Tuesday, November 06, 2012

Hey hey si Cinta datang lagii

Assalam semua..

huh..bergetaarr rasa hati ni.. rasa macam nak luruh.. one word

APAKAH????

ok fine..Lydia jatuh cinta lagi..na na na na na..

stop it!

it wasn't laa..

ok apa yang kau "apakah" sangat lydiaa??

It was a story from my beloved friend.. ok ni bukan nak pecah rahsia ke apa..n ini bukan rahsia poon.. cammna nak cerita..

ex to my best friend chat di fb kepada my best friend yg lagi sorang.. n then he that boy asked..

"single ke da berpunya?"
apa nak jadi..? (dalam kepala lagu old school..apa nak jadi..apa nak jadi..smpai skrg tak kawen lagi...alala)
ok cukup.

apa nak jadi zaman sekarang ni.. tak cukup lagi ke nak kapel..? tak serik2 lagi ke...tolongla..jangan rosakkan sahabat2 aku..

ok fine lydia kau cakap macam kau baik sangat..macam malaikat..

astaghfirullah.. sape la saya nak sedarkan semua..who knows me.. she knows my past..

and pada saat ini.. saya teringat satu post kat group fb CFS..

"A man needs a woman who has good past and a woman needs a man who has good future."
yes! itu benar sekali..tepat..tapi ada kalanya..kita buat salah..dan kita da tak nak buat da..da tau pangkal jalan..so..tak boleh nak menghukum seseorang especially women based on their past..isn't it?



Dan pada ketika ini..kita tau sebenarnya kenapa mereka mereka ini..nak sangat meletakkan status "engaged"  walhal..tidak minta izin pada parents..pada the One who is up there..

kenapa mereka mahu sangat berpunya..dalam istilah lain "kapel"...bercintan-cintan..dalam hubungan yang tidak sah..

Mereka ini sebenarnya..dan sebenarnya kekurangan kasih sayang...aduhai..rasa ingin dihargai oleh orang lain..padahal..

KITA ni tak sedar akan kewujudan cinta.. akan Chemistry yang ada pada kita dengan si Pencipta..Allahuakbar.. kita ni lebih dan LEBIH dihargai oleh Allah tu..sayang kita sangatt.. sangatt.. tapi kita je yang tak sedar dan mungkin sedar tapi kita buat tak indah ignore kan je...

(SURAH AL-ANFAL : 2) 
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah  mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
 
Kita cuba muhasabah balik.. fikir balik.. kita jadi gementar..gemuruh.. kerana msg..sms yg dihantar si dia...si lelaki itu..si gadis itu..

Adakah kita berasa macam tu jugak pabila kita mendengar bacaan al-quran..membacanya...menghayatinya..?

Saya tak sururh anda semua bagi tahu saya.. tapi jawab..dalam hati.. saya juga..sedang ketika ini.. Muhasabah.

Apakah kita pabila bersama-sama dengannya si tampan itu..si ayu itu.. kita rasa bahagia..macam Dunia ini Ana yang punya.. macam apabila makan goreng pisang panas dengan air Teh di waktu petang di kala hujan lebat yang mendinginkan.. seindah itu kah? seselesa itu kah?

Meski selesa meski bahagia sekali pun.. LAYAKKAH kita pada yang tidak halal itu? sedangkan udara yang kita hirup ni pun...oksigen ni pun..Badan kita ni pun.. Allah yang punya.. kita ni hamba Dia.. hamba Allah.. sahabat2 yang dikasihi sekalian..



Huh..

Tarik nafas..hembus..tarik lagi..hembus...dan tarik lagi...hembus..perlahan..

Kalau sekalipun diri kita ni memang dah tak tahan sangat dah.. tak tahan nak kahwin..sampaikan nak kapel bagai.. SABAR dulu..sabar..

tak lama pun...mengecap yang HALAL tu lgi INDAH.. daripada yang haram lagi berdosa terang-terangan tu..sayang oi..

berdoa kat Allah bebanyak..ringakan Jodoh kita..solehkan diri kita dulu.. banyakkan fuluuss dalam poket dulu..baru nak gi pinang anak orang..baru nak gi cop anak dara orang..

Pikir jauh..ok?


A001
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

(SURAH AN-NISA' : 1)


1 comment:

sophie said...

sdap lgu blog lydia..heeheee..follow mine. sofyatuddin.blogspot.com