Tuesday, April 24, 2012

Buat Makruh Tinggal Sunnat

Assalamualaikum :)

First sekali..jangan konfius dengan tajuk saya hari ni..tau tau.. It is reality nowadays.. seriously

........................................(what the ....)

Apa? Korang tak percaya?

Tengok contoh situasi di bawah: (comel kan doodle..hehe)



See! kenapa zaman sekarang orang sibuk mengamalkan yang makruh dan meninggalkan yang sunat?

Walhal pada zaman Rasulullah SAW..para sahabat sibuk melakukan yang sunat..ingin mengikut sunnah Rasulullah.. supaya lebih dekat dengan Rasulullah...supaya mendapat keredhaan Allah..

Iye..memang sesuatu perkara tuh sunat je..macam pakai kasut dengan kaki kanan dulu..memakai serban.. tapi... buat kan dapat PAHALA.. kalau tak buat tak dapat pape pun.. tapi kita hidup kat DUNIA nih nak carik BEKALAN untuk AKHIRAT.. buat yang sunat tu la.. mampu menampung kelemahan kita kepada yang wajib..

Dan kepada yang makruh pula..lebih elok kalau kita jauhkan..hindarkan..daripada buat.. memang tak haram lagi.. tapi Allah kan tak suka perkara yang haram..so..lebih baik kita cuba hindarkan..

Contoh perkara makruh..nak2 lagi ketika puasa is...gosok gigi selepas gelincir matahari.. kalau dalam solat pula macam Menahan-menahan keinginan membuang air besar..membuang "angin"..

So kesimpulnnya kat sini..kita belajar SUNAT untuk MENGAMALKANNYA dan kita tahu perkara MAKRUH untuk cuba MENJAUHINYA..

Sama-sama kita istighfar..duduk..fikir dan muhasabah balik..the way we live daily. :)



Saturday, April 21, 2012

Bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Bismillahirrahmanirrahi..

Syukur ke hadratnya kerana dengan limpah kurnianya.. ha haa.. dapat jugak bertemu dengan Ustaz Don.. alhamdulillah..best sangatt.. hari tuh time Karnival Al-Hijrah tak dapat jumpa..rupa-rupanya Allah nak bagi yang lagi baik..alhamdulillah..

Haa..macam mana boleh jumpa??

Kat tempat kerja ayah saya, Parlimen Malaysia (pleassee don't think about politic here..huhu) akan adakan ceramah agama sebulan sekali pada hari Jumaat..dan semalam 20 April = Jumaat ustaz yang dijemput adalah Ustaz Don Daniyal.. 

Jadinya saya pun pergila menyibuk pergi ofis ayah..semata untuk dengar ceramah ustaz..

(Eh, lydia kau masuk tempat tuh orang lain tak marah kau ke??)

Ish idak le..da biasa..orang2 lain pun da kenal saya da..tapi agak awkward la siket..


So apa tajuk yang disampaikan?

Umumnya tajuk dia pasal IBU BAPA..

Tapi biasala..termasuk macam2 bab lain..

Antara hadis yang dikongsikan ustaz..

Apabila matinya anak adam, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu, sedekah jariyah, ilmu  yang dimanfaatkan atau doa anak yang soleh.

Maknanya kat sini kita kena senantiasa berdoa kepada Allah supaya mengampunakan dosa kita dan dosa ibu bapa kita.. 

Seperti mana doa yang selalu kita baca.

"Ya allah ya tuhanku ampunkan dosa ku dan dosa kedua ibu bapa ku" 

Lagi beberapa kali ustaz pesan..hantar pahala banyak-banyak ke ibu bapa..hantar banyak2..

Pergila mengaji ilmu agama..kutip ilmu agama.. fakihkan diri kita..

Ada lagi perkongsian hadis yang ustaz berikan di sini..

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: 
Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. 
Lalu baginda menjawab: 
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya."


Itula serba sedikit ilmu yang mampu saya curahkan balik ke blog ta seberapa ni..hope dapat manfaatnya..



MooD: alhamdulillah hepi sangat!! baru juma ustaz Don..belum jumpe si Empunya Rusuk Kiri..hehe dan belum lagi jumpa Rasulullah SAW... allahuakbar...masyaAllah.. :D

Friday, April 20, 2012

1st Lucky Draw ANNISA SCARF by Nancy Anisa


"ANNISA SCARF,ialah label yang mementingkan kesopanan wanita sebagai seorang muslimah.ANNISA SCARF mengeluarkan custom-made shawls yang bersaiz besar agar dapat menutup aurat dengan sebaiknya jika digayakan dengan cara yang betul.Boleh ke page Big Shawl(Annisa Scarf) untuk memilih warna kesukaan anda.Buat masa ini,Annisa Scarf mempunyai 13 warna yang menarik untuk dipilih."

Jadinya Mangsa TAG saya adalah....dupdapdupdap



p/s:chor aku support kau!!



Wednesday, April 18, 2012

Selamat Hari Tua

Selamat Hari Tua..Selamat Hari Tua.. Selamat Hari Tua..wahai cik Lydia..

hehe..alhamdulillah..umur da meningkat..tak bawah umur da..tapi masih belum mengundi lagi..haha Who cares?hehe.. 18 years..by today..18 April at 12.55 pm..tengah hari kot lahir..aduhai..hihi

Thank you very much..terima kasih sangat2 to those yang wish..kat facebook especially..n kat phone.. thanks tau..kadang2 nak berterima kasih jugak kat Mark Zuckerberg yang cipta Facebook ni..sebab dengan adanya notification birthday..huhu.. ramai yang wish..

Seriously..selama ni..kan..duk asrama..mane la adanya nak bukak FB ni haa..so sekarang..ni la peluangnya nak membalas jasa2 anda semua yang wish..dengan like n comment kembali..hehe

But the most syukur alhamdulillah..and terima kasih..is.. Allah SWT..the Almighty..The Most Merciful.. who creates me..wh still lets me breath in in this world...who lets me to feel the nikmat of iman and islam in this world..alhamdulillah..

So hari ni..macam mane?? macam biase je..buat donno kan..orang gaji kat umah (yang jaga nenek actually) tak tahu pun my besday today..tetibe saya rajin nak masak dinner pulak malam ni..



Mesti korang tak dapat teka kan..saya masak ape..nampak sangat tak jadi..=,=' haha.. tapi best tau.. kari udang actually..kaler die semacam kuning..hehe..terletak lebih santan..

jangan salah anggap sebelum ni pernah masak macam2 benda lagi tau..hari ni je..pelik siket..tapi serious..best..(haha..angkat bakul ke muka sendiri..(:)

N most thank you n pleasure to my father n brothe coz choosing me and buying me a great secret recipe cake..best! (Bajet nak cake yang gempak macam CAKE BOSS punye..hehe) 




Pape pun..alhamdulillah..for this increasing age..(but my height?? still maintaining.. da terbantut..kooot...hihi)

Semakin bertambahnya umur..
semakin dekatnya kita ada tarikh2 saat kematian kita..kita tak tahu kan? 

Dengan bertambahnya umur..
Muhasabahlah diri kita...

Semakin bertambahlah sujud kita padanya..
Memohon keampunan daripadaNya..
atas segala kekhilafan sebelum ini..

Semoga dengan semakin meningkatnya nombor pada umur kita..
semakin kita Dekat denganNya..
Menghrapkan kerahmatan dan keberkatanNya..

Insyaallah i would be a better caliph of Allah..Ibadullah..Daie' ilaAllah..
Insyallah..a better Muslimah..
a better daughter..
a better friend
a better zaujah for my unknown imam..one day


Tuesday, April 17, 2012

Obses yang Obses

Assalamualaikum semua!

Haa...sekarang ni da ada satu fenomena OBSES yang MELAMPAU!

Jom2 tengok carta OBSES yang saya reka sendiri..hehe

Tempat Pertama dimenangi oleh....(bunyi dram nak umum pemenang..hehe)


SOCIAL NETWORWKING!!

Haa apaKAH?

Semua rangkaian sosial la kan..contohnye.. Facebook..Twitter..Blogger... Formspring n semua yang seangkatan dengannya..

Memang tak sah kalau zaman sekaraang ni..tak sebut pasal FB,, TWEET..n those bagai...

Tak Salah kalau anda semua menggunakannya.. yang menjadi masalahnya bile da terlalu obses sangat mengadap lappy sepanjang masa..sampaikan anak2 isteri terbiar..apa celop???(haa..kan da keluar bahasa karutmarut..huhu)

Yang lagi parahnya kalau azan da berkumandang..tak nak gerak gerak daripada ngadap ke lappy tu.. boleh je..gi solat dulu kan..?? facebook tuh tak lari ke mana..kat situ jugak..yang lari daripada kita is masa..

Mana kita tau..maybe..tengah2 sibuk ber"FB" malaikat maut datang menjemput..dalam keadaan kita masih tak menunaikan solat...ditambah pula masa tuh tengah bergossip-gossip keburukan orang lain..
Naudzubillahi min zalik..

seberapa banyak kita menghadap alquran berbanding faebook??(renung2kan)

Carta yang-ke 2 diduduki oleh HIBURAN..

Haa..apa lagi yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang ni.. kalau bukan K-Pop..Suka sangat duk tengok lelaki yang menari-nari...tengok perempuan berjoget-joget..Astaghfirullah

Memang undeniable ar..mamat korea and gadis-gadis korea comey-comey...hensem-hensem.. Baby face bagai..

Tapi yang paling baik adalah kitaa menundukkan pandangan kita..tunduk sahabat2.. tunduk tidak bermaksud menjatuhkan wajah ke lantai semata.. tapi hati juga...tundukkan hati supaya menundukkan nafsu. Membiarkan Iman yang men" conquer " diri kita ni tau.

Tak salah nak dengar lagu-lagu tu semua tapi jangan sampai melalaikan..JANGAN jadi LAGHA.. 

Ni kadang-kadang yang terlampau dan melampau fanatiknya..meletakkan gambar2 artis2 jadi DP kat FB.. letak gambar yang tak menutup aurat..kalau minat tu...relaks suda..tak yah la kecoh sangat.. Kadang-kadang..hari-hari duk post kat wall pasal artis yang dia minat..menyanjung tinggi mereka-mereka ni...aduhai..

Baiklah post benda yang berfaedah siket..dapatla jugak manfaatnya..kepada diri kita sendiri dan orang yang membacanya..

Lagi...cuba bayangkan...ABPBH..mencapai almost 7million yang tonton... kan..? tapi berapa ramai pula yang menonton Anugerah Nasyid.com?

Tak ramai yang menonton..sangat menyedihkan..walhal...program macam ni la yang lagi mendekatkan kita pada si Dia..

Memang dan memang.. Saya pun dengar je lagu-lagu selain nasyid..macam Yuna..6ixthsense.. tapi pandai-pandaila jaga diri supaya tak terlampau OBSES sampai lagha..menjauhkan diri kita daripada yang MAHA ESA..ingatla kita hidup ni...bukan nak melupakan Allah yang Maha Menciptakan tetapi......

Mengingati ALLAH yang Maha Penyayang.


Yang ke-3..BOLA..

Waaa...sebut bola..semua boys "especially" minat gile...sangat..!

Sanggup pergi stadium awal..semata-mata tak nak jammed..nak tengok bola.."kononnya". tapi da alang-alang pergi awal tu..solat isyak dulu beb...kang kalau team yang kita sokong tuh menang... daaa terus lupa nak solat...hehe

Lagi kes kalau tengok bola ni kan..nak sokong tak kisah.. ape yang lagu Harimau Malaya tuh..? 

"Selamanya...selamanya..selamanya Harimau Malaya..elelelelele"  

heheehe :DDD

Bagus..semangat membara nak sokong...hebat!

Tapi yang menjadi masalahnye..apabila team bola tu buat salah ke..pengadil tak adil ke.. terus di lemparnya sampah-sampah..botol air..aduhai...mana mentality kita sebagai manusia?? 

Pernah tak terfikir yang kita tengah main kat padang tuh..kene baling botol air..mesti la marah kan.. so jangan buat macam tuh..relak da la...sedih da la..tak payah nak luah perasaan sampai buang sampah kat stadium.. tak de adab tu namanya..

Yang susah bukannya si pemain or si pengadil je.. tapi si pencuci..penjaga kawasan stadium tu..diorang jugak yang kene bersihkan..cuba kita fikir jauh..kalaulah mak kita yang jadi tukang kutip sampah-sampah yang berlambak tu...tak kesian ke?? 

kesian..kann?? jadi jangan buat macam tu ye...

Tengok la EPL ke..perlawanan bola eropah..ada diorang buat macam tu? tak de kan? padahal kualiti permainan diorang lagi baik..biar ada pasukan yang kalah sekalipun.. takkan nye penonton nak buat kerja-kerja tak berfaedah macamtu..
jangan biarkan hati gersang..kering kontang..basahilah dengan SUJUD padaNYA...

Last but not least is POLITIK..

memang dalam carta ini ialah adalah obses yang last..tai dengan keOBSESan ni la..mungkin boleh menyebabkan rakyat berpecah belah..negara hancur...

Meskipun umur saya memang tak cukup umur nak mengundi bagai...dan saya rasa kalau da cukup umur pun..istikharah dulu..baca doa bebanyak..suaya dapat pangkah yang betul..

Kala tengok situasi sekarang ni...heboh dengan PRU.. yang sebelah sini sibuk duk bagi macam2.. yang sebelah sini sibuk duk mempertikaikan.. mana satu yang betul??? saya pun tak tahu.. 

Setiap orang ada kelemahan dan setiap orang ada kelebihan..

Ntah..malas nak cerita panjang2..sebab saya pun berada di dalam dilema.. sebelah kanan cakap macam ni..sebelah kiri cakap macam ni..pening2..

( We are not so old to talk about choosing our leaders (: )

 


Kesimpulannya kat sini...apa jua yang kita lakukan sekalipun..bersederhanalah... tak perlu pun terlampau obses..fanatik..sangat...jangan over...

Hatta ketika ber"shopping" sekalipun..sabar2kanla diri anda..jangan jadi "shopaholic" sangat k..

Jangan melebihi limit dan batas-batas kita sebagai seorang muslim..dan insyaAllah..sebagai seorang mukmin..


"Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu" Al-Furqan:67

Sunday, April 08, 2012

Serikandi itu...SURI HATI ku

Bergetar jiwaku. Senyuman itu. Mata itu. Rindunya aku padanya. Apakah dia tenang di sana? Muslim! kau jangan pertikaikannya lagi.

"Muslim"

Senyap.

"Encik Muslim, ni fail yang awak pinta tadi." Aku terpana seketika.

" Hai, mengelamun jauh nampak! Kau ok ke? Aku tengok dari tadi artikela kau ni kat situ jugak. Ayat yang sama aje. Jangan lupa kau kene hantar artikel ni lusa tau."

Aku mengambil fail bertanda merah di hujungnya dengan tajuk "Bumi Anbiya'.

"Terima kasih. Kau jangan risau la. Aku kan pro bab-bab tulis laju ni. I'm the Malaysian Speedest Writer tau." 

Kawan rapat ku itu hanya mampu tersenyum. Aku tahu dia kasihankan aku, daripada matanya sahaja aku mampu baca fikirannya.

Aku kembali melihat pada gambar itu. Sejuta kenangan terukir dengan melihat gambarku dan suri hatiku, di Masjid Sultan Sulaiman. Aqilah. Nama yang ringkas tai cukup bermakna. Lagu yang sedang bermain merdu di Media Player komputerku ini sugguh "masuk" dengan jiwaku tika ini. Lagu Kiri oleh Gat Dem.

"Dan kaulah insan yang ku cinta selamanya, suri hatiku ini. Kau pelengkap rusuk kiriku yang ku cari. Ingin ku bersama mu selalu. Memenuhi ruang hidupku."

Ya Allah. Keluh ku halus. Hanya Dia sahaja yang mengetahui rinduku pada Aqilah.

***

" Abang bolehkan kalau Qila jadi 'nurse' kat situ?" Ujar Aqilah lembut, merayu meminta izinku untuk menjadi sukarelawan di bumi yang sedang bergolak itu.

Apa jawapanku?

Sudah pastinya aku menghalang. Aku amat sayangkannya. Meski mahligai yang dibina selama 3 tahun ini masih belum dikurniakan cahaya mata. Aku bahagia kerana agama dan cinta yang ada padanya dirinya. Namun, dalam perbinangan itu, aku mengalah. Tangannya lembut mengusa-usap tanganku. Berkali-kali mencium tanganku, mengharapkan keredhaanku. Tutur katanya yang halus itulah yang membuatkan aku membenarkannya ke sana.

"Abang, abang jangan risau ye. Kat sana Qila ok je. Hari-hari Qila telefon abang ye. Meski Qila jadi korban zionis sekalipun, kita semua kena redha. Izinkan Qila jumpa abang di syurga ye."

***

Sepanjang perjalanan menghantar Aqilah ke KLIA, aku membisu membatu. Bukannya marah, bukannya ksal, bukannya terkilan akan keputusanku, cuma sedih, tidak sanggup membayangkan apa yang bakal berlaku pada isteriku kelak. Aku sayangkan dia, Ya Allah.

"Abang, kenapa senyap je ni? Nanti Qila rindu suara abang. Cakapla 'I love you' ke, 'Jangan mengorat doktor-doktor lain ke'. Ni senyap je," ujar Aqilah memecahkan kesunyian dalam ruang kereta itu.

Aku berpaling melihat wajah bujur sireh yang ayu itu. Meski mulutnya sedikit mencebik, merajuk barangkali, namun daripada pandangan matanya, aku dapat melihat satu kesayuan yang sukar ditelannya.

"Sayang,, aku pun turut berasa begitu" hati kecilku berbisik.

"Alah, kalau Qila cari doktor lain pun, abang boleh je nak 'usha' editor kat pejabat abang tau". Ketawa kecil keluar dari mulutnya.


Setibanya di KLIA, aku melihat sekumpulan Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia, MERCY Malaysia dan rakan-rakanku dari media cetak dan media massa. Kesemuanya memegang amanah yang satu, melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Debaran jantungku daripada tadi tidak berhenti berkocak. Mahu tercabut keluar sahaja rasanya. Aku gagahkan diri, melangkah ke arah kelompok itu. Sahaja aku membiarkan Aqilah menguruskan segala urusan pendaftaran di kaunter. Kebanyakan rakan media menyapaku mesra. Almaklumlah namaku sebagai penulis ada di mana-mana sahaja. Berita terkini dan terhangat semuanya ditulis dengan namaku, MUSLIM AZMAN. Bukan ingin membangga, tetapi membuatkan aku lebih merendah diri. Takut tersalah fakta. Takut amanah yang diberikan Allah terabai begitu sahaja.

Aku menghampiri seorang lelaki berdada bidang dan kulit wajahnya hitam manis dengan sejemput janggut di dagunya.

"Dr. Nazmi kan?"

"Ya, saya. Oh, jadi inilah Muslim Azman, suami si Aqilah kan? Penulis tersohor. Tampan pula."

Tersenyum aku sendirian dengan pujian sebegitu.

"MasyaAllah. Doktor, saya serahkan isteri saya pada doktor. Harap doktor boleh tengok-tengokkan dia kat sana nanti. Semoga Allah melindungi kalian semua."

"InsyaAllah Encik Muslim. Jangan risau. Allah bersama-sama kita. Moga-moga usaha murni kita semua dirahmati-Nya jua."

Sebelum sekumpulan misi kemanusiaan itu menaiki pesawat, Tuan Haji Muiz Hanafi selaku ketua pasukan, memabcakan doa-doa ikhlas, mengharapkan keberkatan dari Ilahi, Maha Pencipta Sekalian Alam. Usai doa diaminkan, aku menarik lembut lengan isteriku, membawanya ke tempat yang lebih jauh daripada kumpulan itu. Tidak  tahu mengapa berat benar rasa hati ini melepaskannya pergi. Hatiku tidak keruan.

"Sayang, jaga diri ye. Hari-hari call abang tau. 'Text' ke. As long as I know what's going on you, ok? Banyakkan solat. Doa selalu kat Allah supaya dipermudahkan segala urusan, ye."

Laju dia mengaggukkan kepalanya sambil memberikan senyuman kelat. Matanya ku lihat berkaca, seperti satu ketika nanti akan berderai tangisnya. Aku terpaksa menguatkan diri ku, meski hatiku ini merintih menangis kepiluan.

"Abang, halalkan makan minum Qila ye. Ampunkan dosa-dosa Qila selama ni. Qila tak jadi isteri yang solehah buat abang, tak dapat memberikan zuriat buat abang."

"Tak Qila. Jangan. Jangan cakap macam tu. Qila isteri solehah. Alhamdulillah abang punyai Qila sebagai isteri abang."

Air mata isteri ku laju menuruni pipinya, tersekat-sekat nafasnya menahan tangisan. Lantas, dia mencium kedua-dua tanganku, tanda rasa hormatnya, rasa sayangnya. Air matanya membasahi tanganku. Aku menyeka air matanya lalu membalasnya dengan kucupan hangat di dahinya. Sukar sekali bagiku melepaskannya. Tatkala beberapa ketika selepas itu, dia hilang daripada pandanganku, memasuki badan pesawat bersama gerombolan peuang kemanusiaan yang lain.

Hampir setiap hari dia kan uba menghubungi aku, meniturkan aksara kata yang membuatkan aku lega dan tenang. Sekiranya tidak menelefon, pasti dia akan mengirimkan aku SMS. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mereka memasuki Bumi Anbiya' itu melalui sempadan Mesir. Syukur kehadrat-Nya yang senantiasa mempermudahkan segala urusan.

Pernah juga suatu ketika Aqilah berbicara perihal Aishah,seorang kanak-kanak yang patah tangan kanannya akibat terjatuh ketika melarikan diri daripada kekejaman zionis. Sempat juga isteriku mengirimkan gambar Aishah melalui MMS. Katanya Aishah petah berkata-kata. Meski baru berumur 7 tahun, dia turut menawarkan pertolongan kepada sukarelawn di situ untuk menenangkan anak-anak kecil yang lain, yang mengerang, menangis kesakitan. Ketabahan Ashah unuk meneruskan hidup walau  ahli keluarganya yang lain telah syahid, memberi kekuatan dalaman buat Aqilah sepanjang berada di sana, mencurahkan khidmat, setelus jiwa, seluas niat kerana Allah, Yang Maha Penyayang.

Pagi Khamis yang cukup harmoni itu, aku menerima anggilan daripada suri hatiku.

"Abang, insyAllah lusa kami akan pulang. Sekarang tengah siap-siap kemaskan barang. Alhamdulillah. Abang jaga diri tau. Tunggu Qila pulang ye." Ceria sekali suara isteriku itu.

Hatiku berbunga riang, semekar bunga-bunga di Cameron Highlands. Iyalah, mana tidaknya, hampir 2 minggu berjauhan. Hampir setiap hari hatiku gundah-gulana, disaluti rasa takut akan kehilangannya. Kini, dia akan pulang. InsyaAllah dengan selamat.

***

"Awak yakin awak nak tulis pasal ni?"

"Ya, saya yakin puan."

"Saya tak nak bebankan awak dengan cerita sebegini. Kalau tidak mampu tidak mengapa. Saya akan suruh Hakimi yang tulis."

"Tidak mengapa puan. Saya boleh. Perihal peribadi dan kerja perlu saya asingkan."

"Baiklah, kalau itu kata awak. Saya bagi awak lebih masa. Satu minggu untuk siapkan artikel ni. Boleh?"

"InsyaAllah, boleh puan. Terima kasih."

Keputusan yang aku buat begitu perit. Menulis perihal kematian isteriku sendiri. Siapa sanggup? Aku masih ingat ketika jenazahnya tiba di rumah mertuaku, dapat ku rasakan harum mewangi baunya. Bau-bau syurga kerana syahidnya seorang seri kandi di Bumi Palestin. Satu garis senyuman dapat kulihat di wajahnya menandakan ketenangan yang diperolehnya. Aku gembira kerana syahid yang diperolehinya. Aku redha peluru sesat itu terkena tepat pada kepala isteriku. Aku tahu peluru itu, Allah yang hantar, agar Qila terus dihantar ke syurga Firdausi-Nya. 

Hilangnya dia dari dunia ini bukan untuk diratapi setegarnya, bukan untuk menyalahkan diri, bukan untuk memaki hamun Maha Pencipta dan Maha Mematikan tetapi menambahkan lagi rasa syukurku, rasa tawadukku, rasa perhambaanku pada Mu, Ya Allah.

Aku kembali ke komputer, lagu Muhasabah Cinta oleh EdCoustic membuatkan aku bertambah pilu. 

"Tuhan, kuatkan aku. Lindungi ku dari putus asa,"

Aku menyeka butir-butir air mataku, mengagahkan tangan, menekan huruf-huruf di papan kekunci komputer, menghabiskan bait-bait terakhir artikel ku.

"Perginya seri kandi itu, kerana rasa cintanya pada Tuhan Yang Maha Satu, memberikan seribu erti kepada kita untuk terus kuat, terus teguh hidup di dunia ini dengan berpaksikan iman yang sebenar. Biarlah kehilangan pangkat, harta an darjat di dunia kerana darjat di sisi Allah SWT lebih penting, lebih mulia, lebih berharga. Semoga kita sentiasa di bawah naunganNya, dalam memperjuangkan agama Islam, agama yang sebenarnya. Buat semua pejuang, penegak agama kita, Islam. Sekalung Al-Fatihah kita hadiahkan."



Tagged: Kiri- Gat Dem , Muhasabah Cinta- EdCoustic 

Thursday, April 05, 2012

Segmen Blogwalking & Tambah Followers Oleh Lisa




lydia da tade kerja da...haha...sori la join segmen je..huhuhu...

kali ni.daripada si LISA yang AYU..bukan ..LISA SURIHANI tau..

just cik Lisa..saya suka ayat nih

Awak - awak yang join sini, confirm Lisa follow blog awak. Like kelab kipas awak. Like post entry awak. Dan Lisa tekan DONATE untuk awak sekali. *kalau ada donate lah :)

hehe..so..join doe.. "expired" date is 18 MEI..hee~



Segmen 4 : Meningkat Readers dan Followers Di Blog Anda ~



Hari nih agak takde kerje..nak buat..penat sangatt nerjalan-jalan semalam.. so nak join segmen ..huhuhu..

so bloggers join this segmen

n follow my blog..hehe..


TARIKH TUTUP segmen nih: 9 April..




MooD: kenape 9 april bnyk benda penting???scholar MARA n JPA bukak..tarikh ttup sgmen ni.. cerita bestt kat TV..haha... 

Tuesday, April 03, 2012

CERPEN: H1N1..?!

Pagi itu angin berhembus lembut, selembut kain yang mengggunakan softlan..hehe. Tapi hati ku ini bagaikan tidak mampu untuk menerima kelambutan bayu itu. Aku teringat teguran rakan sekelasku semalam, "Hana, kenapa awak baik sangat nk tolong Nora tuh? Nak buat baik pun berpada-padalah. Jangan sampaikan awak pulak yang terjangkit H1N1 tuh. Tak tertolong pulak awak nanti." kata-kata Syu begitu pedas hinggap di telingaku.


Iya aku sedar akan bahaya virus itu. Tapi aku ada tanggungjawab, bukan sekadar ketua kelas semata-mata tapi juga sebagai rakan. Meskipun aku tidaklah selalu ke Kafe Kak Dah bersama-sama dengannya, berjalan berkepit seperti belangkas dengannya, tidur bersama tatkala waktu hujung miggu, namun aku sebagai rakan, kawan. Kawan itu ada tidak kira semasa saat bahagia tetapi juga tatkakla taufan Katrina melanda.


Aku melihat jam Ice di tanganku. 8.15am. Aku menyegerakan langkahku untuk ke bilik sakit. Dari jauh ku kedengaran suara batuk daripada manusia yang berada di dalam bilik itu. Perit sekali bunyinya. Lantas, aku memakai penutup mulut yang telah dibekalkan. Huh, seperti doktor bedah pulak! Aku menyelak pintu bilik sakit tersebut dan melihat Nora masih lagi tidur. Pucat mukanya. Aku mengejutnya lembut sambil mengusap-usap rambut perang semulajadinya itu. "Nora, jom siap-siap. Kita nak pegi jumpa Ustaz Shakimi ni," Sekeliling aku melihat ada dua orang lagi pelajar yang turut ingin ke hospital.


"Hana, awak tak payah ikut. Baik awak siap-siap kemaskan barang awak. Nanti saya dan Ustazah Che' Maisarah yang akan hantar mereka pulang ke rumah," Meskipun aku sedikit lega akan kata-kata Ustaz Shakimi, namun aku amat risau akan keadaan Nora. Suhu badannya amat panas, hampir 40 darjah Celsius. Aku tetap akur akan arahan Ustaz dan segera pulang ke aspuri. Tidak banyak pakaian yang aku perlu kemaskan. Hanya buku-buku PMR yang memenuhi ruang beg galasku. Almaklumlah, selepas cuti pertengahan penggal bercampur pula dengan cuti kerana H1N1 ni, peperiksaan percubaan bakal dilaksanakan. Walhal, ia sepatutnya telah bermula minggu ini, namun, terpaksa ditangguhkan.


Kawasan asrama semakin lengang. Hanya bunyi burung-burung yang berkicauan indah kedengaran. Aku dan beberapa rakan ku yang lain, Aishah, Aqilah, Fathihah dan Shabar bergegas ke stesen bas untuk menadapatakan tiket. Kebanyakan manusia di sini rata-ratanya memakai penutup hidung dan mulut. Berita-berita di media massa mahupun di media cetak kesemuanya menceritakan tentang virus ini. Seram sejuk aku dibuatnya. Bulu-bulu roma di tangan juga mula menunjukkan ketakutannya.


Setelah dua minggu bercuti, aku dan pelajar-pelajar lain mula memenuhi asrama semula. Namun. aku berasa hairan apabila aku tidak melihat sedikit pun kelibat Nora pada prep malam itu. "Nora belum sembuh lagi ke? Dia disyaki je kan. Bukannya memang terjangkit H1N1 pun kan.??" aku mula bertanyakan pada rakan baiknya, Wan dan Athirah. Menghampakan. Kedua-duanya menunjukkan reaksi muka yang berkerut sambil menjongkitkan bahu mereka. "Aduhai Nora awak tahu kan Peperiksaan Percubaan akan bermula Selasa ini??" Rintih hatiku.


Usai perhimpunan aku segera ke pejabat untuk menulis kedatangan pelajar. 17/18. Tidak hadir (1). Sebab (-). Haih risau aku dibuatnya. Puan Roslina selaku guru kelas juga tidak tahu ke mana Nora menghilang. Aku ada juga mendail nombornya di I-Talk, tapi yang kedengaran hanyalah suara wanita yang mengatakan perkara yang sama. " Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Terima Kasih."


Hari ini peperiksaan percubaan bermula. Aku dan sahabat-sahabatku yang lain memandang sepi meja Nora. Dalam sudut hati kami, mendoakan agar Nora sentiasa dalam kesihatan yang terbaik. Sebaik sahaja Puan Mastura ingin megedarkan kertas soalan Bahasa Melayu kepada kami, pintu kelas diketuk oleh seorang Mak Cik yang berusia lingkungan 40-an. "Eh, tu mak Nora! Nora mana?" Mardiah tiba-tiba berkata. Ira pula mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Mardiah. Puan Mastura keluar sebentar untuk bertemu wanita itu. Puan Mastura tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Wajah kami berubah ceria apabila melihat kelibat Nora memasuki kelas. Wajahnya tampak ceria tidak seperti ketika dia sakit dahulu.


Setelah tamat peperiksaan, kami meluru ke arah Nora. Semua bertanyakan hal yang sama. "Kenapa tak datang sekolah?". Muka Nora tenang sahaja. Setenang air di laut tanpa Tsunami. Pasti dia dah mengagak rakan-rakannya akan mempersoalkan ketidakhadirannya. Pantas dia menjawab, "Oh! Saya pergi berubat di kampung. Kat situ susah dapat 'line' telefon. Telefon bimbit saya masuk sungai pula. Jadinya, susah la saya nak berhubung. Hehe." Aduhai Nora, boleh pula melawak kat sini. Kami kemudiannya meneruskan peperiksaan kami dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa gusar lagi.


Sebelum aku dan rakan-rakanku pamit ke asrama, Nora memanggil ku. "Hana, terima kasih ye sebab selalu temankan saya. Orang lain semua takut nak dekat dengan saya. Sehingga akhir hayat awak akan tetap kawan saya." Aku tidak tahu mahu berkata apa. Hanya senyuman ikhlas dari hati yang mampu aku berikan. Benarlah kata-kata, "sebuah ukhwah yang mantap dan ikhlas mampu memecahkan berlian yang termahal di dunia."