Friday, December 03, 2010

nota khas buat pensel kesayanganku..

tanggal tahun 2005..terbelilah oleh abang kesayangan ku..pensel pilot..warnanya menarik..oren.. abangku membelinya khas untukku di expo Aichi, Japan.. aku sangat2 menyayangi mu wahai pensel ku..

ku gunakan pensel ni..setiap kali peperiksaan..sampai kengkadang ak rasa xlengkap tnpa kehadiramu wahai pensel kesayanganku..upsr..pmr..ku gunakan mu..akn tetapi..spm yang bakal ku tempuh tahun depan kosong..kosong tanpamu..semua yang tinggal hanyalah khayalan semata2..

kau patah..di saat aku tergopoh gapah..maafkan aku..aku begitu terkilan..aku sedih..aku menangis keranamu pensel..hah..sedih sangaat.. appapun terima kasih kerana menemani ku dlm spnjg hayatmu..segala jasamu akan ku kenang samai bila-bila...

meski ku bakal peroleh pensel yang laen..tpi itu takkan sama denganmu...tanggal 3 dis ini akn ku ingat sebagai taikh pengakhiranmu di buku add maths..ak syg kau wahai pensel!!


mugkin ada yang mengatakan ana "gila" kerana sggu tuulis psal pensel ni dalam blog ana..tetapi inilah tanda sebagai ana menghargai pemberian abg kesayangan ana..pensel ni jugak banyak berjasa kepada ana..ana sangattt sayangkan pensel nih..

kawan??sahabat???

in the name of allah the most gracious the most merciful..

tergerak hati ana hari ni nak tulis pasal kawan.. kawan??semua tahu..ada kawan yang membantu dan ada kawan yang membantutt..sekiranya diberi pilihan..semestinya kita mahukan kawan yang ada semasa kita senang dan ada semasa susah..

cube kita kira..sudah berapa ramai kawan kita dari tadika or sebelum tadika lagi..sampai ke hari ini..ramai bukan??dan bagaimana dengan sahabat??

ape beza kawan dan sahabat? kawan memang ramai tetapi sahabat hanya yang terpilih..
sukar untuk kita mencari sahabat sejati..yelah mungkin ader kawan yang akan tikam kita dari belakang dan ada kawan yang akan memusuhi kita tanpa pengetahuan kita..bukan nak suuzon..bersangka buruk.. tetapi kita perlu untk berhati-hati dalam memilih rakan..

Sebuah persahabatan yang utuh dan berkekalan adalah lahir daripada hati yang ikhlas kerana allah..sekiranya diri kita ikhlas bersahabat kerana allah tidak mungkin akan berlaku permusuhan mahupun..pergaduhan..akan tetapi kita perlulah cermin diri kita balik..mungkinkah cara kita melayan rakan kita dengan kasar ataupun terlepas kata..mungkin ada yang tersinggung dengan perbuatan kita itu..
konklusinya sebuah persahabatan yang tidak mengenal bangsa, darjat dan rupa itu perlulah diselami dengan sebaik-baiknya..ciri2 seorang sahabat yang sejati ialah.. 

1-memahami rakan
2-menjadi pendengar yang setia tak kira semasa rakan meluahkan kesedihan mahupun keseronokan
3-tidak meninggalkan rakan di saat mereka mmerlukan
4-berusaha untuk mengekalkan persahabatan dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku


mungkin ada lagi ciri2 sebuah persahabatan yang tidak tertulis di sini..tetapi bagi ana inilah ciri2 utama seorang rakan yang patut ada..semoga setiap perkenalan menjadikan kita lebih menghargai setia insan yang ada di sekeliling kita..ukhwah fillah abadan abada..



 warga IRSYADIANZ 07-08

last memory in TESMAL..09'

 grand dinner for desa KHALID GEMPAQ!!

ceria bersama rakan2 KHALID GEMPAK!!

 rakan yang banyak membantu dalam mendedahkan tentang dunia hari ini


berjuang demi negeri selangor ..=)


hijrah dan istiqamah..

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

tidak lama lagi..insyaAllah kita kan menyambut maal hijrah 1432H..sebelum itu..marilah kita muhasabah diri kita...apakah yang kita lakukan sepanjang tahun ini..1431H..apakah azam yang ditetapkan itu tercapai atau tidak.. kadang2 seseorang itu melalui kehidupan tanpa ada matlamat..hidup tanpa ada arah tujuan..menyebabkan kita lalai..leka akan keduniaan sehingga melupakan keakhiratan..

Maka di sini ana mengharapkan agar tahun baru yang bakal kita tempuhi ini..1432H dan 2011M.. akan menjadi sebuah penghijrahan yang betul2 berlaku dan bermujahadah untuk istiqamah..jadinya tetap lah sekarang untuk hadikan tahun depan tahun yang lebih bermakna.. Mungkin ada dalam kita yang keliru dalam memikirkan apa sebenarnya azam utnuk tahun depan.. Formulanya senang..kia perlu ingat dari mana asal usul kita..Allah..ya itula jawapannya..Allah.. dengan mengingati bahawa hidup ini adalah unuk mencari mardatillah..keredhaan allah..dan ingat diri kita ini adalah sebagai khalifah di muka bumi allah...kita akan sentiasa berada di landasan yang benar dan lurus..
Di sini ana suka berkongsi pengalaman ana dalam hijrah 1431H..bagi ana nikmat halawatul iman yang allah berikan sangat2 berharga dan tidak dapat dijual beli..sebelum ini ana bukanlah muslimah yang benar memahami apa itu islam sebenarnya..dan alhamdulillah selepas mendapat tawaran ke KI ana berasa sangat2 beruntung dan sangat2 berterima kasih kepada allah kerana telah menempatkan ana di KI..di sinilah ana belajar apa itu isalm...didedahkan dengan pelbagai info yang sebelum ini ana jahil tentangnya..alhamdulillah setelah hampir setahun ana berada di KI..ana dapat merasakan indahnya nikmat iman dan islam iu..alhamdulillah.. sesungguhnya ini juga adalah amanah bagi ana untuk menympaikan serta menyebarkan apa yang ana ketahui tentang apa tugas kita untuk mencari keredhanNya..


Ana menyerulah wahai saudara2 semuslim hari ini untuk menetapkan azam yang kuat untuk berusaha dengan ggih untuk mencari keredhanNya serta istiqamahlah dengan apa yang telah kita lakukan dlam menuju jalan yang dapat menggapai kenikmatan iman..insyaAllah..waallahualam