Friday, January 27, 2012

Saya Rindu Kolej Islam Sultan Alam Shah

Assalamualaikum wbt

Setinggi-tinggi kesykuran kita panjatkan kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi dapat hidup pada hari ni, bernafas, memandang skrin.. memabaca blog yang tak sehebat orang lain.. Selawat serta salam ke atas junjungan Rasulullah SAW kerana dengan jerih payah baginda.. kita masih lagi dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman...dan nikmat.. Islam.. Alhamdulillah..

kenapa..dan kenapa saya menulis skema pembukaan ayt seperti di atas..?

kerana dan kerana saya dah tak tahan..saya RINDU sangat pada Kolej Islam Sultan Alam Shah.

apa yang saya rindu sangat...??

The 5 unique things!
Tarbiyah
Biah Solehah
Teachers 
Friends 
Ukhwah 
Tapi sebelum tuh..

sebelum saya mengimbau kenangan saya dan sahabat2 di kolej islam..

suka saya mengimbau kenangan di KLANG..(yeah bandar diraja n mayb bandar yang dianggap bandar gagak :DD)

kenangan outing ngan kawan2.. outing di MYDIN.. outing di THE STORE...
mungkin ada yang melencong ke JJ. eheh

bercampul aduk dalam bas bersama those indians..those jawaians..huhu
berhimpit2...duish2..
jalan laju2 atas jejantas untuk mendapakan tempat dalam bas..
kalu tak sempat..jawabnya jalan kaki lee..
kalu banyak duit sket..naik teksi..takpun call uncle cina yang baik hati uh..hehe

cukup2 dengan outing..
sekarang Masjid Sultan Sulaiman.(yeah!masjid depan sekolah tuh!yang dulunya adalah gereja..)



seriously..saya rindu.. saya rindu dengan
"ya arhamarrahimiinn...."
tuh mengingatkan saya pagi2 untuk cepat ke musolla..supaya sempat tahajjud..(xberniat nak menunjuk2..btol!)

dengan zikir2 kat masjid tuh la jugak kita boleh timing masa untuk ke musolla supaya tak kena JAKSA..huhu (BADAR jangan marah na!)

dan dengan pengumuman..

"Dukacita dimaklumkan..si fulan bin si fulan telah kembali ke rahmatullah pada waktu sekian2.. oleh itu marilah sama2 kita menyedekahkan al-fatihah kepada arwah supaya arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman..Al-fatihah"
setiap kali pengumuman tersebut dibuat..pasti rasa sebak..rasa insaf dalam diri.. bila pulak waktu kita akan berakhir agak2nya.. T.T

seterusnya kolej ini..kolej yang melakarkan banyak duka, gembira..pahit manis..saya..sepanjang hampir 2 tahun saya berada di sini (stayers?? tengokla..hehe)

SAYA RINDU

dewan al- muttaqin wal muthaqaffin

tempat amik SPM.. tempat berorientasi.. tempat ber"HANAN".. tempat ber "taarannum".. tempat ber "forum" ... tempat ber"assembly smbil buang kasut".. =)

semuala!! tak terjangkau.. banyaknya pengalaman di sini..

SAYA RINDU


dewan ulul albab






tempat kelas tambhan yang berjam2.. tempat menonton "3Idiots".. tempat mendapat berita "muslimin nazak"..
tempat ber "kuliah jumaat"

sahabat2 masih ingatkah kita??

sahabat2
SAYA RINDU

musolla al-muqarrabiin





tempat menimba ilmu akhirat.. tempat untuk dibersihkan setip minggu.. tempat mengembangkan potensi diri.. tempat ber "ihya' ramadhan" .. tempat ber"liqa' batch".. tempat menulis tazkirah dalam buku tazkirah... tempat mendekatkan diri pada allah..

seriously!
saya rindu tiang kuning yang selalu saya solat kat situ..
sahabat2 macam mana?? bawah air-cond? tepi kanan musolla?? belakang musolla..??

oke2 yang nih tatau nak kata rindu ke tak.. boleh la.. rindu jugak.. hehhe

Dewan Makan aka DM

tempat mendengar berbagai announcement sama ada melalui speaker bilik kp atau tak (majaz..hehe).. tempat ber "al-maathurat".. tempat ber" makan beradam" tempat "jamuan batch!" huhu




sterusnya..court!

court..hum.. tempat berlatih hoki.. tempat ber"usrah".. tempat mengeluarkan semua idea2 bernas.. tempat ber"wefti", ber"T-Tarbiyah"..hukhuk



apalagi???

announcement!!!

ala lydia! dulu kat sekolah menyumpah2 tak suka announcement hahah..

"perhatian kepada semua warga aspuri anada dijemput untuk mengambil makan malam anda sekarang juga.. menu pada hari ini ialah..nasi ayam.."
"subhanallah..perhatian kepada semua warga aspuri.. marilah sama2 kita membaca doa sebelum tido...selamat malam diucapkan kepada semua warga aspuri"
"ila ukhti si fulanah bt si fulan.. indakiy dhuyuff"
"perhatian kepada semua warga aspuri..anda ada 1 min lagi untuk meninggalkan kawasan asrama.." 

hehe jangan marah naa para KP sekalian...

sememangnya SAYA RINDU.. kolej islam.. T.T

kerana anda..shabat2ku..seramai 306 orang pelajar batch 56..batch al-fateh!
kerana ukhwah yang telah anda semua tunjukkan kepada saya..
kerana nasihat yang telah anda semua lontarkan kepada saya
kepada gelak ketawa yang dirai bersama
segala tangisan yang disapu bersama


segala usaha yang diaraih bersama
bukan setakat dunia untuk menggapai 11A+ SPM, BATCH NO 1 MALAYSIA
tetapi juga untuk akhirat bagi menggapai syurga ilahi..






terima kasih..sahabat2 adik2 guru2 yang banyak mengajar saya
mengajar saya untuk menjadi yang lebih baik
untuk membentuk sahsiah2 terpuji..


terima kasih kerana sudi menegur diri ini
terima kasih sebab selalu kejutkan saya dlam kelas
terima kasih kerana kejutkan saya semasa al-mulk
terima kasih sebab jadi sahabat saya..insyaAllah..ukhwah fillah abadan abada.. :)


sya memohon beribu kemaafan daripada hujung akar umbi rambut hingga ke hujung jari ibu kaki
maaf kerana melukai hati anda semua
maaf kerana terkasar perbuatan dan tutur bicara
maaf kerana saya tak menjadi sahabat yang baik
maaf kerana saya terlalu ego 
maaf kerana menyusahkan ramai orang
maaf atas semuanya..


halalkan ilmu anda semua
halalkan makanan dan minuman anda semua
halalkan setiap detik kita bersama


"allahumma salim tarbiyatan bil ardina mauqufah wa salim biatan solihatan huna.."


tagged: 403 503 F21 F01 KHALID MMU PERKISAS BUMI WAQAFAN
              (maaf kalau ada yang salah sebab dah nyanyok!hehe)

credits to : semua pics yg saya ambil di FB.. :DD

3 comments:

Aqilah Ahmad said...

rindu jugak!!

nancy anisa said...

lydiaaa..ya allah,semua kau ckp nih..mmg rinduu gler psl kisas..hurmmm

Fatrah Wahida said...

Mmmm.. Jangankan adik2 yang baru keluar KISAS setahun dua.. Akak yang dah 16 tahun tinggalkan KISAS juga teramat rindukan KISAS. Masih sebak dan mengalir lagi air mata bila terjumpa dan nyanyikan lagu tema KISAS...