Andai kau boleh dengar isi hatiku.
Betapa aku menyesal perlakukan kamu begitu dulu. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan kembali, tatkala kau hadir kembali di sisi.
Memori dulu, mengajar aku erti menghargai orang di sisi.
Memori dulu membawa aku ke perjalanan ini.
Ia bukan rasa cinta,
Bukan rasa ingin memiliki,
Aku juga tidak mengerti
Apa sebenarnya rasa di hati.
Maafkan aku atas rasa ini,
Memori semalam mungkin tak mampu dipadam
Aku.. Ah..
Cinta
Bukan sepatutnya jatuh kerna cinta, tapi
Dengan cinta kita sepatutnya mampu bangun.
Luaskan langkahmu
Tinggalkanlah kenangan dulu.
Biar ia terkubur terkaku.
Dan saat ini dan hari-hari esok, mari kita lukis warna cinta yang indah.
Thursday, July 23, 2015
First Love
Monday, July 06, 2015
Kembali.
Badan digagah kan kembali duduk tegak di atas kerusi berkusyen, jari-jemari kembali menari di papan kekunci, memanaskan enjin , kalimah demi kalimah ditaip, membentuk ayat, membawa makna, di tengah kelam malam.
Assalamualaikum semua.
Lebih setahun tiga bulan, aku kembali menulis di blog ini. setiap kali aku kembali menulis di blog ini, itulah ayat aku, berhabuk, bersarang, sampaikan labah-labah pun dah mula bersarang di tempat lain setelah lama di tempat yang sama.
Aku bukan berhenti menulis, cuma penulisan ku di merata, di kertas-kertas kajang yang entah terbang ke mana, di buku-buku meeting societies bila mana aku rasa tetiba bosan dengan meeting, bila mana ada perasaan yang hinggap di hati, aku menulis, di simpan rapi di satu folder di komputer riba.
Aku, kini kembali.
--------
Siang tadi, tak bukan, sebelum tu, malam tadi, sedang asyik aku menonton bola diselang seli dengan channel 391, ibuku memberitahu aku , ibu kepada bapa saudara ku telah kembali ke rahmatullah. Aku sedikit terpana, kerana baru minggu lepas aku melawatnya di hospital. Jujur aku katakan, pasti akan ada rasa sedikit perasaan mengatakan, "ehm..tak lama dah ni" means, tak lama lagi dah nak hidup ni. And it happened.
Jadi, pagi tadi, aku dan ma terus ke Kuala Terengganu, bagi menghadiri majlis perkebumian. Kalau diikut kan, aku tak pasti sebelum ini aku pernah melihat ibu bapa saudaraku itu atau tidak, dan kalau ikutkan, jauh hubungan my mom dan dia. Tapi, apa yang aku lihat di sini, habis semua anak beranak, iar duai, berkumpul. Aku sedikit jakun melihatkan rapatnya hubungan orang-orang tua ni. Kalau kita zaman sekarang, em, dua pupu dah tak kenal dah siapa. (Aku lah..tak tahulah orang lain yang rapat)
Dan, di saat talqin dibacakan, aku kurang jelas bacaannya, susah sikit lah nak hayati, tapi kita tahu lah kan imam tu akan baca apa kan. But, it makes me wonder.,always..aku mati nanti macam mana? Adakah orang tangisi pemergianku, atau orang rasa biasa akan ketiadaan aku? Aku terpikir akan mereka yang tidak dikenali di mata dunia semasa hayatnya, tapi kematiannya , kematian yang menghidupkan jiwa-jiwa kita, seperti Ahmad Ammar, Loqman Karim dan sebagainya.
Hm...sebelum kita 'kembali' kepada si Maha Pencipta, alangkah eloknya jika kita terlebih dahulu kembali kepadaNya dengan beribadah dengan lebih baik, banyakkan berzikir menyebut keagunganNya subhanAllah-Alhamdulillah-Allahuakbar, mengurangkan mendengar lagu-lagu yang tak bermanfaat, mencuba yang terbaik menjadi anak yang soleh pada kedua orang tuanya, melakukan yang terbaik dalam menyelesaikan amanah-amanah orang sekeliling kita, dan bersahabat dengan baik dengan semua.
Hm..pesanan buat diri yang makin terleka dibuai mimpi.
Monday, March 24, 2014
Tinta khas buat keluarga penumpang MH370
![]() |
| @LRTMasjidJamek |
Satu rasa sebak hari ini
Melihat langit kehitaman bertambah keorengan
kerna lampu di daratan
Dari atas ku lihat
Lampu-lampu neon bercahaya,
Hidup.
Tapi ku pandang atas,
Kulihat hanya satu dua cahaya berkelip.
Usah dikira bintang yang jauh di sana
Laluan trafik di udara sibuk jua
Spekulasi demi spekulasi dikeluarkan
Kadang-kadang ianya dibuat hanya untuk menyedapkan
hati
Tabahlah,
Tabahlah wahai keluarga yang menaiki pesawat
itu,
Tabahlah, kuatkan dirimu.
Aku tahu,
Sukar untuk meletakkan diri ini di tempat kamu
Tapi aku tahu perasaan sebak
Tatkala menghantar orang terdekat
Di lapangan terbang.
Ia ibarat sebuah perkabaran yang tidak pasti
Aku mengerti, saat melepaskan orang tersayang
pergi.
Tapi ingalah, ketentuan Allah itu Maha Kuasa,
Dia yang Maha Mengetahui
Bersyukurlah,
Kerana ahli keluargamu yang dipilih,
Yang dipilih Allah
Supaya orang lain ingat, kembali pada Allah
Kembali berdoa pada Allah.
Tabahlah, kuatlah,
Teruskan kehidupanmu wahai ibu,
Terukan kehidupanmu wahai anak
Teruskan perjuanganmu wahai isteri
Solehkan dri kita,
Agar kita dapat menghantar amal-amal kita buat
mereka
Langit tidak selalu gelap
Rahmat Allah belum pernah tertutup
Selagi mana kita beriman padaNya.
![]() |
| @SunwayPyramid |
lydia-UIAPJ
Subscribe to:
Posts (Atom)




