhnya aku tidak berada di tempatmu. Aku tidak mengerti. Brother, maaf sangat. hope tak simpan dalam hati. 

Hari berlalu pantas, tak sangka sudah tiba hari terakhir di SMAIM. Sebak turut dirasai namun air mata tak mampu mengalir. Mungkin redha sudah berada di dalam jiwa.

Muka tulus suci pelajar2 SMAIM yang mendamaikan, keberkesanan air sejuk Yang Maha Esa, keikhlasan memberi dan menerima... MasyaAllah..hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Ukhwah yang disemai dalam jiwa, melakar ber"infiniti" hikmah dan kenangan . Moga Allah Redha akan kesenangan dan kesusahan dan cabaran dan dugaan dan nikmat dan segala-gala yang tercatat di dalam hati, di dalam minda, di dalam jiwa.


Terlalu panjang coretan dari jemari aku kali ini, cukupla aku katakan kebesaran Allah tatkala menjejakkan kaki di Kundasang,selepas pulang dari SMAIM, melihat Gunung Kinabalu, sungguh hebat, MasyaAllah.!

Ceritakan betapa banyak nikmat yang Allah bagi di muka bumi ini, takkan habis air di lautan, tak tercukup kertas menulis..tak termampu file di hard disk menyimpan. Hanya kerana Allah Itu Pemberi Nikmat..Yang Maha Kuasa.

Sekian.

Sabah terbaik ^_^ okbakalaukau!!



#maaf bahasa yang digunakan agak baku..terkesan daripada Sabah bha. :) n it is good actually. 
 


Monday, December 17, 2012

Cinta..terpisah ruang waktu

Kerna itu..
Allah hilangkan cinta itu
hilangkan keterujaan buat seketika
menjarakkan ruang dan waktu
antara kita
Demi menjaga kita
Demi memelihara kita
daripada dibelenggu dosa.

Namun,
Tatkala Allah hadirkannya kembali
hadirkan rasa cinta itu
rasa antara kita
pada masa Allah yakin dengan kita
yang sememangnya tahu
tahu akan kemampuan kita
kita sedar.

Wujud rasa tenteram
yang abadi selamanya
tatkala kalimah syahdu dilafazkan
membuktikan segalanya
kita dicipta untuk disatukan
pada masa yang telah dirancanakannya.


Tuesday, December 11, 2012

AMARAN BUAT LEPASAN SPM #smile :)


Assalam...

Haa..nampak ganas tak tajuk entry kali ni?? sori la..it is CRUCIAL..u olz adek2 kesayangan ku.saat lepas SPM ni la penting...yang akan membentuk kita masa hadapan..trust me.. and it is worthy if u olz ikut nasihat ni..seriously..damn serious.

*mohon ampun atas bahasa yang agak dahsyat..haha..

selepas entry utk lepasan PMR so entry ni dibuat khas untuk adek2 supaya dpt pengajaran daripada kisah saya dulu..muhaha.. 

First and foremost... (aiwahh cam buat karangan english..) Banyakkan doa dan solat dhuha.. sebabnya...rezeki itu ada pada tawakkal kita..kita da usaha kan..kita da buat yang terbaik kann untuk SPM..

walaupun nanti bila da masuk U tadenye sangat orang nak tanya "weh.kau dulu SPM brape ah??" .. Tapi SPM tu macam nak menujukkan tahap kita ni..da belajar penat2 dari sekolah rendah..masuk sekolah bagus pulak lepas tu..ni time kita nk Show Off..hehe ok yang ni merapu..

Yang penting result ni for Islam..for our Ummah..kalau kita as a Muslim dapat result bagus..dapat belajar kat tempat yang bagus dengan course yang kita memang nak..kita dapat bangunkan Islam what..means ekonomi kita..sosial kita..politik kita.. maka takdela lagi kita nak duk kejar McD... Nestle.. Starbucks..johnson n johnson.. buatan orang yahudi untuk mengorbankan saudara kita di sana..di bumi Palestin.. right?(yeah! solidarity for Gaza)



Dan insyaAllah dengan doa dan solat dhuha kita... kita akan dapat scholars yang bagus..interview yang tenang dan uni yang terbaik untuk kita..
So jaga hubungan kita dengan Alah..dengan orang sekeliling..nak marah tu..sabar dulu.. istighfar.. :)

Next.. buat benda2 yang berfaedah..isi masa lapang..jangan biar masa kosong. Warning! jangan biar kita isi Hari2 kita dengan lepak ngadap TV.. layan korea.. ngadap FB.. Twitter..jangan dan jangan.. sebab ape??("akak lydia" ni marah sangat!!da abes exam pon...ni la masa kita utk enjoy!!) 

Adek2 sekalian..hee..pengalaman saya la kan.. pada mulanya memang rasa..cam bosan da..tak tahu da nak buat ape..penat da rehat..bagi kerja boleh takkkk? sampaikan rasa nak ulangkaji balik abende subjek2 SPM dulu...tapi lama2 hari2 duk mindset nak2 lagi lepas dapat result..nak rehat..ngadap TV..lama2 kita jadi MALAS.. dah tak rajin da ..kita berada di zon selesa dan ni BAHAYA..amaran BAHAYA.. utnuk campus life kita nanti..untuk masa2 akan datang..sebabnya..kita rindu untuk berada di zon selesa..dan akan buat bende tuh..duk tido..rehat memanjang... jangan..so tolong avoid buat kerja tak berfaedah..

my suggestions are:

1.     Buat lesen (haha semua nak buat benda nih)
2.     Hadiri kelas2 bahasa..cam English (muet tak perlu lagi kot..nanti korang akan ambil jugak..) n Korea (sebab dah minat sangat kan_hehe)
3.     Pergi kelas2 kemahiran cam komputer ke Adobe Photoshop ke..fotografi ke memasak ke..kelas jahitan ke.. (for girls la kan ni la masanya untuk prepare jadi isteri solehah yang berkebolehan kann xD )
4.     Hadiri la kem2 motivasi..or preparation before masuk U ke..
5.     Kerja yang halal dan sesuai  (nanti kat U banyak pakai duit..so simpan duit bebanyak..peace yo!)
6.     nak best lagi kita cuba buat hobi baru yang tak pernah kita buat.. (ehem2..yang elok la..jangan duk merokok ke ape pulak..ahaks).. Cam tulis blog ke.. tulis cerpen ke.. buat chocolate..buat brooch ke..jual tudung ke.. mane tau boleh buat duit kan... 

Dan lagi sebenarnya sangat penting la untuk SPM leavers.. banyakkan bukak internet..nak carik pasal SCHOLARSHIP..lebih2 lagi lepas dapat result..kalau sebelum result bole je nak search pasal course yang sesuai untuk diri kita..cam nak jadi doktor..so ape cabang2 dia..kat uni mane nak apply.. job scope die macam mana.. kene selalu GOOGLE..



Penting jugak untuk korang isi borang UPU tuh leklok.. buat strategi siket... contohnya macam saya.. saya dah tahu da result saya tak memungkinkan untuk dapat course2 critical cam Medic dan memang tak nak pun..haha.. so apply la uni yang saya nak awal2..letak la UIA yang first dengan course yang saya nak Sains Kesihatan Bersekutu.. yang penting masuk dulu UIA.. nak tukar course kang lain cerita boleh je.. so kalau korang taknak amik diploma..letak kat bawah2.. dan strategi die..kite tahu Uni mana kite nak masuk..course ape yang kita rasa layak untuk kita... jangan pikirkan sangat banyak pesaing ke ape...rezeki tu ALLAH yang tentukan..tak ke gitu?tapi agak2 la tau..

Lagi..haih..banyak pulak pesanan..hehe.. sila tekan button LIKE pada page Afterschool.my kat facebook..bukan nak promote ke ape..tapi that page helps a lot!

Kene selalu jugak rajin2 kan diri pergi Karnival jom Masuk U..(untuk dapat idea what it is..KLIK SINI) kompom..banyak.. benda yang korang rasa sebelum ni tahu..tapi sebenarnya banyak lagi yang tak tahu..dan jugak Karnival Pendidikan Mara..

So..hampir kesemua yang saya cakap ni memang preparation physically la sebelum masuk U.. tapi Rohaninya...kena tambahkan..kene kuatkan..tingkatkan Iman... tasyji' kan niat ..!

Mari kita semua muhasabah balik..dan lakukan perkara2 ni.. supaya dalaman kita turut sama Kuat sekuatnya fizikan dan mental Kita untuk hadapi dunia luar..dunia Universiti..dunia yang lebih mencabar~~~

  • Banyakkan baca quran dan maknanya..dalam kata lain Tadabbur Al-quran..masa banyak derr..
  • tambahkan yang fardhu dengan yang sunat..eg: solat2 sunat.. puasa2 sunat..
  • Baca hadis2 rasulullah...tak dapat nak hafal tak pe..slow2.. baca.faham.amal.
  • Baca bahan2 ilmiah..selain novel2 cinta la kan.. banyak je novel2 islamik..buku2 islamik cam Gen Q.. :D
  • Untuk muslimin.. pergila masjid2 surau2..apa la salahnya..kalau kat asrama kita takut Badar tulis nama kita kalau tak pergi musolla..laju je turun musolla..kenapa kita tak cuba amalkan kat rumah pulak ? sejuk hati ibu mengandung :)
  • Try la yang mana da hafiz tu...teruskan baca quran dan menghafaz..yang tak  pernah nak hafaz2 ayat quran ni..kita try..pelan2 nanti bolehla..insyaAllah..cam cuba juzuk 30 dulu ke..
  • cuba kalau bukak TV tu dengar AL-Kuliyyah ke..bukak TV al-hijrah ke..dengar tazkirah...semestinya kita rindu tazkirah kawan2 kita kat sekolah dulu2 tazkirah ustaz ustazah...kan.. nak best bukak you tube..search Ustaz Azhar Idrus.. mesti best..insyaAllah
Alhamdulillah sebenarnya bermacam benda yang kita boleh buat..kan...  Tapi yang baca entry ni..mesti ada aktiviti yang lagi best nak buat kan.. tak pun..ada jugak yang tak berkemampuan nak buat semua benda kat atas yang da saya list kan..kadang2 faktor keluarga atau faktor kewangan yang tak membenarkan kita buat perkara2 yang kita nak.. 

Jangan risau la..saya pun tak de lesen kereta lagi dik oi..haha..bila ntah nak amik..ni la padahnya...hoho

Tapinya..boleh je habiskan cuti ni dengan tolong family..jadik kakak or abang yang baik buat adik2..tolong 'prepare'kan diorang sbelum nak gi sekolah ke.. tolong family kemas rumah... masak ke.. hoihoi ni la masanya untuk kita cuba jadi suami isteri yang baik..latihan nak kahwin kann..(hhaaha kawin je tau kak lydia ni!!)

Lagi best kalo korang buat jadual harian..so that korang tak lalai..buat la mutabaah amal yang mana kat situ boleh 'list'kan.. ibadah2 untuk harian macam solat 5 waktu..solat2 sunat..mengaji quran.. solat dhuha.. :)


 [ Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung ]
3 : 104


Papepun..wish korang the best la untuk result..untuk melayar kehidupan lepas ni..jangan culture shock sangat dapat relax puas2 kat rumah..jaga diri.. ^_^


#rindugilezamansekolah: KI terchenta

wassalam..
salam sayang, kak lydia
(ex-skbd_ex-tesmal_ex-kisas)

Tuesday, November 06, 2012

Hey hey si Cinta datang lagii

Assalam semua..

huh..bergetaarr rasa hati ni.. rasa macam nak luruh.. one word

APAKAH????

ok fine..Lydia jatuh cinta lagi..na na na na na..

stop it!

it wasn't laa..

ok apa yang kau "apakah" sangat lydiaa??

It was a story from my beloved friend.. ok ni bukan nak pecah rahsia ke apa..n ini bukan rahsia poon.. cammna nak cerita..

ex to my best friend chat di fb kepada my best friend yg lagi sorang.. n then he that boy asked..

"single ke da berpunya?"
apa nak jadi..? (dalam kepala lagu old school..apa nak jadi..apa nak jadi..smpai skrg tak kawen lagi...alala)
ok cukup.

apa nak jadi zaman sekarang ni.. tak cukup lagi ke nak kapel..? tak serik2 lagi ke...tolongla..jangan rosakkan sahabat2 aku..

ok fine lydia kau cakap macam kau baik sangat..macam malaikat..

astaghfirullah.. sape la saya nak sedarkan semua..who knows me.. she knows my past..

and pada saat ini.. saya teringat satu post kat group fb CFS..

"A man needs a woman who has good past and a woman needs a man who has good future."
yes! itu benar sekali..tepat..tapi ada kalanya..kita buat salah..dan kita da tak nak buat da..da tau pangkal jalan..so..tak boleh nak menghukum seseorang especially women based on their past..isn't it?



Dan pada ketika ini..kita tau sebenarnya kenapa mereka mereka ini..nak sangat meletakkan status "engaged"  walhal..tidak minta izin pada parents..pada the One who is up there..

kenapa mereka mahu sangat berpunya..dalam istilah lain "kapel"...bercintan-cintan..dalam hubungan yang tidak sah..

Mereka ini sebenarnya..dan sebenarnya kekurangan kasih sayang...aduhai..rasa ingin dihargai oleh orang lain..padahal..

KITA ni tak sedar akan kewujudan cinta.. akan Chemistry yang ada pada kita dengan si Pencipta..Allahuakbar.. kita ni lebih dan LEBIH dihargai oleh Allah tu..sayang kita sangatt.. sangatt.. tapi kita je yang tak sedar dan mungkin sedar tapi kita buat tak indah ignore kan je...

(SURAH AL-ANFAL : 2) 
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah  mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
 
Kita cuba muhasabah balik.. fikir balik.. kita jadi gementar..gemuruh.. kerana msg..sms yg dihantar si dia...si lelaki itu..si gadis itu..

Adakah kita berasa macam tu jugak pabila kita mendengar bacaan al-quran..membacanya...menghayatinya..?

Saya tak sururh anda semua bagi tahu saya.. tapi jawab..dalam hati.. saya juga..sedang ketika ini.. Muhasabah.

Apakah kita pabila bersama-sama dengannya si tampan itu..si ayu itu.. kita rasa bahagia..macam Dunia ini Ana yang punya.. macam apabila makan goreng pisang panas dengan air Teh di waktu petang di kala hujan lebat yang mendinginkan.. seindah itu kah? seselesa itu kah?

Meski selesa meski bahagia sekali pun.. LAYAKKAH kita pada yang tidak halal itu? sedangkan udara yang kita hirup ni pun...oksigen ni pun..Badan kita ni pun.. Allah yang punya.. kita ni hamba Dia.. hamba Allah.. sahabat2 yang dikasihi sekalian..



Huh..

Tarik nafas..hembus..tarik lagi..hembus...dan tarik lagi...hembus..perlahan..

Kalau sekalipun diri kita ni memang dah tak tahan sangat dah.. tak tahan nak kahwin..sampaikan nak kapel bagai.. SABAR dulu..sabar..

tak lama pun...mengecap yang HALAL tu lgi INDAH.. daripada yang haram lagi berdosa terang-terangan tu..sayang oi..

berdoa kat Allah bebanyak..ringakan Jodoh kita..solehkan diri kita dulu.. banyakkan fuluuss dalam poket dulu..baru nak gi pinang anak orang..baru nak gi cop anak dara orang..

Pikir jauh..ok?


A001
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

(SURAH AN-NISA' : 1)


Thursday, May 03, 2012

KLIBF 2012

Assalamualaikum cinta (: hehe tiru 7 petala cinta pulak..

Alhamdulillah pada hari pekerja yang lalu..huhu macam buat report sekolah je..haha.. Saya, my abang and my aunt ke Kuala Lumpur International Book Fair di PWTC..huhu.. 

Dalam ke"pack"an manusia..pada hari pekerja..memang ar cari pasal pergi tarikh tu..masalahnye tuh je yang free...huu~~ (bajet je..heh) Memang dam memang nampak kepala dan badan2 manusia je..buku memang tak la..da la diri ni amat kerdil..hoo

Jadinyer memang da set dalam kepala da ader target nak beli buku apa..cam Hilal Asyraf.. Faisal Tehrani.. dan nak sangat jumpa Amin Idris.. korang kenal tak diorang ni sape? haa..yang tak tau...ask for Mr. Google okaey?hihi

Tapi masalahnya..semua tuh tak tercapai targetnya..yang tercapai benda yang rancang last minute cam nak beli buku Fatimah Syarha dan jumpa Fatimah Syarha sendiri.. beli buku Ramlee Awang Murshid..dan.. beli buku Men are from Mars and Woman are from Venus.. 


Haaa...ni la buku2 yang saya beli.. (bila agaknya nak baca..hehe)


Alhamdulillah..bestt sangat dapat jupa Fatimah Syarha!! Nampak tak kepala kat belakang tuh?? Tu la Dr Farhan Hadi suaminya..dan sebelah yang nampak lengan je tu..Ustaz Zaharuddin...^_^

Sempat lagi saya habiskan buku Law of Attraction kat boot MPH..lupe nak ambil gambar buku tu..+.+ penulisnya Michael J Losier..buku tuh tak tebal sangat..tapi mahal kot..RM 49.90.. hehe.. tp memang best ar..!

So..kepada sesiapa yang belum lagi pergi KLIBF ni...cepat2 pergi.. cari ilmu..timba ilmu..there are more than 250 booths tau..tau..

:) :D (:





MooD: Buku tahun lepas dr KLIBF '11 pun tak abes baca lagi..=.='

Wednesday, May 02, 2012

What is our preparations?

Assalamaualaikum semua (:

Cuba teka by the next three months..kita akan sambut apa?? perayaan apa?? huuuuu.. apa lagi kan kalau bukan Raya Aidilfitri.. alhamdulillah..semua tahu tu..

Namun dan namun..sebelum menjelmanya bulan Syawal.. sudah pasti tibanya bulan Ramadhan...dan sebelum2 itu...adalah Syaaban dan Rejab.


So..What is our preparations?

Ahhaaa..bukan sibuk nak beli baju2 raya.. nak tempah awal..so that tak terburu-buru masa nak dekat-dekat raya..no..no..bukan tu..bukan..dan bukan.. (tapi kalau nak sediakan awl2 pun tape jugak..hehe :p)

Yang penting is persediaan kita nak masuk bulan mulia..bulan Ramadhan..bulan seluruh umat Islam menunaikan puasa selama sebulan..

Sebelum tuh saya nak bagi satu ayat daripada surah al-mulk ayat 2

A002

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Kat sini saya nak menekankan pada ayat "Ahsanu 'Amala" iaitu "yang lebih baik amalannya."

Saya bukanla alim ulama' yang hebat dalam mentafsir sepenuhnya ayat ini..tapi ini adalah apa yang saya dapat melalui ceramah yang saya hadiri.. hehe (:

Baiklah..adakah..Allah menerima "orang yang paling baik amalannya"?

Contohnya..kalau kita nak doa..doa sekali je..doa yang paling baik..
Kalau kita nak bangun tahajjud..sekali je sebulan..pastu buat sungguh2..
Kalau kita nak puasa sunat..puasa hari Isnin..sekali je..setahun..

Apakah begitu yang dimaksudkan sebaik2 amalan..?

Tidak..sahabat-sahabat..tidak.. 

Cuba kita renung seketika..

Kalau kita nak terrer Add Maths la contohnya..bab Log..
Apakah kita buat sekali je..soalan bab Log..dan lepas tuh kita da terrer da? kita da jadi paling hebat da?

Dan cuba kita bayangkan..kalau la kita nak pandai buat Baju kurung..
Adakah dengan sekali jahit je..kita memang perfect da cantik da osem da buat baju?

Tak kan..tidak..sama sekali..

Kita kena buat latihan Add Maths banyak kali..baru terrer..baru dapat A+
Kita kena try jahit banyak kali baju..cuba dan cuba..baru dapat buat baju yang osem..kan?

So do us..in doing ibadah.. 

credit to Doodle Dakwah

Apabila kita nak jadi orang "yang paling baik amalannya" kita kena jadi orang "yang banyak buat amalannya".

Jadinya dalam kita nak mengharungi bulan Ramadhan ni kan..kita kena start untuk buat ibadah2 sunat..contohnya..Puasa sunat..bangun qiammullail..

Supaya Allah terima kita..terima ibadah kita..

dengan syarat..kita IKHLAS..dan kita ikut SYARIATNYA..

Lagi..nak dekat2 bulan2 mulia ni.. jom berdoa..

"Allahumma balighna rejab wa balighna syaaban wa balighna ramadhan..aminn"
"Ya allah..sampaikanlah kepada kami bulan rejab..syaaban dan ramadhan..aminn"
 Waallahu'alam.. (:

Saturday, March 31, 2012

jujur AKU DAYUS!

In the name of Allah..

SURAT UNTUK AWAK

Assalamualaikum..sahabat2 ku sekalian...macam mana nak mula ek.. tengk tajuk enrty ni pun.. nampak menyeramkan..... cuma..saya harap dua perkara je.. first...bace DOA kat sebelah ni..(ala..yg dalam sticky note tuh..huhuhu)...dan second..baca surat cinta ni..sampai habis... :)

Sahabat2 yang saya amat sayang sekalian... siapalah saya untuk menegur kalian semua.. serious.. saya DAYUS.. tidak pandai bermain dengan kata-kata...tidak berani menasihati kalian..mesti saya tahu itu salah...

Huh..kepada sahabat seperempuan ku..hehe.. saya nak cakap pasal aurat..

kat sini saya nak timbulkan beberapa situasi yang saya rasa agak menyedihkan..

harap kalian dapat cari makna tersirat di sebalik situasi2 ini..

siapalah kita nak hukum orang lain berdosa atas sanggul yang dipakainya andai diri kita masih berbaju ketat..


siapalah kita nak cakap "deyy baek tak payah pakai tudung macam tuh..nampak leher" andai diri ini tidak menutup aurat kaki dengan stokin.


siapalah kita nak cakap "baek terlanjang je..baju bapak ar jarang" andai diri ini masih menayangkan muka dengan niat untuk menggedik-gedik di facebook...


Astagfirullah..

jadi apa yang saya nak kata kat sini... sebelum tengok orang lain tak sempurna menutup aurat..sebelum mengatakan orang tuh berdosa kerana memakai sanggul tinggi2.. usha dulu diri kita nih... sempurna ke tidak cara kita menutup aurat? (double slap on my face too!)

Saya respect..sahabat2 yang tudung da ok da...labuh da..bawah dada da..tak jarang da.. tapi kadang2 tenampak pulak lengan bila terselak baju... nampak pulak kaki..yang tak dicover dengan stoking..

Kepada sahabat2 di tesmal..ingat lagi ta?? mse Irsyadudin...bg tazkirah..saya ingat lagi dia cakap.. " kaki perempuan tu aurat tau op? stokin kene la pakai.."

budak2 kelas 3irsyad..ingat tak..saya jawab ape mase tuh?? saya kata. " ala bukan nampak pun.. lain la kalau lelaki yang usha2 kaki kite.."

ternyata SAYA SALAH...tak kisah lelaki usha ke tak..yang penting sekarang nih..kita tutup aurat ke.. tak..?

Sahabat yang saya sayang kerana Allah... jom kita jadi solehah..jom tutup aurat...jom jadi bidadari indah di dunia serta di syurga insyaAllah....

Tengok dan amalkan audit inventori Pakaian Muslimah kat bawah ni.. jadual kat bawah ni..khas saya buatkan untuk sahabat2 saya..yang saya copy dari majalah SOLUSI..


Bil.
Kriteria
(/)
1.

Pakaian


Fabrik yang tidak terlalu nipis sehingga menampakkan baying tubuh dan warna kulit


Longgar dan tidak ketat


Menutup seluruh bahagian lengan sehingga pergelangan tangan


Kain atau seluar yang dipakai perlu labuh menutupi betis an buku lali


Menutup kaki (contohnya stokin)


Tidak menyerupai pakaian lelaki


TIdak menyerupai pakaian musyrik atau wanita kafir


Bukan pakaian yang mempamerkansyuhrah (sifat berbangga-bangga)

2.

Tudung


Menutup kesuluruhan kepala dan leher


Labuh menutup bahagian dada


Fabrik yang tidak terlalu nipis sehingga menampakkan rambut dan bentuk leher

3.

Perhiasan


Tidak bertabarruj sehingga menarik pandangan


Bersolek secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan


Tidak disemerbakkan dengan haruman yang melampau


Menggunakan alat perhiasan bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.



Saya tak kata sahabat sume kena pakai jubah dengan tudung labuh bagai...setiap masa.. saya pun tak pakai macam tu..biase2 aje..tapi kita tahu apa yang kita pakai tu mengikut syariat yang ditetapkan..

Saya mohon maaf sekali lagi andai ada yang tersinggung..dan saya phon beribu kemaafan dan penyesalan..andai saya tidak berterus terang dengan kalian semua.. saya tak andai bermain kata..hanya pandai menuturkan kata melalui penulisan..


jujur aku dayus....




"Wahai anak adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu beringat" (Surah al-A'raf 7:26)