Wednesday, February 06, 2013

Sumpah Terasa

Assalam :)

Hari ini..langsir menggila.. bertebangan semua kain..basah kesemuanya. Hujan turut lebat hari ini. Bersama petir dan kilat. Menggerunkan jiwa.

Alhamdulillah pada hari ini, aku bisa hidup lagi..meski kepala berserabut, tapi aku cuba tenangkan diri aku..dengan keluar makan ke Wendy's membelanja roommate terchenta..bukan untuk riyak..utnuk membesar-besarkan kebaikan jauh sekali..cuma ini hal aku..yang ingin dikongsi bersama. 

Sungguh aku masih merindu kedatangan aku ke Sabah tempoh hari.. tebal rinduku padanya.. pada suasanya nya.. Aku masih membilang2 hari yang lalu..tanpa aku tinggalkan sedikit memori dalam benakku ini.

Syukur juga kerana dengan izinnya Maulidurrasul kembali lagi.. dan aku bagai nak menggila menyiapkan persiapan untuk "Khadijah, Sollu 'Alaih!" sempena maulidur rasul untuk penduduk Mahallah Khadijah, CFS IIUM ni. 

Aku cuba tenangkan diri apabila program yang sepatutnya bermula pada jam 4 tapi masih belum kelihatan kelibat warga penduduk Mahallah yang akan sertai. Aku menyibukkan diri dengan memasang video2 untuk menarik perhatian sisters di luar. Aku takut.

Namun, kata2 abangku ketika itu memberitahu, "dah usaha.. kan...tawakkal je la kat Allah"

"Faiza 'azamta fatawakkal 'ala Allah"

dan aku menggu sehingga 'asar bersama komiti2 yang lain. dan alhamdulillah..ramai juga yang hadir, menunggu untuk program dimulakan.

Aku cukup terkilan kerana aku terlalu sibuk menjadi PM dan menggantikan pula PC yang ada kelas.. aku tak dapat begitu menghayati program yang aku sendiri rancanakan.




Namun, betapa Allah itu sayang pada aku...aku dicampakkan pula ke Mahallah Zainab Jahsyi untuk program Maulidurrasul mereka yang menjemput Kak Ili dari program Solehah ,TV Al-Hijrah.

Pada saat ini kehibaan mula terasa..betapa perjuangan Rasulullah..menyebarkan agama Islam..sampai hari ini..kita masih lagi..dapat merasai nikmat Iman dan Islam itu.

Perkara yang best dari Talk Kak Ili ni dia cakap..Allah ni meningatkan kita dengan Kalamullah (al-quran), Benda2 sekeliling kita dan Hari -hari kita..

Apa yang aku nak cakap kat sini is, aku kadang2 tak dapat nak mendekati Allah sebab kadang2 aku busy sangat dengan kerja2 MRC..sampai kan..kalau ada masa sikit je..mesti nak study, tak leh tinggal langsung..kalau tak buat sekarang..bila lagi? nanti ada je hal2 lain yang datang menyebabkan aku tak dapat nak bagi masa aku dengan diri aku sendiri n most importantly, dengan Allah SWT.
working paper yang bertimbun 

Semalam, aku dapat SMS dari Ainin, Head Bureau Discipline, dia nak suruh aku lead Ziarah Mahabbah under Muslihah Team..Muslihah Team..almost macam BADAR kat sekolah..tapi ni bagi peringkat Mahallah je la..aku mcm..waaa..apakah.. aku ok je la..sebab aku Asst. Prog Manager..so nak tak nak..kene tolong jugak..takkan nak biarkan nama je terpampang kat working papaer, isn't it?

So malam tadi, aku ditemukan dengan kak Saffana, Syahirah n Atiqah. wella, aku da kenal Syahirah sebab dia roommate and classsmate dengan Hajar, kawan baik aku kat Kisas. Tapi malam tu Hajar tak leh join Ziarah ni, ada meeting society lain..  walaupun dia pun Muslihah Team jugak (and aku yang paksa dia masuk....jahat nyee aku!! msuk untuk kebaikan.. ok what..),

Bilik pertama yang aku masuk dengan Syahirah (kitorang split utk 2 group) is 501. aku saje pilih bilik tu..sebab masa short sem..aku datang untuk LOCUS, aku duk bilik tu...n banyak sangat kenangan kat bilik tu..aku seyesly...rindu sangat2 suasana tu...huih..

MasyaAllah..hebatnya perancangan Allah tu apabila sisters yang duk bilik tuh adalah Anis Amran, kawan rapat gila2 aku time Taaruf Week..masa tu awal2 lagi masuk CFS ni..dan aku macam. h ya Alllah.. tak sangka dapat jumpa balik..sebab lepas Taaruf Week masing2 dengan kehidupan msg2..jarang nak jumpa..
Ukhwah. tu masih terasa walupun hanya dibina tak sampai 2 minggu..n ia masih berkekalan hingga hari ni.. (touched..sobs3 T_T)

Lepas bertazkirah kat bilik tu, aku dan Syahirah bergerak pula ke bilik lain. Yang paling aku terasa kesannya adalah apabila berada di bilik akak ARCOM (arabic Communication). Kami beri sedikit je tazkirah berkaitan zina tapi sebaliknya mereka pula yang memebrikan tazkirah kepada kami.. Segan.

MasyaAllah, hebat lagiaturan Allah, tatkala aku sibuk dengan kerja2 MRC, masih ada ruang Allah nak islahkan aku. Sayang lagi Allah kat aku..

Akak2 tu ada berikan tips. kalau nak masuk kelas, bila pegang pintu tu ingat niat Lillahitaala, doa agar kita tak nampak keburukan lecturer. Dalam kelas pula kene fokus..sebabnya..kalau da tak fokus, boleh hilang separuh berkat tu.. sebabnya kita duk tertanya-tanya bila laaa nak abis kelas..duk tengok jam..duk tengok luar kelas...Allah.. terpana sangat..

Benarlah kata2 Allah tu apa yang kita sangka pada Dia.. jadi berbaik sangka lah pada Allah.

" Kalau kita ingat Allah sedepa, Allah akan ingat kita sehasta
Kalau kita ingat Allah dalam keadaan berjalan, Allah akan ingat kita dalm keadaan berlari
Kalau kita ingat Allah dalam kedaan berlari.. Allah lebih lagi.."

flyers ringkas tapi terkesan daripada Biro Disiplin :)

2 comments:

cg magnEt :) said...

mat be bless.
btw. smpaikn slm dkt hajar eh :)

lydia mustafar said...

insyaAllah :)