Wednesday, March 27, 2013

Pilot ke Faber Caster?

Assalam semua:)

Bayangkan..

Situasi 1:  Di cafeteria

Memilih sandwich; banyak inti telur or sikit inti? 
Yang ade diapit dengan roti kulit je ke or sume yang isi putih tu?

Situasi 2: Di dalam kelas

Pilih kerusi yang elok, meja tak goyang, tiada cacat cela, tak bunyi kuat.

(dan di saat anda membanyangkan, perasan tak mata anda sedang melihat ke arah mana? atas dan ke kiri, isn't it? haaa..it is mystery! hehe)

Kalau ditanyakan soalan -soalan kat atas, msti kita akan pilih yang baik-baik je. ye idak?

Kita memang inginkan yang terbaik dalam hidup kita, sampaikan kita abaikan orang lain, sampaikan kita lupa yang orang lain pun nak yang baik jugak. Bukan kita je.

Well, siapa cepat dia dapatlah kan? First come, first serves what, 

Tapi sayang-sayangku sekalian, mana sifat kita memikirkan rang lain, melebihkan orang lain. Tak nampak sifat "itsar" tu dalam diri kita.

Apalah salahnya kita kalau beralah sikit pun, terima je dengan kekurangan yang ada.

Rasulullah SAW bersabda;
“Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya” (Hadis Riwayat Muslim)

Mungkin kita boleh reflect diri kita balik apabila ada kawan-kawan kita tu sakitkan hati kita, buat kita terasa. Kawan kita tu umpama air yang jernih dan menjadi cerminan buat kita.

Apa yang dilihat yang dirasa kita apabila kawan melakukan sesuatu pada kita, itulah yang dirasanya apabila kita melakukan sesuatu kepadanya.

Hukum alam sahabat-sahabat ku, "What you give, you get back"

Sayangilah Allah, bercintalah dengan Allah, meletakkan islam itu sebagai perkara utama yang mesti diletakkan dalam melakukan sesuatu perkara.

Maka, tiadalah perasaan iri hati, dengki, sakit hati, geram, marah, bengang, terasa dengan sahabat kita.

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu"

Ingat huruf  'i' yang kecil tu lebih baik daripada 'I' yang besar.

Apakah?

islam pada kata kerja itu lebih mulia daripada Islam pada kata nama khas yang ada pada kad pengenalan kita. Kita bukannya islam pada keturunan semata tapi kefahaman jua.


Pastinya, allah akan khabarkan kepada sekalian alam bahawa cintailah , sayangilah kita kerana kita ni, kita ni dah berkasih sayang denganya, melakukan apa sahaja di muka bumi ini kerana mengharap redha-Nya.

Di saat itu, hati yang resah gelisah kerana sedihnya jiwa dek terbeban masalah pasti akan berasa tenang, kerana segalaya disandarkan kepada dia si Peencinta kita. kerana si Dia ada dengan kita.


Muhasabah hati.
Terkenangkan zaman silam,
Istighfar,
Jom Berubah. ^_^

No comments: